Kata orang, orang tengah lapar sanggup buat apa saja. Sebuah kerajaan boleh tumbang kalau rakyatnya lapar.
Tapi mesti ingat, orang yang lapar, bila dapat makan selalunya akan lahap habis-habisan!
Entri SB sebelum ini sudah ulas tentang janji pembangkang untuk menghapuskan PTPTN |SINI| yang turut diperjuangkan oleh kumpulan mahasiswa pro-pembangkang.
Itu janji orang lapar. Sayang sekali kalau ada mahasiswa yang termakan dengan janji-janji manis sebegini.
Sepatutnya kita kena banyak bertanya apabila dihadapkan dengan isu ini kerana kita mampu berfikir jauh lebih baik dari orang yang tidak masuk universiti atau sesetengah pemimpin politik itu sendiri.
SB cuma nak tanya mereka beberapa perkara. Pertama, dari segi syarat. Adakah syarat kemasukan universiti akan diketatkan atau dilonggarkan lagi? Kedua, apakah bentuk bantuan yang bakal diberikan bagi menggantikan PTPTN kelak?
Setakat ini belum ada hitam putih. Tak meyakinkan langsung.
Ketiga, adakah semua pelajar dari sebarang latar belakang keluarga mempunyai hak dan peluang yang sama?
Kalau setakat janji, rasanya tak payahlah percaya. Selama ini sudah banyak janji-janji manis Anwar Ibrahim dan pembangkang kita dengar, tapi banyak yang belum tertunai. Lihat apa jadi dengan penduduk-penduduk Kampung Buah Pala, Pulau Pinang? |SINI|
Itu baru satu contoh kecil. Banyak lagi yang boleh dibongkarkan. Kepada SMM, tak payahlah nak menipu kami sangat. Kita sudah cukup bertuah lahir dan membesar di Malaysia yang dikurniakan dengan pelbagai nikmat kehidupan oleh Allah SWT. Jangan terlalu manja hingga hilang daya saing untuk berjaya seperti kaum-kaum lain.
No comments:
Post a Comment