Rancangan terbaru demonstrasi SMM disokong oleh Timb. Presiden PAS, Mat Sabu. |
Komrad Kapak, blogger Teratak Bisu a.k.a TB ada buat pendedahan mengenai hasrat murni kumpulan mahasiswa pro-pembangkang iaitu Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang mahu berdemo lagi. |SINI|
Kali ini, dedah TB, bertujuan untuk menuntut supaya pinjaman PTPTN dimansuhkan. Perjuangan ini bagus, malah SB sebagai peminjam juga turut tumpang sekaki kalau ia benar-benar dimansuhkan. Tapi dengan sedikit akan rasional yang Allah SWT pinjamkan ini, SB lihat perkara ini hanya helah politik semata-mata.
Tiba-tiba saja isu mansuhkan PTPTN ini menjadi hangat. Ia bermula apabila Pakatan Rakyat (PR) memasukkan hasrat tersebut ke dalam manifesto Buku Jingga mereka sebagai salah satu kempen berimpak tinggi menjelang PRU 13.
Nampaknya, hasrat yang sama telah disambut oleh kumpulan SMM ini untuk diperjuangkan di peringkat mahasiswa. Baguslah, nanti mintalah pula supaya hutang bank, kereta, rumah dan pelbagai lagi hutang rakyat dimansuhkan. Kerajaan mampu untuk berikan semua itu, kan?
Alasan kerajaan mampu ini jugalah yang menjadi senjata utama mereka dalam memperjuangkan isu ini. Petronas misalnya, disandarkan sebagai lubang duit utama dalam menyalurkan angka-angka bernilai lebih RM30k kepada setiap mahasiswa yang jumlahnya ratusan ribu orang dalam satu-satu masa.
Sila tanya, berapa lama ia mampu bertahan? Selama-lamanya? Berapa ramai yang akan diterima masuk ke universiti setiap sidang? Adakah syarat-syarat kemasukan akan diketatkan? Adakah semua lapisan rakyat layak menerimanya tanpa mengira status ekonomi ibu dan ayah? Anak Dato’-Dato’ dan Tan Sri-Tan Sri pun dapat jugakah?
SB cadangkan kepada SMM, buat masa ini perjuangkan dahulu pemansuhan yuran PASTI. Khabaranya yurannya boleh tahan juga mahal.
Dalam isu ini, SB suka lihat dari sudut analogi mudah. Kiaskan saja pada kereta Proton Saga. Ketika kerajaan pimpinan Tun Dr. Mahathir mengumumkan hasrat mengeluarkan kereta nasional pertama, ramai yang sinis. Tahun 1987, Proton Saga pertama dikeluarkan. Kereta baru, biasalah, mesti ada masalah. Selepas lebih 20 tahun, jenama Proton Saga kini dilihat sudah jauh berubah dan digemari ramai.
Kos pengajian yang dibayar pelajar dan yang ditanggung oleh kerajaan. Tak bersyukur lagi? |
Begitu juga dalam isu PTPTN ini. Sebagai sebuah negara yang baru 50 tahun merdeka dan bertungkus lumus membina identitinya sendiri, Malaysia sudah tentulah berhadapan dengan pelbagai cabaran. Pendidikan salah satu daripadanya, tetapi bidang-bidang lain juga memerlukan perhatian.
Banyak lagi sektor yang memerlukan pelaburan langsung daripada kerajaan. Jadi kita sepatutnya lebih rasional sebelum membuat tuntutan. Penambahbaikan sudah banyak dibuat. Kadar faedah juga sudah dikurangkan. SB tak fikir ramai yang boleh lanjutkan pengajian kalau tak ada bantuan pinjaman daripada PTPTN terutamanya anak-anak orang susah di kampong-kampung termasuk SB sendiri.
SB mengajak rakan-rakan di luar sana berfikir rasional. Jika mereka bercakap soal ini lagi, minta saja dibentangkan pelan perlaksanaannya, bukan setakat nyatakan Petronas mampu sediakan dana. Budak PASTI pun akan ketawa dengan hujah begitu.
Nota :
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional atau singkatannya (PTPTN) telah ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997.
Fungsi utama penubuhan perbadanan ini adalah untuk menguruskan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
Bertitik tolak dari pinjaman kewangan yang diberikan, PTPTN juga bertanggungjawab untuk memungut kembali bayaran balik dari para peminjam yang telah melakukan pinjaman mereka dengan perbadanan tersebut.
Selain itu, PTPTN juga turut menyediakan skim simpanan pendidikan yang dikenali sebagai "Skim Simpanan Pendidikan Nasional" (SSPN) yang merupakan suatu bentuk produk tambahan, yang membolehkan pendeposit menyimpan wang bagi tujuan khairat pendidikan untuk anak-anak pada masa hadapan. Dalam pada itu juga PTPTN turut melaksanakan apa-apa fungsi lain yang diberikan kepada PTPTN oleh mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia.
PTPTN mula beroperasi pada 1 November 1997 di Bangunan Wisma Chase Perdana, Off Jalan Semantan, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
1 comment:
Ingat pesan orang tua2:
DENGAR CAKAP ENGGANG,MAKAN BUAH BELOLOK
Dengar cakap PEMBANGKANG
Terjun MASOK LUBUK!
Post a Comment