Pro-Mahasiswa atau Pro-Pembangkang? |
Kepada mahasiswa dan mahasiswi seluruh Malaysia yang mengagumi perjuangan Pro-Mahasiswa, boleh fikirkan semula penilaian yang anda berikan itu.
Sebuah organisasi konon well managed ini sebenarnya tak ubah seperti sebuah kapal yang membawa pelbagai jenis suku dan puak merentasi lautan yang bergelora. Mereka berkongsi matlamat destinasi yang sama, tapi sering bertelagah dalam soal prinsip dan kaedah dalam pelayaran itu.
Pro-M secara kasar terdiri daripada dua gabungan besar persatuan yang bersifat brotherhood dan kesatuan idealisme.
Gabungan pertama dan dominan ialah Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia atau Gamis. Sebagai sebuah organsasi berdaftar, Gamis menghimpunkan seluruh persatuan berasaskan persaudaraan Islam (muslim brotherhood) di setiap institusi pengajian tinggi. Antara persatuan tersebut, yang dominan ialah Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) yang bergerak aktif hampir di setiap kampus di negara ini.
Gabungan kedua pula iala SMM atau Solidariti Mahasiswa Malaysia. Kumpulan ini tidak berdaftar dan terdiri daripada pelbagai persatuan mahasiswa seperti Legasi Mahasiswa Progresif (LMP), KAMI, AKSI dan DEMA. Persamaan antara kumpulan ini ialah kesemuanya tidak berdaftar baik di peringkat universiti mahupun dengan Pendaftar Pertubuhan.
Masalah mula timbul sejak akhir-akhir ini apabila wujud perbezaan pandangan, kaedah dan prinsip dalam perjuangan Pro-Mahasiswa di peringkat nasional. SMM memerlukan Pro-M untuk bergerak di peringkat tertinggi seperti yang kita lihat dalam perkembangan muktahir.
Kes Adam Adli misalnya mendapat simpati dan sokongan daripada penyokong-penyokong Pro-M kerana dia bergerak di bawah jenama tersebut.
Tetapi daripada sumber-sumber dalaman yang SB terima, wujud konflik antara pemimpin utama GAMIS dan SMM itu sendiri. Konflik itu berlaku kerana GAMIS masih teguh dengan prinsip dan kaedah Islamis manakalan SMM pula lebih liberal dan banyak mencerap ideologi sosialis.
Kini timbul pula masalah yang lebih rumit khususnya kepada Gamis sendiri kerana wujudnya anasir Syiah dalam kumpulan Pro-M di peringkat nasional. Gamis akan dipertikaikan kerana membiarkan anasir tersebut bergerak aktif di barisan hadapan bersama pemimpin-pemimpin lain.
Pro-M juga sudah tidak dapat mengaburi campur tangan pemimpin-pemimpin pembangkang dalam organisasi mereka - suatu perkembangan yang selama ini cuba disembunyikan. Jika selama ini mereka mampu memenangi hati mahasiswa atas pagar dengan imej konon-berkecuali dan bebas politik luar, kini keadaan sudah menjadi sukar. Dalam banyak perkembangan seperti kes Adam Adli, Bersih 2.0, Revolusi Bunga Raya 901 dan terbaru Hijau 2.0, ‘kemesraan’ pemimpin-pemimpin Pro-M bersama tokoh-tokoh politik pembangkang boleh dilihat dengan jelas.
SB akan buat pendedahan susulan khususnya tentang radiasi akidah apabila Gamis bergabung dengan SMM dan anasir Syiah tersebut. Banyak cerita sampai kepada SB termasuk insiden hunus parang di Kedah melibatkan Pemuda PAS dalam isu KUIN. PAS? Apa pula kaitannya?
No comments:
Post a Comment