Bagi mereka, segala masalah akan selesai jika mahasiswa turun ke jalanan dan berbaring. Dah macam Syiah turun ke jalan pada Hari Karbala. |
Kumpulan Pro-Mahasiswa ni memang terlalu taksub dengan politik ke? SB suka sangat bertanya soalan ini khususnya apabila bertemu muka dengan aktivis-aktivis mereka.
SB bukan tidak faham, tetapi hairan kenapa kumpulan ini saban hari dan waktu tak habis-habis melaungkan agenda politik mereka. Kebebasanlah, demokrasilah, hak asasilah..bla bla bla lagilah.
Tapi yang lebih buat SB hairan ialah, mereka ini bukanlah bijak pandai sangat pun. Kalau bijak pandai, rasanya tak turun ke jalananlah. Yang sedihnya, mereka ni sebangsa seagama dengan SB. Malah mungkin berkongsi tabung yang sama (PTPTN..hehe).
Waktu anak Cina anak India bertungkus lumus belajar, kumpulan ini bertungkus lumus menuntut itu ini. Kononnya mereka dizalimi dan ditindas. Zalim apa entah, siang malam boleh ke sana sini.
Hari ini mereka nak turun ke Putrajaya kononnya untuk berdemo di hadapan bangunan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) semata-mata mahu mendesak supaya pilihanraya kampus diadakan segera.
Perrrr…..itu saja? SB sudah ulas pasal benda ni. SINI. Kali ni SB tak nak sentuh lagi tentang rasionalisasi pilihanraya kampus diadakan pada semester hadapan. Tak ada isu pun. Sama ada semester ini atau semester hadapan, sama saja.
Tapi SB suka untuk memperingatkan kita semua, khususnya rakan-rakan siswa dan siswi, tak perlulah buang masa dan tenaga anda mengikut kehendak politik sempit kumpulan ini. Masa terbuang, tenaga terbazir. Silap-silap duit poket melayang.
Ia sudah dijangkakan pun. Dulu turun bendera DS Najib, kemudian berdemo liar di hadapan UPSI, kemudian ke KUIN buat onar..kini Putrajaya pula jadi lokasi. Adakah ia akan berakhir selepas solat Jumaat nanti? Tidak.
SB dapat info, mereka sudah merancang pelbagai lagi gerakan. Samdol-samdol utama seperti Adam Adli dan Shukri Razab ketika ini mempunyai masa yang cukup banyak untuk bergerak kerana mereka bukan lagi bergelar penuntut. Adam digantung, Shukri pula khabarnya bermasalah dengan pengajiannya di KUIS. SINI.
No comments:
Post a Comment