Salah satu modal Pro-M UM setiap
kali tiba pilihan raya kampus (PRK) ialah menuduh pihak HEPA sebagai zalim dan
tidak adil ke atas mereka. Benarkah begitu?
Seandainya benar, maka Pro-M
sepatutnya sudah hilang satu peluang memenangi kerusi Fakulti Alam Bina dalam
PRK kali ini. Calon yang bertanding mewakili Pro-M, Saudara Muhammad Zuhaimi
bin Kassim sebenarnya telah melakukan kesilapan besar ketika mengisi borang
penamaan secara dalam talian apabila tersalah mengisi nombor pendaftaran
pelajar (No. Matrix) pihak pencadangnya. Tanpa disedarinya nombor pendaftaran
tersebut adalah milik pelajar lain yang sama sekali tidak dikenalinya.
Dalam kekalutan tersebut, calon
Pro-M itu cuba berunding dengan pelajar berkenaan namun telah ditolak
mentah-mentah kerana pelajar tersebut merupakan penyokong Penggerak Mahasiswa. Dengan
masa yang kian suntuk (penamaan ditutup jam 11.00 pagi manakala kesilapan
tersebut disedari sekitar jam 10.30 pagi), akhirnya calon Pro-M itu tidak
mempunyai pilihan lain selain mengadap Timbalan Naib Canselor HEPA, Prof. Dato’
Dr. Rohana bagi merayu supaya dibenarkan bertanding.
Di sinilah berlaku sesuatu yang
tidak dijangka sama sekali oleh calon tersebut dan jentera Pro-M Universiti
Malaya. Sepatutnya, selepas mengetahui peluang calon mereka untuk bertanding
sudah tertutup akibat kesilapan bodoh yang dilakukannya, Pro-M telah merancang
untuk memainkan isu zalim dan ditindas oleh pihak HEPA bagi mengaburi mata para
penyokong dan pengundi. Tujuannya tidak lain hanyalah untuk meraih simpati
mudah.
Namun, apa yang dirancang tidak
berlaku. Tanpa disangka-sangka, TNC telah membenarkan calon tersebut bertanding
sekaligus juga menangkis segala tuduhan mereka selama ini kononnya HEPA
menzalimi Pro-M. TNC yang digelar zalim selama
ini juga ibarat penjaga kandang harimau yang berjaya menjinakkan sekumpulan
harimau yang buas, ganas dan penuh nafsu.
Apakah reaksi Pro-M jika perkara
ini berlaku ke atas calon Penggerak Mahasiswa? Sudah tentu satu alam akan
dicanang. Sudah tentu tak cukup siang berganti malam mereka akan memburukkan
nama Prof. Dato’ Dr. Rohana. Segala macam tuduhan akan dilemparkan ke atas
beliau seperti zalim, menindas hak dan kebebasan mahasiswa dan macam-macam
lagi.
Sekarang anda fikirkan sendiri. Wajarkah
calon begini diangkat sebagai pemimpin mahasiswa?
1 comment:
kaki putar belit diorang ni. Aish.
Post a Comment