Adakah benar pihak pentadbiran UiTM menyembunyikan tarikh-tarikh dan notis penting berkaitan pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) bagi Sesi 2013/2014?
Perkara ini menjadi viral sejak beberapa hari yang lalu apabila kumpulan haram pimpinan Khalid Ismath, salah seorang pelajar UiTM yang kini sedang digantung pengajian, iaitu Kelab Sosialis UiTM menyebarkan propaganda tersebut melalui laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog.
Isu ini menjadi semakin panas apabila seorang lelaki yang mengaku pansyarah Fakulti Pendidikan, UiTM Kampus Shah Alam bernama Dr. Jamaluddin Ahmad, mengirim artikel kepada portal berita propembangkang The Malaysian Insider mendakwa wujud sesuatu yang tidak kena berkaitan sistem pemilihan terutamanya dalam aspek sebaran notis kepada para pelajar |SINI|.
Hal ini bagaimanapun telah dinafikan oleh pihak pentadbiran UiTM yang menyifatkan tindakan segelintir kecil pelajar ini sebagai salah satu usaha mensabotaj pemilihan JPP yang dijangka akan diadakan pada 28hb November ini atas alasan sentimen politik, bukannya berkaitan teknikal seperti yang digembar-gemburkan.
Bagi menafikan tuduhan dan fitnah yang dilemparkan ini, SB kongsikan bukti-bukti berikut. Notis-notis pemilihan sebenarnya telah pun dinaikkan melalui kain rentang yang digantung di pintu-pintu pagar utama kampus. Justeru tidak ada alasan lagi kenapa Kelab Sosialis UiTM tidak mendapat info berkaitan hal ini.
Notis dalam bentuk kain rentang digantung di pintu pagar utama kampus Shah Alam, Selangor. |
Semua pelajar juga mempunyai hak yang sama untuk bertanding sekiranya memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan dan mematuhi peraturan pemilihan.
Penamaan calon bagi Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) UiTM Sesi 2013/2014 akan diadakan pada petang ini (24hb November 2013) jam 3.00 petang dan terbuka kepada semua pelajar.
No comments:
Post a Comment