PRK UM SIDANG 2009/2010
Insiden : Kepala Babi Dalam Surau Akademik
Pengajian Islam (API).
Surau API ibarat markaz PAS di
dalam sebuah kampong yang didiami oleh ahli-ahli PAS sahaja dan dikawal 24/7. Justeru
logikkah jika markaz itu dicerobohi musuh PAS dengan meletakkan kepala babi di
dalam surau tersebut?
Itulah yang berlaku di surau API
ketika Pilihan Raya Kampus UM Sidang Akademik 2009/2010 apabila dua kepala babi
diletakkan di dalam surau tersebut menjelang hari pembuangan undi. Satu UM tahu
surau API ialah markaz induk Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM. Lazimnya,
apabila tiba musim PRK, surau tersebut ‘hidup’ 24 jam dan sentiasa dikawal
ketat oleh ahli-ahli PMI. Namun pada malam kejadian, PMI menuduh surau mereka
dicerobohi dengan mudah oleh pihak tertentu. Soalnya siapa yang berani ceroboh
markaz PMI itu?
Walaupun secara tersirat PMI
menuduh pencerobohan itu dilakukan oleh budak-budak Penggerak, namun hingga
kini tidak ada bukti untuk mengaitkan Penggerak dengan insiden tersebut. Yang
pasti Penggerak Mahasiswa UM menerima kesan buruk daripada persepsi negatif
yang ditimbulkan oleh PMI hingga kalah dalam PRK yang diadakan pada tahun
tersebut.
No comments:
Post a Comment