Pages

Saturday 28 December 2013

GEMPAR!!! BLOGGER PAS BERJAYA BUKTIKAN ROSMAH MANSOR PINDAH ASET BERBILION RINGGIT

Hebatnya gaya fitnah blogger PAS sorang ni. Penuh berseni gaya fitnahnya. Kalau ye pun bencikan Rosmah, beragaklah juga dengan Allah SWT. Bencikan Rosmah, kau jemput Allah datang jenguk bagaimana cara kau memfitnah. Kau ingat Allah tak alert ke dengan posting kau ni? 


                                  

Kasihan. Sedih. 

Beginilah Islam di tangan para pejuang PAS. Matlamat sentiasa menghalalkan cara mereka berjuang. 

Friday 27 December 2013

PENGUMUMAN HARGA TURUN INI PASTI TIDAK DISUKAI PEMBANGKANG

JOHOR BAHRU, 26 DISEMBER 2013 : Bagi mengurangkan beban golongan berpendapatan rendah, Majlis Bandaraya Johor Bahru, MBJB akan menurunkan kadar cukai harta dalam kawasan seliaannya bermula 1 Januari 2014. 

Kata Datuk Bandar MBJB, Ismail Karim, kadar penurunan itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada pemilik rumah kos rendah dan sederhana. Beliau ditemui selepas melancarkan ulang tahun ke-20 bandaraya Johor Bahru semalam. Menurut Ismail, bagi kategori perumahan kos sederhana, kadar cukai harta yang baharu adalah 0.12% berbanding 0.13% ketika ini. 

Kadar baru bagi perumahan kos rendah pula, diturunkan pada kadar 0.11% berbanding 0.13%. Bagi perumahan rizab melayu, kadar cukai baru 0.04% berbanding 0.05% sebelum ini. Namun menurut Ismail, kadar cukai harta bagi kategori perdagangan dinaikkan sebanyak 0.01% menjadikannya 0.27%. Bagi kategori perindustrian pula, kadar cukai dinaikkan kepada 0.30%.

Sumber dipetik dari blog Pena Minang Return.

SB tak nak harap banyaklah. Ini memang satu langkah yang bagus lagi prihatin. Jadi harapan SB, semoga Kerajaan Negeri PKR Selangor dan DAP Pulau Pinang boleh ambil langkah yang sama sesuai dengan taraf negeri maju di Malaysia. Boleh kot.  

Tuesday 24 December 2013

RAKYAT MALAYSIA HAKIKATNYA MENYOKONG COMANGO



Khalid Syiah ni bangga melihat kempen 1 Juta Umat Menolak COMANGO yang lemah. Salah siapa? Kita memang tahu Khalid Syiah ni menyokong usaha COMANGO. Propaganda kononnya rakyat menyokong tuntutan kumpulan peguam laknaktullah itu juga berpunca daripada usaha yang lemah di pihak kita sendiri dalam menyebarluaskan penerangan berkenaan bahaya tuntutan yang dibuat. 


Thursday 19 December 2013

PAS JANGAN JADI BODOH MACAM LEMBU

Blogger The Unspinners tak pernah gagal dalam membuat pendedahan dan pembongkaran tentang sisi jahat pembangkang di Malaysia, termasuk yang terbaru ini. Seperti yang kita sedia maklum, pembangkang ketika ini sedang menggerakkan demonstrasi besar-besaran Bersih 4.0 dalam usaha terdesak mereka menggulingkan pemerintah. 

Bersih 4.0 yang dicanangkan sebagai aman dan tiada provokasi hanyalah helah semata-mata. Sejak awal mereka telah menyemai amarah dan kebencian rakyat terhadap kerajaan. Tujuan mereka tidak lain hanyalah mahu mencetuskan porak peranda yang akhirnya akan memudahkan usaha mereka merampas pemerintahan negara.

Namun, apa yang lebih mengecewakan ialah sikap ahli PAS, satu-satunya parti yang mengaku mereka sahaja layak memperjuangkan Islam di Malaysia, turut terlibat dalam usaha laknat ini. Atas alasan sempit mereka menyokong demonstrasi tersebut tanpa mengetahui pelbagai agenda tersirat musuh-musuh Islam di sebalik penganjurannya. 


Justeru kepada penyokong-penyokong PAS, disarankan anda mengikuti pendedahan yang dibuat oleh The Unspinners ini di SINI.

ANWAR MENGAMUK DISENARAIKAN PALING POPULAR OLEH GOOGLE??

Kah kah kah... Bukan main gembira para M.A.C.A.I apabila Google mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai individu paling dicari dalam kategori ahli politik bagi tahun 2013.

Mau tak gembira. Pada golongan M.A.C.A.I ni, Anwar Ibrahim memang layak mendapat anugerah tersebut. Sebagai manusia anugerah Tuhan pula, maka pasti pelik sekiranya ada orang lain yang menduduki tempat pertama. Lagi pelik kalau orang itu ialah Najib Razak.

Bertambah ganda gembira bila Google menyenaraikan Najib Razak si seteru utama Anwar di tangga ke-4, jauh ditinggalkan Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Lim Kit Siang di tangga ke-2 dan si katak lompat Aspan Alias di tangga ke-3. 

Alahai apalah nasib Najib kini. Sudahlah popularitinya merosot teruk mengikut survey terkini yang dijalankan oleh Merdeka Centre. Kali terakhir sebelum laporan tinjauan terkini dijalankan, Najib mendapat 62% tapi kini, jatuh hingga 52% sahaja. 

Kalau tengok angka-angka ni, memang jelaslah Anwar tengah popular. Tengah mencanak naik orang kata. 

Namun pada SB, taklah pelik pun. Anwar memang meletop habis sepanjang 2013 kerana pelbagai skandal dan isu salah saku seksnya didedahkan. Paling hit barangkali ialah skandal bersama China Doll yang masih belum terjawab hingga ke hari ini. Satu dunia sudah menonton rakaman video sulit perlakuan seks tersebut. 

Secara logiknya, memang logiklah Anwar meletop gedebabom di enjin carian Google. Ini kerana, pengguna internet pasti menggunakan enjin carian ini untuk mendapatkan maklumat tentang skandal China Doll itu termasuk mencari video yang dikeluarkan. 

Sama juga dengan kes-kes lain seperti isu liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya sendiri, Saiful Bukhari. Semua info berkaitan isu-isu ini lebih mudah didapati melalui enjin carian Google. Taip sahaja kata kunci Anwar Ibrahim, Liwat, Homoseksual, China Doll dan beberapa lagi perkataan yang berkaitan dengan isu-isu membabitkan Anwar Ibrahim, anda pasti akan menemui sejumlah besar senarai cadangan. Semuanya berkait antara satu sama lain. Popular tak Anwar Ibrahim? Hanya M.A.C.A.I je yang tak percaya sebab mereka hanya mempercayai cakap Anwar Ibrahim sahaja. 

Apa-apa pun, kita terima fakta ini. Anwar memang hebat, popular dan sentiasa dicari. Hebat dengan skandal jantan betina, popular kerana kemunculan video porno dan dicari oleh kaum songsang yang sangap hahahaha... SB tak tuduh ye. SB cuma ulas balik berasaskan isu-isu yang membabitkan Brader Anwar Bin Ibrahim ni je :) 


Tuesday 10 December 2013

MENANTU HANTU HADI AWANG TAK SERIK-SERIK BANTAI USTAZ KAZIM

Menantu Hadi Awang ni tak habis-habis nak bantai Ustaz Kazim. Entah apa hebatnya dia tu kalau nak dibanding dengan Ustaz Kazim. Sudahlah kalah, ditolak orang kampung sendiri lagi. 



IPOH – Pas Perak tidak pernah menyesal memecat Mohammad Kazim Elias biarpun penceramah bebas itu sudah menolak pelantikannya sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno.
Timbalan Ketua Pemudanya, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, pemecatan Ustaz Kazim bukan satu kerugian kepada Pas kerana parti ini mempunyai ramai tokoh-tokoh agama.Menurutnya, keputusan Pas itu dilihat tepat kerana selama ini Ustaz Kazim merugikan parti itu.
“Semasa dia (Ustaz Kazim) di dalam Pas, beberapa kenyataan dikeluarkan melalui ceramah-ceramah telah merugikan Pas dan menguntungkan Umno," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Mohd Akmal berkata, Pas terbuka menerima sebarang kritikan atau pandangan tetapi biarlah melalui saluran betul.
Menurutnya, bagaimanapun, sekiranya Ustaz Kazim mahu kembali kepada Pas, kepimpinan berkemungkinan akan mempertimbangkannya dengan membuat rayuan kepada Pas Pusat.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria ketika mengulas isu sama berkata, beliau mengakui ketokohan dan ilmu dimiliki Ustaz Kazim, bagaimanapun sejak 2008, tindak tanduknya tidak lagi mesra Pas.
“Dia (Ustaz Kazim) mula berceramah di pentas-pentas Umno dan memburuk-burukkan Pas. Kita ada rakaman dan bukti.
“Dia buatkan ahli dan penyokong keliru. Jadi lebih baik kita pecat dia demi kebaikan Pas sendiri,” katanya.
Isu mengenai pelantikan Ustaz Kazim sebagai ahli MT Umno hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.
Pemuda Pas Perak kemudiannya tampil mengemukakan bukti bahawa penceramah bebas itu merupakan ahli Pas Kawasan Tambun sebelum Naib Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengesahkan Ustaz Kazim telah dipecat daripada parti.

Menantu Hadi Awang ni kata, Ustaz Kazim untungkan UMNO waktu dalam PAS. Atau dalam erti kata lain, rugikan PAS. 

Eh brader, lu ingat agama ni memang boleh digunakan untuk untungkan parti politik ke? 

AHLI PAS KANTOI BESAR


Salah satu kaedah dakwah yang dipraktikkan dalam kalangan ahli PAS ialah mencipta fitnah.

Wednesday 4 December 2013

NAJIB, TANGGUHKAN DULU PAU 2013!

Bah kian parah
Rakyat makin gelisah
Ibu ayah resah
Peniaga kira-kira harta musnah


Media-media hari ini melaporkan banjir yang melanda negeri-negeri di Pantai Timur terutamanya di Pahang, semakin parah.

Sana-sini tenggelam.

Hujan yang turun sehingga 400mm sehari hampir menyamai kuantiti hujan dalam sebulan di Pahang.

Pada masa yang sama, di Kuala Lumpur, para pemimpin rakyat sedang sibuk dengan persiapan untuk bersidang. Entah apa yang hendak disidangkan tak tahulah.  

Sewajarnya dalam situasi sebegini, Perdana Menteri selaku si Presiden menangguhkan persidangan ke satu tarikh lain. Perdana Menteri perlu bawa semua gerombolan orangnya ke kawasan-kawasan banjir dan bantu apa yang patut.

Aktifkan segera bantuan kesukarelawanan supaya rakyat yang menjadi mangsa banjir benar-benar melihat anda sebagai pejuang rakyat, parti rakyat!!


Situasi Terkini Banjir di Kuantan 





Foto ehsan blog WZWH, klik SINI.

BLOGGER PAS SILAP TAFSIR TUN DR. MAHATHIR

Pengunduran Tun Dr. Mahathir daripada jawatan Penasihat PETRONAS mendapat reaksi yang pelbagai. 

Ketika rakyat yang sayang dan cinta akan Tun boleh menerima keputusan tersebut, di pihak pembangkang pula, mereka cuba mencetuskan teka-teki dan mencipta persepsi bodoh bagi mengaitkan keputusan Tun dengan kepimpinan Dato' Seri Najib Razak yang didakwa ada masalah.



Harakah Daily misalnya, menyiarkan analisa artikel tulisan seorang blogger PAS, Shahbudin Husin, yang cuba mempersoalkan faktor sebenar Tun mengundurkan diri daripada PETRONAS selain alasan kesihatan yang merosot yang diumumkan oleh Tun sendiri.

Umum mengetahui usia Tun kini sudah mencecah 88 tahun dan tidak lama lagi akan mencapai 99 tahun. Pada usia ini, Tun pasti menghadapi pelbagai kekangan kesihatan khususnya dari segi fizikal. Namun pada blogger belaan PAS ini, kesihatan bukan satu hal yang penting. Menurut Shahbudin, peranan Tun dalam PETRONAS tidak besar, hanya bertindak sebagai Penasihat yang boleh duduk dan tidur di rumah tanpa perlu ke pejabat.


Adakah Shahbudin lupa, dia bercakap tentang Tun Dr. Mahathir bin Mohamad? Manusia ini bukan manusia sembarangan yang boleh disamakan dengan manusia-manusia lain. Kalau Shahbudin fikir Tun boleh memilih bekerja dari rumah, itu kesilapan terbesar beliau dalam memberikan sifat kepada sosok tua ini. Tun bukan jenis duduk goyang kaki dan terima gaji tanpa buat apa-apa. Itu mungkin budaya orang PAS dan para pemimpin mereka, bukan budaya kerja Tun!

Hentikanlah usaha nak burukkan Tun wahai Shahbudin dan Harakah. Kenal sikit dosa dan pahala apabila bersangka buruk. 

Tuesday 3 December 2013

BUKTI NEPOTISME UMNO DIDEDAHKAN



Dinasti LIM dalam DAP pasti sukar untuk digugat. Cengkaman kuasa keluarga ini semakin kukuh menguasai DAP dan Pulau Pinang amnya. Terbaru, adik Lim Guan Eng, Lim Hui Ying pula dilantik sebagai Setiausaha DAP Pulau Pinang yang baharu.

Berita lanjut, klik SINI.

Berikut ialah senarai Ahli Jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang baharu, dan masih, tanpa Melayu. 

Pengerusi : Chow Kon Yeow
Timbalan : Jagdeep Singh Deo
Naib Pengerusi : Dr P. Ramasamy dan Zairil Khir Johari.
Setiausaha : Lim Hui Ying
Timbalan Setiausaha : A. Tanasekharan
Bendahari : Wong Hon Wai
Timbalan Bendahari : Teh Lai Heng
Setiausaha Pengelola : Teh Yee Cheu
Timbalan Setiausaha Pengelola : Harvindar Singh dan Steven Sim.
Setiausaha Publisiti : Phee Boon Poh
Timbalan Setiausaha Publisiti : Ng Wei Aik


Tahniah diucapkan kepada orang Melayu Pulau Pinang yang memilih DAP dalam PRU lepas.

SEBAB KENAPA KELAHIRAN DI MALAYSIA DIJANGKA AKAN MENINGKAT

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Berkuat kuasa 1 Januari 2014, kadar purata tarif elektrik di Semenanjung akan dinaikkan sebanyak 4.99 sen/kWj atau peningkatan sebanyak 14.89 peratus daripada kadar purata semasa 33.54 sen/kWj kepada 38.53 sen/kWj. 
Bagi negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, kadar purata tarif elektrik akan dinaikkan sebanyak 5.00 sen kWj (peningkatan sebanyak 16.9 peratus) daripada kadar semasa iaitu 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen. 
Tarif elektrik baharu bagi semenanjung, Sabah dan Labuan itu diumumkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili di bangunan Parlimen hari ini. 
Menurut Maximus, bagi Semenanjung, tarif baharu itu akan menyaksikan penyelarasan tarif elektrik mengikut kategori pengguna iaitu: 
* Purata tarif domestik akan dinaikkan daripada 28.63 sen/kWj kepada 31.66 sen/kWj, iaitu penyelarasan sebanyak 1.21 sen/kWj (3.03 peratus) 
* Purata tarif komersial akan dinaikkan daripada 41.01 sen/kWj kepada 47.92 sen/kWj iaitu penyelarasan sebanyak 6.91 sen/kWj (16.85 peratus) 
* Purata tarif industri pula dinaikkan daripada 30.94 sen/kWj kepada 36.15 sen/kWJ iaitu penyelarasan sebanyak 5.21 sen/kWj (16.85 peratus) 
Jelas Maximus, selaras dengan dasar melindungi kebajikan pengguna domestik berpendapatan rendah, tiada kenaikan tarif terhadap pengguna 300kWj/ sebulan ke bawah. 
"Kerajaan akan terus membantu dengan memberikan rebat kepada pengguna-pengguna yang bil elektrik berjumlah RM20 dan ke bawah," katanya. 
Beliau turut memaklumkan peruntukan subsidi khusus itu adalah sebanyak RM2.4 bilion setahun di Semenanjung dan RM155 juta setahun di Sabah serta Labuan. 
Menurutnya, sebanyak 70.67 peratus atau 4.56 juta pengguna daripada 6.45 juta pengguna domestik di Semenanjung dan 62 peratus atau 260,000 pengguna daripada 418,000 pengguna domestik di Sabah dan Labuan yang menggunakan elektrik pada kadar 300 kWj ke bawah, tidak akan terjejas. 
Maximus memberitahu, program merasionalisasikan subsidi menerusi semakan semula tarif elektrik itu menjimatkan beban kerajaan sebanyak RM4 bilion setahun dalam bentuk pembelian gas daripada Petronas untuk penjanaan kuasa. 
"Bagi mengukuhkan kedudukan kewangan negara dan ke arah penetapan harga gas berasaskan mekanisme harga pasaran, usaha rasionalisasi subsidi merupakan langkah yang perlu dilakukan kerajaan. 
"Di samping itu, kerajaan juga perlu memastikan syarikat-syarikat utiliti mampu menampung peningkatan kos pembekalan elektrik dan mempertingkatkan pelaburan bagi menyediakan infrastruktur dan operasi pembekalan elektrik yang lebih baik," katanya. 
Katanya, biarpun tarif baharu dilaksanakan, kerajaan tetap menanggung jumlah subsidi pelepasan hasil perolehan gas asli sebanyak RM14 bilion setahun di Semenanjung dan RM570 juta di Sabah dan Wilayah Persekutuan. 
Menurut Maximus, bagi mempertingkatkan sumbangan Tenaga Boleh Baharu, kadar kutipan Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu akan dinaikkan daripada 1 peratus kepada 1.6 peratus berkuatkuasa 1 Januari 2014 di Semenanjung dan akan turut diperluas ke Sabah dan Labuan. 
Dalam pada itu, jelasnya, kadar tarif elektrik Sabah Electricity Sdn. Bhd. yang rendah sebelum ini menjadi faktor penghalang kepada usaha untuk mempertingkatkan tahap kualiti pembekalan elektrik di Sabah. 
Katanya, serentak dengan semakan semula tarif di Sabah dan Labuan, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM1.812 bilion bagi projek-projek pengukuhan infrastruktur baharu yang kritikal bagi 2014 hingga 2016 termasuk Projek Talian Penghantaran Southern Link. 
"Kerajaan juga sebelum ini telah memperuntukkan bantuan kewangan sebanyak RM230.6 juta bagi tempoh 2013-2014 untuk pembiayaan projek-projek pengurangan System Average Interruption Duration Index (SAIDI) di seluruh Sabah," katanya.

Lepas satu, satu lagi kenaikan. Entah berapa banyak lagi kenaikan akan dilakukan sebelum kerajaan pimpinan Najib Razak benar-benar berpuas hati dan yakin negara kita selamat daripada ancaman kemelesatan. 

Rakyat tertekan, walaupun bapak menteri beri jaminan kenaikan tarif elektrik ini tidak akan menjejaskan pengguna domestik di bawah 300kWj yang berjumlah  70% di Semenanjung dan 62% di Sabah dan Labuan.

Bolehkah bapak menteri beri jaminan bahawa harga barangan tidak akan naik selepas ini? 


KORBAN KIAN MENINGKAT, PAS PULA PILIH PEMIMPIN PRO-SYIAH

Sehingga kini, sejumlah 126,000 orang  dilaporkan terkorban dalam perang saudara panjang di Syria. 

Perkembangan ini didedahkan oleh Pemantau Hak Asasi Manusia Syria selepas 33 bulan perang saudara tersebut meletus membabitkan penganut Sunni dan Syiah.

Daripada jumlah itu, dilaporkan orang awam yang terkorban mencecah 44,381 orang dengan 6,626 orang adalah kanak-kanak dan 4,454 lagi adalah wanita.

Sementara itu, pihak kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad telah dituduh bertanggungjawab dalam pembunuhan beramai-ramai ini oleh Tribunal Perang PBB.

Soalnya, adakah dunia khususnya Amerika Syarikat dan PBB sendiri akan mengambil tindakan tegas ke atas Bashar? Berapa banyak lagi nyawa diperlukan untuk mengukuhkan syarat sebelum tindakan tegas diambil?

Di Malaysia pula, PAS memilih seorang pemimpin mereka yang pro-Syiah dan menyokong kerajaan Bashar  sebagai Timbalan Presiden. Apa lagi yang boleh kita harapkan daripada parti ini dalam isu Syria? 

Monday 2 December 2013

Bila Macai Bersuara



Tidak ada rakyat yang gembira dengan kenaikan demi kenaikan pada harga barangan dan perkhidmatan di Malaysia ketika ini. Namun bagi yang rasional, mereka akan lebih waras apabila membincangkan isu ini, kecuali kepada mereka yang mempercaya apa sahaja cakap Anwar Ibrahim. 

MUSTAFA DAN MAHFUZ TEPATI KEHENDAK DAP?


Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin Awang hari ini melantik semula Mustafa Ali sebagai Setiausaha Agong parti tersebut di samping menamakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar yang kalah dalam perebutan jawatan Naib Presiden PAS baru-baru ini sebagai Ketua Penerangan PAS Pusat yang baharu. 

Tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan baharu PAS walaupun hakikatnya banyak muka lama yang dikitar semula untuk memegang jawatan-jawatan penting di dalam PAS Pusat.

Kontroversi mengaibkan membabitkan Mustafa Ali dalam satu skandal video lucah yang didedahkan sebelum PRU-13 nampaknya tidak menggoyahkan keyakinan Hadi Awang terhadap orang kanannya itu. Mungkin PAS sekarang benar-benar ketandusan pemimpin pelapis atau Hadi Awang sendiri gagal dalam menyusun strategi politik.

Pelantikan Mahfuz Omar juga tidak banyak menepati kehendak akar umbi dalam PAS. Tokoh ini dilihat terlalu celopar dalam banyak hal walaupun isinya kosong sehingga mengundang rasa malu pada ahli-ahli PAS sendiri. 

Apa-apa pun, inilah barisan kepimpinan harapan Hadi Awang yang bakal dikerah untuk memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke-14 kelak. 

MENANTU HADI AWANG PULA FITNAH USTAZ KAZIM

Ini satu lagi perangai celaka lahanat orang PAS. Daripada ahli, penyokong, pentaksub, sampailah ke ustaz-ustaz dan ulamak politik dalam PAS, semuanya menjadikan fitnah sebagai makanan. Kali ni, paling bodoh dalam sejarah barangkali, ialah fitnah daripada mamat bernama Akmal Kamaruddin yang terkenal di Larut sebagai MENANTU HADI AWANG. 


Semua orang PAS di Larut khususnya di Selama kenal mamat ni. Kalangan ahli PAS totok, mamat ni digelar Ustaz walaupun ilmu agamanya diragui kerana menuntut di Syria. Mereka kenal dia pun sebab hubungan mertua-menantu antara dia dan Hadi Awang, Presiden PAS. Kalau dia tak menikah dengan anak Hadi Awang, jangan harap orang PAS Larut nak respek mamat ni.

Namun, ketika PRU-13 baru-baru ni, mamat ini telah dicemuh dan ditolak oleh sebahagian besar penyokong PAS di Selama setelah namanya dicalonkan bertanding jawatan ADUN Selama. Pencalonannya ini telah menafikan hak seorang lagi tokoh besar PAS di Selama, Dr. Dhari Othman yang lebih popular dan disayangi penduduk kampung. Lantaran itu jugalah PAS Selama menerima tamparan yang cukup berapi apabila sejumlah besar penyokongnya mengiystiharkan keluar parti ketika hari pembuangan undi kian hampir.

Perangai dajjal mamat ni rupanya makin menjadi-jadi. Mungkin juda dia dah sedar politiknya itu ditolak oleh orang PAS sendiri, lalu dia cipta fitnah terbaru yang lebih rare supaya namanya kembali menjulang. Tapi silap banyaklah. Yang dia fitnah tu Ustaz Kazim, bukan calang-calang sosok. 

Kepada Akmal, bertaubatlah kalau tak mahu dihina di Mahsyar kelak di hadapan Ustaz Kazim dan kami semua. 

MODAL "BODOH" PUN BOLEH JADI SELEBRITI AGAMA DI MALAYSIA


Secara peribadi, SB fikir lebih baik dan mulia sekiranya Ustaz Kazim masuk politik atas platform UMNO berbanding terjun ke dalam bidang lakonan. 

Hari ni ada ustaz 'hanyut' dek keseronokan menjadi selebriti yang hanya bermodalkan kalimah keramat "bodoh" dan lawak merapunya ketika berceramah. 

Namun kepada Ustaz Kazim, telah dibukakan jalan seluas-luasnya untuk beliau mengangkat martabat dakwah Islam oleh Allah SWT melalui UMNO, sebuah parti keramat yang hari ini sedang memegang tampuk pemerintahan negara Islam Malaysia.

Antara menjadi selebriti dan menjadi individu penting dalam parti politik yang berkuasa, mana satu lebih bagus? 

Mungkin ada yang menjawab - kononnya - dakwah melalui bidang lakonan lebih berkesan. Poodahh.. Itu semua retorika dalam bisnes perfileman negara. 

KENAPA TOK GURU MENIPU.. ISH..ISHH..

23 tahun payah nak jumpa PM, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bekas Menteri Besar Kelantan. 23 tahun dia perintah Kelantan, rupanya payah nak jumpa PM. Betul ke? 


Klik SINI.

USTAZ KAZIM AKHIRNYA BUKA MULUT

Di sebalik kontroversi MT UMNO, ceramah Ustaz Kazim Elias
di USIM malam tadi tetap mendapat sambutan hangat.

Perangai celaka orang PAS tak pernah berubah. Hanya mereka sahaja layak dan berhak perjuangkan Islam, dan hanya parti mereka sahaja layak memperjuangkan Islam. Lahanat!

Kenapa mereka marah sangat bila Ustaz Kazim dilantik menjadi ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO?

Adalah lebih baik Ustaz Kazim berjuang melalui UMNO yang jauh lebih teguh dan berkuasa berbanding PAS sendiri. Wadah perjuangan UMNO lebih menjamin hak dan kebajikan umat Islam di negara ini yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu. Lebih penting, UMNO mampu mengibarkan dakwah Islam jauh lebih baik berbanding PAS yang cenderung mengheret Islam ke pentas politik dan menggunakan Islam untuk kepentingan politik.

Muktahir ini, PAS sendiri semakin terasar daripada jalan dakwah kerana terlalu mengambil kepentingan politik sebagai matlamat perjuangan mereka. Golongan ulamak bahkan semakin disisihkan. Kalau bersuara pun belum tentu akan didengar atau dihormati. Syiah juga semakin menular dalam parti Islam For All itu. Golongan profesional dan liberal pula semakin bercambah dan memegang tampuk kepimpinan.  


Jadi adakah PAS masih layak bercakap soal Islam? Islam yang bagaimana? 

Wednesday 27 November 2013

EMEL PALSU - MENJAWAB FITNAH PRO-M UM

Kempen pilihan raya kampus (PRK) Universiti Malaya sedikit kecoh sejak petang tadi apabila sebuah blog dikesan menyiarkan satu entri yang mendedahkan konspirasi antara Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dato’ Dr. Rohana Yusof dan jentera Penggerak Mahasiswa diketuai Saudara Aiman Taslim.

Klik imej untuk paparan lebih jelas.


Dalam entri tersebut, admin blog WILDAN –KONSPIRASI PENGGERAK yang menggunakan nama  Nur Aiman Wildan (dipercayai identiti palsu) menyiarkan paparan skrin dalam format perbualan emel antara Prof. Dato’ Dr. Rohana dan Aiman Taslim yang menyentuh perkara-perkara berkaitan bantuan kewangan kepada jentera dan lain-lain hal yang dikepilkan bersama dalam emel tersebut.

Blog ini yang dipercayai baru sahaja dibina bagaimanapun telah dipadam oleh admin sekaligus menimbulkan pelbagai persoalan. Carian sebentar tadi menggunakan alamat http://konspirasipenggerak.blogspot.com/ gagal menjejak blog tersebut. Selain itu, akaun FB yang turut menggunakan nama Nur Aiman Wildan juga gagal dikesan sejak jam 10.00 malam tadi.


Klik imej untuk paparan lebih jelas.


Berdasarkan maklumat-maklumat yang dikumpulkan, admin kedua-dua akaun ini (dipercayai individu yang sama yang mengaku kawan baik Aiman Taslim) didapati telah membuat kongsian awal berkaitan pendedahan ini di laman portal berita propembangkang, Malaysiakini sebelum tersebar secara meluas di alam maya.

Kronologi pendedahan yang dilakukan oleh admin kedua-dua akaun blog dan Facebook ini sedikit sebanyak telah menimbulkan tanda-tanya yang rumit.

Pertama, adakah benar pendedahan ini wujud? Apakah bukti yang boleh digunakan untuk mengesahkan bahawa perbualan emel antara Prof. Dato’ Dr. Rohana dan Aiman Taslim benar-benar berlaku seperti yang didakwa? Lebih penting, adakah akaun emel tersebut benar-benar wujud? Bagaimana hendak dibuktikan itu adalah akaun emel Prof. Dato’ Dr. Rohana dan Aiman Taslim?

Sehingga kini belum ada apa-apa kenyataan rasmi dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak.

Kedua, apakah tujuan pendedahan tersebut dilakukan? Persoalan ini lebih rumit. Jika dilihat momentum kempen ketika ini, pihak Penggerak Mahasiswa sedang ditekan hebat oleh kumpulan Pro-M yang ketinggalan dari segi gerakerja kempen dan strategi mendekati para pengundi. Pro-M terpaksa menyerang calon-calon Penggerak Mahasiswa yang sedang berkempen di fakulti-fakulti dan memburu tenaga kerja kempen Penggerak yang sedang menjalankan tugasan berkempen di sekitar kampus.

Jika dilihat dari sudut ini, jelas sekali Pro-M cuba mencipta ‘sesuatu’ yang boleh membunuh terus kempen Penggerak Mahasiswa melalui permainan persepsi negatif. Adakah ia mustahil? Perlu diingat dalam politik, segalanya mungkin dan segalanya halal selagi ia boleh mendatangkan keuntungan kepada kem yang bertanding, dan hal ini termasuk dalam strategi minit-minit akhir.

Berdasarkan sejarah pilihan raya kampus di Universiti Malaya, pernah berlaku beberapa isu yang dicetuskan pada minit-minit akhir tempoh berkempen hingga menggegarkan warga kampus dan negara amnya. Kesannya amat besar. Antara isu tersebut ialah :

1. Kepala babi yang diletakkan di dalam Surau Akademik Pengajian Islam (API).
2. Calon Pro-M diculik.
3. Pengerusi Pro-M mendakwa dipukul oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenalinya.

Justeru tidak mustahil sekiranya isu emel ini juga dirancang untuk membunuh kempen kumpulan tertentu. Dalam hal ini, sudah tentulah kumpulan tersebut ialah Penggerak Mahasiswa yang menjadi mangsa.

Berbalik kepada persoalan awal tadi, adakah mustahil emel tersebut adalah rekaan? Adakah mustahil ia sengaja dicipta untuk memusnahkan kempen Penggerak Mahasiswa dan menjatuhkan Prof. Dato’ Dr. Rohana yang sememangnya diketahui amat dimusuhi oleh kumpulan Pro-Mahasiswa Universiti Malaya? 

Adalah tipu sekiranya mana-mana pihak mendakwa pendedahan seperti di dalam emel tersebut tidak boleh direkayasa, dan adalah bohong sekiranya mana-mana pihak boleh menjamin emel dan entri tersebut adalah benar lagi sahih. Jika benar, kenapa admin tidak membuat laporan terus kepada pihak berkuasa seperti SPRM? Dan kenapa admin bertindak memadam kedua-dua akaun beliau selepas isu ini menjadi viral dalam masa yang singkat? 

Lihat bukti-bukti di bawah. Adakah sukar untuk memalsukan emel? 

Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Klik imej untuk paparan lebih jelas.



Persoalan ini sengaja SB biarkan tergantung. Anda boleh nilaikan sendiri.

Di atas semua perkara yang dibangkitkan ini, ada persoalan lain yang perlu diberikan perhatian. Pertama, kenapa Pro-M begitu bersungguh-sungguh memainkan isu ini? Kedua, siapa yang mula-mula membangkitkan isu calon Penggerak Mahasiswa dibayar RM500 untuk berkempen? Jejak kembali permainan atau game ini sedikit ke belakang dan anda akan menemui individu terawal yang membangkitkan hal ini di alam maya. Orangnya ialah Saudara Edikoup, bekas Pengerusi Pro-M Universiti Malaya tahun lepas.

Edikoup tuduh tanpa bukti? 


Dari mana Edikoup dapat maklumat tersebut seperti yang didedahkan di dinding Facebooknya sebelum ini? Kenapa Edikoup tidak memperincikan maklumat tersebut sebaliknya membiarkan isu tersebut dimainkan secara terbuka di alam maya?

Dan persoalan terakhir, ADAKAH ANDA PERCAYA pendedahan tersebut? Jika ya, anda perlu memahami frasa akhir artikel SB ini : SIAPA-SIAPA PUN BOLEH CIPTA EMEL TERSEBUT DAN SIARKAN DI BLOG DAN FACEBOOK DENGAN TUJUAN MEMFITNAH PIHAK LAWANNYA.  

Pesan khas buat warga kampus UM :

Bertenang. Abaikan isu-isu begini. Tak perlu dikisahkan sangat akan perkara-perkara yang tidak sahih hujung pangkalnya. Kita jaga keharmonian kampus. Kita sayangi perpaduan yang sedia terbina. Kita tolak budaya fitnah memfitnah. Sedih rasanya melihat kampus yang kita cintai ini menjadi porak peranda dengan fitnah mehnah sebegini. Bersatulah. Turunlah mengundi dengan tenang dan yakin. Pilihlah kumpulan yang anda yakini boleh memimpin kita semua dengan baik dan cemerlang. 


PRO-M UM DISERU BERTINDAK GANAS

Bekas mahasiswa UM. Ditendang keluar kerana masalah dalam pengajian. Anwar Ibrahim kutip,
lalu ditempatkan KUIS. 

Syukri Razab dulu pernah jadi kepala gerakan Pro-M di UM. Tapi masa depannya gelap. Tak sempat habiskan pengajian pun. Syukri ditendang keluar. Dia tak layak pun nak bercakap tentang pilihan raya kampus di UM kerana status pengajiannya itu. Tapi anehnya, budak-budak Pro-M masih lagi menyanjung lelaki ini.

Rakan-rakan dalam Pro-M tahu Syukri ni macam mana. Masa di UM, masanya dihabiskan dengan berpolitik. Kuliah, tutorial, peperiksaan, tugasan ilmiah, semuanya dilempar jauh. Siang malam dia hanya tahu berpolitik, ke hulu ke hilir pun berpolitik. Kerjanya hanya tahu mencari salah universiti, menghentam kerajaan. Selepas ditendang dari UM, dia dikutip oleh Anwar Ibrahim dan ditawarkan tempat di KUIS tanpa sebarang bayaran. Peranannya di KUIS pun sama, iaitu berpolitik dan menghasut para pelajar supaya membenci kerajaan. 

Sebab tu dia tak kisah membuat gesaan seperti dalam salah satu status yang dikemaskini di Facebooknya malam semalam. Dia seru geng Pro-M UM supaya bertindak ganas ke atas Penggerak Mahasiswa. Inikah adab politik yang menjadi pegangannya selama ini? 

PRO-M UM SEMAKIN KEPANASAN

Kempen kumpulan Penggerak Mahasiswa malam semalam telah dicemari oleh tindakan agresif pihak lawan daripada Pro-Mahasiswa yang menahan salah seorang aktivis Penggerak ketika beliau sedang menjalankan tugas di dalam kampus.

Kejadian tersebut turut dirakam dalam format video dan disebarkan dalam masa yang singkat bertujuan membunuh kredibiliti kumpulan Penggerak Mahasiswa. 


Pro-M cuba mengambil kredit daripada insiden ini walaupun tahu pelajar tersebut tidak membuat apa-apa kesalahan. Hal ini secara tidak langsung telah menunjukkan Pro-M sedang tertekan dengan kempen WHAT'S NEXT yang dilancarkan oleh kumpulan Penggerak Mahasiswa.

Apa itu WHAT'S NEXT? Kenapa Pro-M takut sangat? Pendedahan berkenaan kempen ini telah dibuat secara terperinci melalui sebuah blog yang dibangunkan bertujuan membongkar kebobrokan Pro-M Universiti Malaya setiap kali tiba musim PRK. Blog tersebut boleh diikuti di SINI.


Kepada macai-macai Pro-M UM, tak perlu nak bersorak sangat. Anda menangkap orang yang salah. Sepatutnya anda memburu individu yang bertanggungjawab membawa masuk KEPALA BABI ke dalam Surau API, memburu individu yang MENCULIK MASTURAH, MEMUKUL EDIKOUP, dan menconteng kampus dengan LOGO HIPPIE. 

Pelajar yang anda tahan itu lebih mulia kerana beliau cuba membangkitkan kesedaran warga kampus tentang perbuatan jahat dan tidak bermoral anda selama ini dan memfitnah Penggerak Mahasiswa saban tahun.


Ikuti juga pendedahan kempen WHAT'S NEXT melalui blog dalam siri artikel terdahulu. 

MEREKA BUAT TAK APA

Aksi dalam foto di bawah bukanlah aksi yang boleh kita saksikan dengan mudah. Jarang sekali aksi begini dipertontonkan kepada umum. Kakak-kakak bertudung labuh dan abang-abang yang luarannya nampak cukup Islamik ini, rupa-rupanya pandai juga bergaul mesra.

Calon-calon dan para penyokong PRO-M UM berkumpul
selepas penat berkempen, katanyalah.

Kalau dulu, ketika zaman Persatuan Mahasiswa Islam cukup dipandang tinggi, budaya campur gaul begini amat ditegah oleh kepimpinan utama. Kalau dulu, nak bercakap atau berbincang pun ada kain pemidang yang menjadi pemisah antara lelaki dan wanita walaupun berada dalam kumpulan. Dulu, adab muslimin dan muslimah amat-amat dijaga oleh naqib-naqib utama. Perjuangan tak menghalalkan cara, pesan mereka. 

Namun, adab-adab begini seolah-olah telah dilonggarkan oleh para pejuang Islam kampus era ini atas pelbagai alasan. Ya, benar.. tidak menjadi masalah malah tidak melanggar hukum syarak lelaki berada dalam kumpulan bersama wanita. Yang tak boleh ialah berdua-duaan. Tetapi kalau nak berhukum tu, janganlah hipokrit. Dulu tak boleh, kenapa sekarang semuanya boleh? 

SB tergelak melihat foto ini, lantas teringat pengakuan salah seorang bekas aktivis PMI UM yang pernah aktif suatu ketika dahulu. Dengarkan pengakuan beliau dalam tiga klip video di bawah. 






Tuesday 26 November 2013

TERBARU!! LAGI FATWA SONGSANG

Sesiapa yang mengucap dua kalimah Syahadah, maka dia adalah ahli PMI. Itulah fatwa berbaur politik terbaharu keluaran Pro-M Universiti Malaya dalam usaha mereka menarik sokongan para pengundi. Lihat klip video di bawah.

Saudara Bukhairy Suffian, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang juga merupakan aktivis Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM mengeluarkan fatwa tersebut ketika membantu menjawab salah satu soalah berkaitan demonstrasi dalam Islam dalam Debat Presiden antara Pro-M dan Penggerak Mahasiswa UM.

Persoalannya, adakah semua umat Islam yang mengucap dua kalimah Syahadah telah dipakejkan menjadi ahli PMI secara langsung apabila beriman kepada kalimah tersebut? Sejak bila kias ini menjadi pegangan para pendokong gerakan PMI? Bagaiman dengan mahasiswa-mahasiswi yang tidak menjadi ahli PMI secara rasmi, tidak berdaftar dan tidak membayar yuran keahlian? Adakah mereka semua terikat dengan dosa-dosa yang dilakukan oleh PMI UM selama ini khusus ketika pilihan raya kampus (PRK)?

KRONOLOGI KEMPEN KOTOR PRO-M BAHAGIAN 2

Klik imej untuk paparan lebih jelas.

Kronologi awal kempen kotor Pro-M telah SB kongsikan di SINI. Itu bahagian awal. Kali ini SB kongsikan pula tiga lagi peristiwa besar yang boleh disifatkan sebagai kempen kotor kumpulan Pro-M Universiti Malaya dalam usaha mereka menawan kampus melalui pilihan raya yang diadakan. 

1. PRK Sidang 2011/2012

Selepas game kepala babi berjaya membawa Pro-M memenangi PRK Sidang 2009/2010, kumpulan tersebut sekali lagi berusaha mencipta game yang boleh meletupkan seluruh kampus dan membuatkan para pelajar tertanya-tanya siapa yang melakukannya dalam PRK Sidang 2011/2012.

Skrip dicipta. Seseorang perlu dipilih menggalas tugasan kotor ini. Kotor tak apa asalkan ada untung. Tak cuba tak tahu. Akhirnya, salah seorang calon wanita mereka diamanahkan menjadi mangsa dalam game ini. Game apa? Klik SINI.

2. PRK Sidang 2012/2013

PRK sidang ini dianggap sebagai PRK paling mencabar, getir dan penting. Semua pihak ternanti-nanti apakah yang akan berlaku dalam PRK UM sehingga istilah What's Next menjadi popular dan trending dalam tempoh masa yang amat singkat.  Kisahnya? Klik SINI.

3. PRK Sidang 2013/2014

PRK sidang ini juga dimulakan secara kotor. Awal-awal lagi kumpulan Pro-M cuba mencipta kontroversi bagi menaikkan nama dan imej mereka di mata mahasiswa Universiti Malaya. Kali ini mereka menjemput aktivis Hippie sosialis, Saudara Fahmi Reza untuk membuka gelanggang kempen Pro-M dengan berkongsi sejarah perjuangan mahasiswa. Apa yang mengejutkan, Fahmi turut membawa gelombang Hippie ke dalam kampus UM. Para penyokong Fahmi telah mencemarkan kawasan kampus dengan menconteng logo Hippie sebelum membuat perang psikologi ke atas Penggerak Mahasiswa. Klik SINI untuk mengetahui kisah lanjut.

Kurang 48 jam sahaja lagi hari pembuangan undi akan berlangsung. Setakat ini, Pro-M belum mengeluarkan bom mereka yang boleh menggegarkan seluruh kampus. Tapi jangan lupa. Semua bom mereka sebelum ini dilakukan pada saat-saat terakhir hingga sukar disanggah oleh kumpulan lawan. 

Jadi apa pula kali ni? 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar