Dr. Muhaimin Sulam, Ketua Lajnah Kebudayaan PAS atau Ketua Lajnah Rock Metal? |
Apa agaknya yang difikirkan oleh
Ketua Lajnah Kebudayaan dan Kesenian PAS Pusat, Dr. Muhaimin Sulam ketika
membela parti tersebut yang diserang gara-gara persembahan rock metal dalam
salah satu slot sambutan muktamar agung PAS?
Dr. Muhaiman kata persembahan
tersebut adalah bertujuan menarik sokongan anak muda sesuai dengan slogan PAS
For All. PAS, menurut beliau, perlu mengambil kira semua minat dan
kecenderungan anak muda termasuk peminat golongan metal yang menyokong PAS.
Apa sudah jadi dengan larangan
berhibur secara keterlaluan? Mana pergi garis panduan berhibur mengikut Islam?
Adakah PAS mempunyai hak dan kebebasan untuk mengubahsuai atau memanipulasi
larangan serta garis panduan tersebut sewenang-wenangnya?
Kalau benar nak ikut slogan PAS
For All dalam hal hiburan, PAS kena buat lebih lagi. Hakikatnya rock metal
hanya satu juzuk seni yang kecil dan mempunyai pengikut yang sangat kecil di negara
ini.
PAS makin lama makin bercelaru.
No comments:
Post a Comment