Sebentar tadi kumpulan Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya diketuai Pengerusinya, Saudara Aiman Taslim telah menyerahkan petisyen memohon penambahbaikan sistem jalur lebar di dalam kampus Universiti Malaya kepada pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Petisyen tersebut diserahkan sendiri kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek di bangunan kementerian tersebut di Putrajaya.
Semoga usaha ini akan membuahkan hasil sekaligus melegakan mahasiswa-mahasiswi Universiti Malaya.
No comments:
Post a Comment