Aneh bangat! Kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak. Kilang di sebalik Gunung Tahan diserang, tapi yang dalam kawasan sendiri tak diusik langsung. Atau tak sedar? Atau memang tak tahu?
Pembangkang kita memang berkualiti tinggi. Malangnya, mereka gemar bersikap terpilih dalam memperjuangkan sesuatu isu. Contohnya, kilang memproses nadir bumi Lynas di Gebeng diserang habis-habisan kerana bimbang kesan radiasinya terhadap orang awam.
Walaupun sudah diterangkan berulang kali bahawa kilang ini dijamin selamat oleh para pakar kimia dan nuklear malah fakta mengenai kadar radiasinya juga sudah didedahkan SINI namun mereka tetap menolaknya.
Tapi mereka seolah-olah pejam mata apabila wujud kilang seumpamanya dalam negeri mereka sendiri terutamanya di kawasan perindustrian Shah Alam. Sebagai contoh, kilang milik Shin-Etsu Malaysia Group ini yang memproses nadir bumi segmen magnet yang sebenarnya lebih berbahaya dari Lynas.
Shin-Etsu yang kini beroperasi di Shah Alam, Selangor. |
Kilang yang beroperasi di Lot 50, Jalan Serendah 26/17, HICOM Industrial Estate, 40000 Bandaraya Shah Alam, Selangor Darul Ehsan ini menjalankan operasi pengeluaran dan pemasaran rare earth magnet yang menggunakan bahan-bahan asas seperti neodymium (Nd), iron (Fe), dan boron (B). Aplikasi tiga bahan ini akan menghasilkan rare earth magnet berkualiti tinggi untuk pengeluaran output elektronik.
Shin-Etsu Rare Earths Magnet Department |
Struktur industri Shin-Etsu |
Aktiviti memproses rare earth magnet |
Tidakkah Fuziah Salleh tahu tentang fakta ini? Kenapa beliau tidak anjurkan demonstrasi atau Himpun Hijau di Shah Alam, kawasan Ahli Parlimen PAS, Khalid Samad itu? Secara logiknya tentulah mudah bagi mereka untuk bertindak demi rakyat kerana kilang tersebut terletak dalam negeri yang diperintah oleh PKR ketika ini.
Mana budak rendah moral Adam Adli dan kawan Syiahnya si Khalid Ismath tu?
Apa yang kita dapat simpulkan di sini ialah isu Lynas memang sengaja dipolitikkan untuk keuntungan pihak pembangkang semata-mata. Kita juga tidak diberi jaminan yang konkrit secara hitam putih bahawa Lynas akan ditutup sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara kelak. Contohnya sudah ada di Selangor sendiri. Tepuk dada tanya iman.
No comments:
Post a Comment