Malam ini akan berlangsung debat terbuka ala Presiden antara Pengerusi Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya, Saudara Aiman Taslim dan Pengerusi Pro-Mahasiswa, Saudara Muqit Muhammad.
Apa yang menarik tentang debat kali ini, dikhabarkan Saudara Muqit berbelah bagi apabila dicabar oleh Saudara Aiman supaya menyelitkan debat dalam Bahasa Inggeris sebagai memberi ruang kepada para pelajar antarabangsa memahami sedikit sebanyak isi perdebatan.
Menurut rakan-rakan dalam jentera Pro-M UM sendiri, tahap penguasaan Saudara Muqit dalam Bahasa Inggeris agak lemah berbanding Saudara Aiman yang lebih lantang dan petah. Hal ini sedikit sebanyak dilihat akan menjejaskan kredebiliti Pro-Mahasiswa sebagai sebuah gerakan yang lantang memperjuangkan kebebasan bersuara.
Universiti Malaya sebagai sebuah kampus yang menawarkan pelbagai kursus kepada para pelajar dari luar negara turut menawarkan kerusi dalam Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) kepada kumpulan pelajar ini selain kerusi-kerusi yang diperuntukkan dalam Konstituensi Umum dan Fakulti.
Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) bagi Universiti Malaya bagi ketiga-tiga kampus akan diadakan pada 28hb November ini.
No comments:
Post a Comment