Apa sudah jadi??? Pro-M UM
kelihatan amat terdesak untuk memenangi kerusi Fakulti Perundangan sehingga
terpaksa mencipta platform berasingan bagi meletakkan calon mereka menentang
calon Penggerak Mahasiswa.
Ketika berdebat dengan Saudara
Aiman Taslim baru-baru ini, Pengerusi Pro-M UM Saudara Muqit dengan angkuhnya
mendakwa Pro-M mempunyai kekuatan untuk menang dalam PRK kali ini. Kalau dah kuat sangat kenapa mesti cipta
platform baharu sedangkan semua tahu calon-calon yang dibariskan itu
beridentitikan Pro-M? Adakah ideologi sedia ada Pro-M tidak cukup progresif
hingga terpaksa menggunakan label Progresif di Fakulti Perundangan?
Adakah Pro-M bimbang perjuangan
mereka ditolak lagi di Fakulti Perundangan seperti yang dialami sidang lepas?
Dalam pilihan raya kampus (PRK) sebelum ini kesemua calon Pro-M di Fakulti
Perundangan telah ditolak hingga menjejaskan peluang mereka membentuk majoriti
mudah dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM).
Atas sebab itu jugalah Pro-M
memutuskan untuk mencipta platform baharu dengan tujuan mengaburi identiti sebenar calon-calon yang
diketengahkan sekaligus mengurangkan serangan persepsi oleh pihak lawan ke atas
mereka.
Inilah yang dikatakan matlamat
menghalalkan cara. Seandainya menang kelak, sudah pasti calon-calon Progresif
ini akan declare mereka menyokong Pro-M. Jadi apa bezanya antara Pro-M dan
Progresif??
No comments:
Post a Comment