SB tertarik dengan satu persoalan yang dikemukakan oleh Prof. Tan Sri Dr. Nordin Kardi di dinding Facebooknya yang berbunyi; "bagaimana kalau mahasiswa seluruh malaysia membuat resolusi meletakkan seorang calon di setiap 200an konstituensi parlimen pada pilihanraya ke-13 ini?'
Persoalan itu dibuka untuk perbincangan.
Apa yang menarik di sini ialah, soalan itu sebenarnya sindiran tajam kepada kumpulan mahasiswa konon-kiri yang sedang dipelopori oleh kumpulan pro-Anwar melalui agenda Malaysia Bangkit yang dilancarkan pada minggu lepas di Dataran Maybank, Bukit Bintang. Klik SINI.
Lalu bagi mendapatkan jawapan, SB sekali lagi menghadirkan diri dalam program Pidato Mahasiswa Malaysia Bangkit yang diadakan di Dewan Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya pada malam semalam. Sila klik SINI untuk liputan yang dibuat oleh sahabat SB, blogger Harapan Esok.
Pidato ketiga oleh Pengerusi Malaysia Bangkit. Kehadiran? |
Adam Adli juga tak ketinggalan berucap. Isinya, kebebasan bla bla bla bla... |
Daripada pidato-pidato yang disampaikan, sememangnya hangat membara. Berapi-api dan berdegar-degar (salah satu ciri Khawarij ialah suka mengapi-apikan orang lain). Antara isi pidato yang disampaikan, macam biasa, kerajaan hari ini zalim dan perlu ditukar, negara kita tidak demokrasi kerana tiada kebebasan bersuara dan media dikawal. Justeru golongan muda khususnya mahasiswa perlu membuat perubahan dengan menolak kerajaan sekarang pada PRU 13 kelak.
Pengerusi SIGMA hanya menyeru hadirin supaya bangkit ketika pidatonya disampaikan. Alasan, sebab dia berdiri hahaha.. |
Malaysia Bangkit sebenarnya satu lagi projek yang dimoderator secara langsung oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Chegu Bard yang bertanggungjawab melancarkan kempen Asalkan Bukan UMNO (ABU) tidak lama dulu. Bezanya, Malaysia Bangkit ni sasarannya ialah golongan intelektual muda seperti mahasiswa. Kerana itulah aktivis-aktivis di bawah SMM seperti Adam Adli, Syukri Razab dan Safwan Anang diberikan tanggungjawab ini kerana mereka semua ialah kader-kader yang dididik secara langsung oleh SAMM melalui Anwar Ibrahim Club (AIC).
Jadi nampak tak permainannya? Atas apa nama sekali pun, pada akhirnya matlamat mereka ialah untuk menobatkan manusia anugerah Tuhan yang bernama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia pasca-Najib.
Justeru persoalan yang dikemukakan oleh Pak Din itu amat-amat-amat mustahil disahut dan dijawab oleh kumpulan mahasiswa ini kerana mereka semua hanya bahan projek yang hanya menurut perintah Chegu Bard dan Anwar Ibrahim. Adalah mustahil untuk jentera pilihanraya PKR mahupun kompen Pakatan Rakyat yang lain mahu letak anak-anak muda begini sebagai calon mereka.
Justeru persoalan yang dikemukakan oleh Pak Din itu amat-amat-amat mustahil disahut dan dijawab oleh kumpulan mahasiswa ini kerana mereka semua hanya bahan projek yang hanya menurut perintah Chegu Bard dan Anwar Ibrahim. Adalah mustahil untuk jentera pilihanraya PKR mahupun kompen Pakatan Rakyat yang lain mahu letak anak-anak muda begini sebagai calon mereka.
BEBAS? |
Masyarakat kita sebenarnya lebih bijak menilai berbanding kumpulan anak muda ini yang hanya pandai bercakap dan berdemonstrasi siang dan malam. Malah SB yakin, sahabat-sahabat yang juga bergelar mahasiswa di luar sana majoritinya menolak perjuangan kumpulan sebegini.
Perjuangan membina sesebuah negara tidak memerlukan rakyatnya yang bijak berpidato, berapi-api di pentas ceramah dan cekap mencari salah orang lain siang dan malam. Lihat saja perbezaan antara Sukarno dan Tunku Abdul Rahman, antara kehebatan berpidato dan kebijaksanaan dalam mengurustadbir negara dan rakyatnya, siapakah yang lebih layak digelar pemimpin?
Jadi SB cabar kumpulan mahasiswa ini, jika anda benar-benar mahu mencetuskan tsunami politik dengan agenda kebebasan, jangan berdolak-dalih lagi, letakkanlah wakil anda di setiap kerusi DUN dan Parlimen dalam PRU kelak. Kita tengok siapa yang betul dan siapa yang salah! Buktikan anda benar-benar bebas, baru cakap soal kebebasan! Ada telur tak?
No comments:
Post a Comment