Tahniah diucapkan kepada Kerajaan DAP Negeri Pulau Pinang dan para penduduk Balik Pulau amnya kerana kejayaan ini.
Selepas enam tahun menjalankan penyelidikan, akhirnya DAP memilih Balik Pulau sebagai lokasi membangunkan perkampungan Hakka yang dipercayai kedua di dunia selepas China. SINI. Wahh.. ini satu kebanggaan besar!! Hebat Khalifah Lim Guan Eng.
Ia juga hadiah paling istimewa untuk para penduduk Balik Pulau yang majoritinya ialah orang Melayu.
Suatu ketika dahulu, ketika Francis Light menabrak Pulau Pinang, orang-orang Melayu terpaksa meredah hutan rimba dan bukit bukau melarikan diri sebelum menemui tanah lapang yang sesuai dijadikan kawasan perkampungan baharu mereka iaitu Balik Pulau. Namun kini, orang-orang Melayu di Balik Pulau terpaksa menjejak langkah yang pernah dilalui oleh nenek moyang mereka dahulu untuk melarikan diri daripada regim Lim Guan Eng.
Melayu jugalah yang jadi mangsa.
CatatanTapakKaki : Teringat kata-kata teman SB di Pulau Pinang. Orang Melayu di sini, kata beliau, ibarat orang-orang Palestina yang saban hari dihimpit oleh Zionis Israel.
No comments:
Post a Comment