Kalau sebut Fahmi Reza, antara gambaran yang terbayang di mata kita pastinya imej yang selekeh, teman wanita berbangsa Cina yang seksi, kaki demonstrasi, bekas mahasiswa yang terbantut pengajian selepas mendapat tajaan daripada sebuah GLC kerajaan, dan fahaman sosialis yang tebal hingga ke tahap menolak hukum-hakam Islam.
Tidak dapat dipastikan sama ada anak muda ini masih beragama Islam ataupun tidak, tetapi jika diperhatikan gaya hidupnya yang begitu kebaratan dan pemikiran liberal yang amat ekstrim, susah untuk kita masih menyimpan sangka baik terhadap beliau.
Fahmi Reza ketika ini diangkat sebagai ikon gerakan mahasiswa antiestablishment. Justeru tidak hairanlah kalau Pro-M menerima anak muda ini sebagai pejuang termasuk oleh Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) sendiri.
Perkara ini diakui oleh Pengerusi Pro-M UM, Saudara Muqit yang juga merupakan aktivis PMI Universiti Malaya ketika diajukan soalan tentang pendirian Pro-M UM terhadap Fahmi Reza dalam Debat Presiden sebentar tadi. Pada mereka, perbezaan fahaman dan budaya hidup tidak menjadi faktor dalam perjuangan yang dibawa asalkan matlamatnya sama. Dan tidak hairanlah juga Fahmi Reza diberikan ruang seluas-luasnya untuk masuk dan menyebarkan ideologi dan pemikirannya di dalam kampus universiti terulung negara itu.
Kesan awal daripada kehadiran Fahmi Reza ini sudah pun boleh dilihat secara terang-terangan apabila simbol Hippie yang menjadi salah satu identiti beliau selama ini diconteng di sekitar kawasan kampus Universiti Malaya sejak malam semalam.
Walaupun tindakan ini disifatkan sebagai melampau dan biadap, namun ia tidak menjadi masalah kepada para penyokong Fahmi Reza asalkan pengaruh beliau dapat disebarluaskan. Hippie pada mereka ialah simbol perjuangan mahasiswa dan anak muda yang kononnya dizalimi dan ditindas oleh pihak kerajaan walhal, hakikat yang tersembunyi di sebalik simbol itu sebenarnya amat jijik dan kotor.
Hippie tercatat dalam sejarah dunia sebagai salah satu gerakan sosial yang pernah merosakkan pemikiran dan budaya hidup anak-anak muda di Amerika Syarikat dan dunia Barat sebelum merebak ke seluruh dunia. Seks bebas, pemberontakan, hiburan melampau dan melawan ibu bapa menjadi sebahagian daripada budaya Hippie ketika itu.
Jika diperhatikan secara dekat, budaya-budaya ini sebenarnya turut dipraktikkan oleh Fahmi Reza dan para pengikutnya. Bersekedudukan, menganjurkan demonstrasi, menyertai rusuhan seperti BERSIH 3.0 dan BANTAH PTPTN, berkhemah di Dataran Merdeka secara haram, melawan pihak berkuasa dan bermacam lagi bentuk tindakan yang biadap kekal menjadi identiti bagi kumpulan ini.
Justeru, satu soalan kepada Muqit dan gerombolan Pro(sak) Mahasiswa Universiti Malaya, adakah ikon ini yang hendak diangkatjulang oleh kalian sebagai pejuang mahasiswa? Lihatlah apa yang telah mereka lakukan di Kampus Universiti Malaya. Jijik, hina dan memalukan!
PRO-M = PRO(SAK) MAHASISWA
No comments:
Post a Comment