Liqa bersama Tuan Ibrahim Tuan Man |
Dalam entri terdahulu, SB ada nyatakan tentang Liqa. Ada juga SB selitkan sedikit pengalaman ketika mengikuti usrah. Namanya indah. Matlamatnya murni. Namun sayang sekali, ia sering dicemari oleh agenda politik pemimpin tertinggi!
Usrah dari sudut konseptualnya, ialah pertemuan sekumpulan kecil lelaki atau wanita untuk mencambahkan fikrah atau idea dan buah fikiran. Ia salah satu amalan penting Rasulullah SAW dan para sahabat pada awal perkembangan Islam. Rumah sahabat, Al-Arqam bin Abi al-Arqam itulah saksinya.
Sesuai dengan sifatnya yang kecil, maka usrah menjadi medan perbincangan dua hala antara naqib atau ketua usrah dan anak-anak usrah. Dalam proses ini, peranan naqib amat penting. Kejayaan penyebaran Islam di Madinah misalnya, sebahagian besar disumbangkan oleh peranan para naqib yang diketuai oleh Musab bin Umair khususnya dalam memberikan kefahaman tentang Islam.
Malangnya, hari ini usrah dalam jemaah PMI sering mencampur-adukkan antara politik kepartian dan pesan nasihat. Seperti yang SB kongsikan sebelum ini, naqib-naqib usrah yang SB panggil sebagai akhi sering menggunakan kesempatan berusrah untuk menghasut anak-anak usrahnya membenci kerajaan atau pemerintah negara.
Jadi apa pula Liqa? Jika usrah sudah menjadi medan kecil-kecilan untuk berpolitik, maka Liqa tentulah lebih besar peranannya.
Markas Pas Taman Melewar, lokasi penting Liqa untuk jemaah mahasiswa pro-pembangkang. |
Liqa merujuk kepada perhimpunan kumpulan-kumpulan usrah dalam kuantiti yang lebih besar untuk mendengar pesan nasihat daripada seorang ketua yang dipilih oleh para naqib.
Dalam PMI, Liqa Fikrah lebih banyak diterapkan. Liqa ini akan menghimpunkan pelajar-pelajar tertentu sebelum dibawa ke satu tempat untuk mendengar amanat atau ceramah daripada pemimpin-pemimpin PAS. Menurut rakan SB yang berpeluang ke Liqa beberapa kali, antara pemimpin PAS yang selalu dijemput ialah Mahfuz Omar, Idris Ahmad dan Abdullah Karim yang juga moderator Gamis untuk pilihanraya kampus.
Allahyarhamah Dr. Lo’ Lo’ juga antara pemimpin PAS yang paling banyak membantu dalam kerja-kerja mengadakan Liqa di peringkat pusat.
Apa yang menarik tentang Liqa modul PAS yang diterapkan dalam organisasi PMI ini ialah, ia sering diadakan ketika persidangan Dewan Rakyat berlangsung. Liqa akan diadakan di markas-markas utama PAS di Taman Melewar kerana ketika inilah ahli-ahli Parlimen PAS lebih mudah untuk ikut serta.
Shazni Munir, bertanda, antara anak didik Liqa yang berterusan. |
Selain markas-markas di kawasan Taman Melewar, Liqa juga diadakan di PASTI yang terdapat di sekitar Lembah Kelang dan rumah-rumah sewa para pelajar. Ketika inilah doktrinisasi besar-besaran dilakukan oleh pimpinan PAS secara terus kepada anak usrah terpilih sebelum disebarluaskan di peringkat kampus.
Nota :
Untuk memudahkan kefahaman anda, sila klik SINI bagi mengikuti artikel terdahulu.
SB juga baca : Klik
Mahasiswa Kantoi Dengan Aksi Biadap!!!
Mahasiswa Kebosanan??? Hobi Alaf Baru Mahasiswa????
No comments:
Post a Comment