Tahniah diucapkan kepada kumpulan Penggerak Mahasiswa Universiti Malaya. Mereka faham keluhan warga kampus yang berdepan masalah perkhidmatan jalur lebar yang buruk sejak belakangan ini.
Tak perlu berpolitik bagai. Tak payah anjur demonstrasi hingga mengganggu ketenteraman awam. Cukup dengan mengutip tandatangan dan menyediakan petisyen bagi membawa isu ini ke peringkat atasan. Yang penting tindakan yang diambil akan membuahkan hasil bukan sekadar mengambil kesempatan politik semata-mata seperti yang biasa dilakukan oleh kumpulan Pro-M selama ini.
SB difahamkan kumpulan Penggerak Mahasiswa akan menyerahkan petisyen menuntut penambahbaikan sistem jalur lebar di dalam kampus terus kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia jam 4.00 petang ini di kementerian tersebut di Putrajaya.
Sebelum itu, sejak seminggu yang lalu, para Penggerak telah pun menjalankan operasi mengumpul tandatangan daripada mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya sebagai usaha menyediakan petisyen ini. Berdasarkan reaksi yang diterima, Penggerak Mahasiswa percaya masalah berkaitan perkhidmatan jalur lebar ini adalah serius dan perlu tindakan segera yang komprehensif.
Sama-sama kita nantikan respon isu ini daripada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Dato' Sri Shabery Cheek.
No comments:
Post a Comment