Pilihan Raya Kampus (PRK)
Universiti Malaya yang dianggap sebagai ibu bagi semua pilihan raya kampus di negara
ini dimulai dengan satu lagi perbuatan tidak bertamadun yang dipercayai
dilakukan oleh kumpulan tertentu di dalam kampus utamanya di Kuala Lumpur.
Sejak malam semalam, beberapa
kawasan tumpuan telah dicemari perbuatan menconteng logo hippie seperti di
perhentian bas dan kolej-kolej kediaman. Lebih parah, beberapa buah kenderaan
rasmi universiti seperti van dan bas turut diconteng dengan logo yang sama.
Perkembangan ini menimbulkan
tanda-tanya kerana ia berlaku selepas Fahmi Reza, aktivis sosialis mahasiswa
membangkitkan isu beliau dihalang memasuki Universiti Malaya untuk menyampaikan
speech di laman Facebooknya sejak malam semalam.
Fahmi Reza memang diketahui kuat
berpegang kepada budaya hippie sejak beliau menuntut di Amerika Syarikat
sebelum ditamatkan pengajian akibat pelbagai masalah peribadi.
Hippie merupakan salah satu budaya
yang pernah merosakkan golongan anak muda pada tahun 60-an dan 70-an
khususnya di Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Sejak budaya ini
popular, pelbagai bentuk gejala sosial seperti seks bebas, dadah dan hiburan
tanpa sempadan merebak ke seluruh dunia.
Walaupun budaya ini dikatakan
sudah berakhir pada penghujung tahun 70-an selepas Perang Vietnam, namun
dipercayai ia masih dianuti oleh sejumlah besar aktivis sosialis di peringkat
global. Di Malaysia, budaya ini cuba dipopularkan oleh Fahmi Reza dan para
pendokong fahaman sosialis yang beroperasi di Bangsar, Kuala Lumpur diketuai
Hishamuddin Rais.
Fahmi Reza cuba menyebar fahaman
ini bersama-sama dengan fahaman sosialis lain seperti kebebasan sosial dalam
kalangan mahasiswa kerana beliau percaya golongan ini paling mudah ditanam dan
disemai dengan ideologi-ideologi kebebasan hak asasi manusia seperti yang
diperjuangkan oleh kumpulan Pro-Mahasiswa.
Namun apa yang SB cuba bangkitkan
di sini ialah, adakah mahasiswa Universiti Malaya bersedia atau mengalu-alukan
budaya ini di dalam kampus? Jika benar budaya ini diterima di dalam kampus, maka Universiti Malaya secara dasarnya sudah ditawan oleh sosialis Hippies yang dibawa oleh Fahmi Reza. Selepas ini, SB percaya lebih banyak bentuk budaya bebas ini akan diperkenalkan selain logo-logo yang diconteng di sekitar kampus.
Tahniah Pro-Mahasiswa Universiti Malaya kerana membawa masuk pengaruh negatif ini ke dalam kampus.
No comments:
Post a Comment