Lihat gelagat para penyokong kumpulan mahasiswa propembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M di Universiti Malaya dalam foto di bawah. Kelihatan mereka sedang membersihkan logo Hippie yang diconteng di sekitar kawasan kampus.
Sekumpulan makhluk oren Pro-M UM sedang membersihkan logo-logo Hippie di salah sebuah lokasi di UM. |
Gelagat ini boleh ditafsirkan sebagai tindakan u-turn oleh Pro-M selepas isu logo Hippie yang dikaitkan dengan kehadiran Fahmi Reza meletus sejak sehari yang lepas. Rata-rata pelajar UM melahirkan rasa marah dan kecewa dengan tindakan tidak bertanggungjawab tersebut yang dianggap amat keterlaluan hingga mencemarkan pemandangan warga kampus.
Lepas buat, pakat-pakatlah cuci, kata salah seorang mahasiswi yang ditemui SB petang tadi ketika meninjau gelagat mereka ini.
Sebelum ini juga pernah berlaku beberapa insiden yang mirip sama gamenya. Ingat peristiwa Masturah Abu Bakar, isteri Safwan Anang hilang pada 20 Februari 2011? Masturah ketika itu merupakan salah seorang calon boleh menang Pro-M dilaporkan hilang sewaktu keluar berkempen di blok Pangsapuri Pantai Permai yang menjadi tempat kediaman pelajar luar UM. Sebaik isu ini meletus, pelbagai tuduhan dilemparkan ke atas kumpulan Penggerak Mahasiswa. Tidak cukup dengan itu, HEPA juga dikaitkan sama kononnya bersikap acuh tak acuh dalam menjaga keselamatan mahasiswa. Isu ini sedikit sebanyak telah menaikkan nama Pro-M dan Masturah sendiri. Simpati diraih, perhatian memuncak menjelang hari pembuangan undi hinggalah tiba-tiba sahaja Masturah muncul semula dan diumumkan sebagai calon yang menang undi tertinggi.
Nampak tak permainannya? Mereka rancang isu supaya kelihatan seperti dianiaya (baca: fitnah) dan mencipta kebencian warga kampus terhadap pihak lawan (Penggerak Mahasiswa).
Sebelum itu, isu kepala babi yang diletakkan di dalam surau Akademik Pengajian Islam (API) juga telah melonjakkan imej Pro-M sebagai mangsa fitnah walhal surau tersebut ialah markaz utama Pro-M di UM. Selain dikawal 24 jam, surau tersebut juga hampir mustahil dicerobohi oleh pihak musuh kerana kedudukannya yang sukar ditembusi dengan mudah. Jadi logikkah jika Pro-M menuduh ada pihak yang sengaja mensabotaj mereka?
Namun, persoalan tersebut tidak penting dalam merangka strategi operasi hitam. Pro-M UM sememangnya berani mengambil tindakan yang radikal kerana mereka tahu ia akan memberikan impak yang besar kepada perjuangan merebut kerusi MPM yang diidam-idamkan oleh mereka selama ini.
Dalam insiden terbaru ini juga, tidak mustahil langsung sekiranya logo-logo tersebut diconteng oleh orang mereka sendiri. Modus operandinya amat ringkas : Conteng, kemudian wujudkan persepsi seolah-olah mereka disabotaj kemudian jalankan prosedur pembersihan supaya mahasiswa-mahasiswi UM benar-benar percaya mereka difitnah!
Akhirnya yang kena troll siapa??
Tahniah Pro-M UM!! Anda memang licik!!
No comments:
Post a Comment