Seperti yang dijangka, Pro-M kini
sedang berhadapan krisis dalaman yang serius yang dikesan berakar punca daripada
masalah kepimpinannya di Universiti Malaya. Hal ini didedahkan sendiri oleh sumber
yang dekat dengan bekas pimpinan utama Pro-M Nasional sidang lepas yang
ternyata kecewa dengan gaya dan pendekatan kepimpinan sekarang.
Menurut bekas pemimpin Pro-M itu,
kepimpinan sekarang dilihat gagal menampilkan kelainan serta tandus idea kreatif
untuk menarik sokongan mahasiswa. Mereka lebih selesa mengulangi pendekatan
kepimpinan lama berbekalkan sokongan aktivis sedia ada. Meskipun ada
pertambahan sokongan daripada ahli baharu namun, jumlah yang berjaya dikumpul
ternyata amat kecil. Hal ini secara tidak langsung meresahkan para penyumbang
dana Pro-M yang ghairah mahukan Pro-M menawan kampus Universiti Malaya dalam
PRK yang akan diadakan pada 28hb November ini.
Lebih menarik, Safwan Anang,
salah seorang pemimpin utama Pro-M Nasional yang juga bekas Pengerusi
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dilaporkan tertekan dengan beberapa
keputusan yang diambilnya sebelum ini tetapi kini membawa masalah kepada kem
mereka. Safwan Anang menjadi pemain utama yang menaikkan Bukhairy Suffian
sebagai calon mewakili Gerakan Mahasiswa Untuk PRU-13 (GM13) menentang Perdana
Menteri Dato’ Seri Najib Razak di Parlimen Pekan sebelum mengarahkan beliau
menarik diri bagi menghormati lawan Najib dari Pakatan Rakyat.
Tindakan tersebut telah
menyebabkan para penyokong GM13 dan Bukhairy sendiri kecewa dan menanggung malu
selepas ghairah menguar-uarkan hasrat mereka menentang Najib. Bagi mengurangkan
tekanan yang diterima, Safwan Anang akhirnya memutuskan untuk mengundurkan diri
daripada SMM dan menyerahkan tampuk kepimpinan utama sebagai Pengerusi kepada
Bukhairy Suffian walaupun pada awalnya calon yang menjadi pilihan majlis
kepimpinan ialah Saudara Muqit yang kini berperanan sebagai Pengerusi Pro-M
Universiti Malaya.
Percaturan Safwan Anang ini
didakwa sebagai percaturan politik semata-mata bagi menyelamatkan diri.
Kepimpinan baharu SMM kini dilabelkan sebagai lembik dan terlalu mengharapkan
campur tangan ahli-ahli politik Pakatan Rakyat sebagai jurucakap mereka. Hal
ini dibangkitkan sendiri oleh bekas Pengerusi Kumpulan Aktivis Mahasiswa
Independen (KAMI) iaitu Khalid Ismath. KAMI suatu ketika dahulu merupakan salah
sebuah pertubuhan haram yang bernaung di SMM dan Pro-M Nasional.
Dalam beberapa isu muktahir
membabitkan kepentingan politik kumpulan Pro-M, kepimpinan SMM kerap bergantung
kepada suara Ahli-ahli Yang Berhormat Pakatan Rakyat hingga menunjukkan
kelemahan pertubuhan haram tersebut sebagai agen suara mahasiswa. Tambah pahit,
tindak-tanduk kepimpinan SMM sekarang telah menjungkirbalikkan segala omongan
yang dilaungkan selama ini kononnya pertubuhan tersebut bebas dan berkecuali
yang mewakili mahasiswa di Malaysia.
Krisis kepimpinan ini walaupun
cuba disembunyikan namun terlalu besar untuk disorok melalui permainan politik
oleh Safwan Anang, Bukhairy dan Muqit sendiri. Hingga kini, Safwan Anang belum
menunjukkan sokongannya kepada Pro-M UM walaupun kempen PRK semakin dekat.
Begitu juga bekas Pengerusi Pro-M UM sidang lepas, Saudara Edikoup Lakip
Sediyanto, masih belum menunjukkan sokongan secara terbuka kepada jentera Pro-M
UM sebaliknya lebih ghairah membantu jentera Pro-M dari IPT lain. Edikoup
diketahui merupakan sahabat baik Safwan Anang yang setia kepada perjuangan SMM.
PMI UM yang merupakan tulang
belakang gerakan Pro-M juga dilihat cuba menghindarkan diri daripada SMM kerana
kecelaruan identiti pertubuhan tersebut yang mencampur-adukkan persoalan akidah
dan sahsiyah politik. SMM sebagai sebuah pertubuhan induk menaungi pelbagai
gerakan politik lain termasuk yang berunsur Syiah dan sosialisme seperti KAMI,
Legasi Mahasiswa Progresif UPSI (LMP) dan sejumlah pertubuhan lagi. PMI
dikatakan sukar mencari ruang di celah-celah kewujudan pelbagai pertubuhan
haram tersebut kerana bimbang dihentam oleh para penyokong sendiri.
Jika situasi berterusan, menurut
sumber tersebut, Pro-M UM bakal berhadapan laluan sukar untuk memenangi
majority kerusi dalam PRK kali ini. Berdasarkan sejarah perjuangan Pro-M di UM,
kekuatan pergerakan tersebut antara lain berpunca daripada sokongan berterusan
yang diberikan oleh senior-senior mereka. Kali ini nampaknya Pro-M UM gagal
meyakinkan para senior mereka untuk turun berjuang bersama.
PRO-M = PRO(SAK) MAHASISWA
No comments:
Post a Comment