Insiden : Calon Pro-M Diculik atau Hilang?
Sama ada diculik atau hilang,
kedua-duanya mencetuskan misteri yang sama. Untuk apa?
Masturah Abu Bakar, isteri Safwan Anang. |
Salah seorang calon yang
bertanding atas platform Pro-M dilaporkan hilang ketika keluar berkempen pada 20hb
Februari 2011 di block Pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat penginapan
pelajar luar UM. Calon tersebut, Masturah Abu Bakar yang juga merupakan anak
kepada pemimpin Dewan Muslimah PAS Selangor, dilaporkan hilang selepas ‘menerima’
SMS berbaur ugutan seperti yang didedahkan oleh rakan beliau, Nurhanis ketika
membuat laporan polis.
Anehnya, Masturah dilaporkan
ditemui semula sebaik selesai pengundian yang dijalankan sehari kemudian iaitu
pada 21hb Februari 2011. Dan lebih aneh lagi, Masturah diumumkan sebagai calon
yang mendapat undian tertinggi atau lebih tepat, undi popular!
Modus operandinya kelihatan cukup
mudah tetapi amat Berjaya. Hilang, berkempen untuk raih simpati, dan menang
besar! Yang kena check mate siapa? Seperti biasa, cakap-cakap politik tetap
menjurus kepada kumpulan Penggerak Mahasiswa yang cuba dikaitkan sebagai pihak
yang bertanggungjawab menculik Masturah.
Masturah bersama ibunya, Mariam Abdul Rashid, pemimpin Dewan Muslimah PAS Selangor ketika sidang media selepas kemunculan semula Masturah daripada 'kehilangannya'. |
Paling mencuit hati ialah
kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Pro-M ketika itu, Saudara Farid
Jalpah, yang mengugut akan memboikot PRK sidang tersebut sekiranya kes tersebut
tidak diselesaikan segera oleh pihak HEPA.
Akhirnya siapa yang kena troll? Sendiri
jawab ye..
No comments:
Post a Comment