Keghairahan Pro-M untuk menawan
Universiti Malaya dalam pilihan raya kampus (PRK) sidang ini sedikit terencat
dengan perkembangan terbaru membabitkan urusan percaturan calon yang akan
bertanding.
Calon progresif yang pro-Safwan Anang,
Saudara Bukhairy Suffian dilaporkan akan mengambil alih kerusi Fakulti Perundangan yang sebelum ini telah
pun diberikan kepada salah seorang aktivis yang pro kepada Pengerusi Pro-M Universiti
Malaya, Saudara Muqit.
Bukhairy merupakan Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dipilih sendiri oleh Safwan Anang.
Secara politik, kedudukan Bukhairy sebenarnya lebih tinggi daripada Muqit dan
sepatutnya dicaturkan sebagai calon Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM)
daripada Pro-M bagi mencabar kem Penggerak Mahasiswa.
Perkembangan terbaru ini
menjelaskan lagi isu krisis dalaman yang sedang melanda Pro-M UM dan SMM amnya.
Belum pun penamaan calon
berlangsung sudah macam-macam masalah berlaku. Bagaimana nanti kalau dah
menang? Pasti lebih banyak perebutan kuasa dan kepentingan akan berlaku.
Akhirnya yang tergadai ialah kebajikan mahasiswa-mahasiswi UM sendiri. Jadi buatlah
pilihan paling bijak demi masa depan anda semua.
No comments:
Post a Comment