Siapa Dr. Jamaluddin Ahmad? |
Siapa Dr. Jamaluddin Ahmad?
Lelaki ini mendakwa dirinya ialah pensyarah baharu Fakulti Pendidikan, UiTM
Shah Alam. Namun berdasarkan maklumat yang diterima, nama ini tidak wujud dalam
daftar senarai pensyarah di UiTM khususnya di Fakulti Pendidikan UiTM Kampus
Shah Alam.
Justeru secara peribadi, SB lebih
suka menggunakan label lelaki palsu sahaja. Baru-baru ini lelaki ini telah
mengirim (?) sebuah artikel kepada portal berita propembangkang, The Malaysian
Insider yang menyentuh isu pilihan raya kampus (PRK) di UiTM |SINI|. Lelaki ini
mendakwa ‘ada sesuatu yang tidak kena’ berkaitan sistem yang digunapakai oleh
pihak HEP universiti tersebut dalam menguruskan pilihan raya kampus.
Dalam artikel tersebut dia mendakwa
didatangi seorang pelajar yang ingin bertanding dalam pilihan raya kampus dan
meminta bantuannya supaya menyeru para pelajar turun mengundi. Namun pada masa
yang sama, lelaki ini juga seolah-olah menyokong kempen boikot PRK yang
dilancarkan oleh Khalid Ismath melalui Kelab Sosialis UiTM iaitu sebuah kelab
haram yang ditubuhkan sekitar bulan Ogos yang lalu.
Alasan yang digunakan bagi
menyokong kempen ini pula hanya berdasarkan pembacaan beliau mengenai kempen
tersebut. Sejak seminggu yang lalu, Kelab Sosialis UiTM telah melancarkan
pelbagai fitnah ke atas pihak pentadbiran kononnya menyembunyikan tarikh-tarikh
penting dalam pilihan raya kampus sekaligus menghalang peluang mereka untuk bertanding
secara sihat. Justeru mereka nekad melancarkan kempen boikot PRK UiTM.
Jika benar lelaki ini pensyarah
UiTM, dia sepatutnya berusaha mencari kesahihah terhadap kekeliruan ini,
bukannya membuat kenyataan secara terbuka yang hanya menzahirkan lebih banyak
persoalan dan persepsi negatif terhadap tempat dia mencari sesuap nasi.
Pihak pentadbiran UiTM juga
menafikan tuduhan Kelab Sosialis tersebut. Selain menguar-uarkan tarikh-tarikh
penting berkaitan pilihan raya kampus, pihak pentadbiran juga terikat dengan
peruntukan-peruntukan perundangan yang sedia termaktub dalam Akta UiTM 174 dan perkara-perkara dasar berkaitan Pemilihan Jawatankuasa Perwakilan
Pelajar (JPP) atau lebih dikenali umum sebagai MPP. Justeru amat mustahil sekiranya tarikh-tarikh penting tersebut
hendak disembunyikan seperti yang didakwa oleh Kelab Sosialis UiTM pimpinan
Khalid Ismath.
Kepada Dr. Jamaluddin Ahmad,
ingatlah anda juga terikat kepada perundangan. SB difahamkan pihak pentadbiran
UiTM sedang menimbangkan tindakan-tindakan yang boleh diambil ke atas anda
kerana menggunakan identiti palsu dan The Malaysian Insider sendiri yang
menyiarkan artikel tersebut.
No comments:
Post a Comment