Klik imej untuk paparan lebih jelas. |
Sudah menjadi tradisi dalam pilihan raya kampus (PRK) di Universiti Malaya barangkali. Saban tahun pasti akan meletus insiden-insiden tertentu yang selalunya akan menggemparkan warga kampus bahkan hingga mengejutkan masyarakat luar dan negara amnya.
Berikut merupakan antara catatan ringkas insiden yang pernah berlaku sepanjang sejarah PRK di UM dalam tempoh lima tahun belakangan ini :
1. PRK Sidang 2009/2010
Insiden ini paling rare dalam sejarah politik kampus negara. Dua kepala babi yang masih berdarah diletakkan dalam surau Akademik Pengajian Islam (API) beralaskan bendera PAS. Berdasarkan siasatan yang dibuat, pihak polis percaya ia dilakukan oleh orang dalam. Siapa orang dalam? Ikuti kisahnya di SINI.
2. PRK Sidang 2009/2010
Pro-M UM adalah cerminan pembangkang di dalam kampus. Kalau lihat gerombolan pembangkang di luar kampus, kita boleh nampak imej Pro-M di dalam kampus. Sama saja kedua-duanya. Dan antara ciri persamaan itu ialah, mereka membenci para pemimpin negara termasuk Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak. Kebencian mereka hingga sampai ke tahap menconteng dinding dewan kuliah dengan lakaran karikatur Rosmah Mansor dan menyimbah minyak ketika beliau datang ke UM atas urusan rasmi. Lebih lanjut, klik SINI.
3. PRK 2010/2011
Sistem e-Undi ibarat madu dan racun kepada Pro-M. Oh, silap. Ini berkaitan sikap hipokrasi. Madunya, bila sedap. Racun, bila tidak menguntungkan. Pro-M UM amat suka memainkan isu e-Undi setiap kali tiba PRK. Mereka akan membantah jika berasakan tidak mampu menandingi Penggerak Mahasiswa. Bila rasa tak kuat dan akan kalah, mereka akan gunakan sistem e-Undi sebagai alasan untuk mencipta tension dan isu. Bila kecoh, mereka berpeluang meraih simpati politik dengan mudah. Tak percaya? Klik SINI.
Ini baru tiga peristiwa. Ada lagi yang akan SB kongsikan selepas ini. Kita sebagai warga yang prihatin perlu memberitahu kepada semua orang siapa mereka yang sebenar. Tuan Guru Haji Hadi Awang, Presiden PAS bahkan menasihatkan kita agar mendedahkan keburukan calon-calon yang hendak diangkat menjadi pemimpin. Ini fatwa beliau yang absah dan sering digunapakai oleh para penyokong PAS. Kita pun boleh guna jugalah, kan?
No comments:
Post a Comment