Insiden : Bantahan Sistem E-Undi
Sistem E-Undi atau E-Voting telah
dilabel sebagai alat untuk memanipulasi undi oleh HEPA. Siapa yang label sedemikian?
Tidak ada orang lain kecuali Pro-M UM. Ibarat takut akan bayang-bayang
sendiri, apabila berasakan mereka akan kalah barulah Pro-M akan membangkitkan isu
ini. Namun jika menang, mereka akan diam membisu. Hanya cerita kemenangan
sahaja yang akan didendangkan. Hipokrit kan?
Namun ketika PRK UM Sidang
2010/2011, Pro-M telah bertindak melampaui batas apabila melancarkan bantahan
secara agresif terhadap pihak HEPA hingga menceroboh pejabat TNC. Mereka
menjerit, memaki hamun, sumpah seranah jadah, melaung-laungkan pelbagai
perkataan kesat terhadap TNC hingga mendesak TNC letak jawatan.
Demonstrasi yang dilancarkan itu
telah diketuai oleh Saudara Shazni Munir, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa
Islam (PMI) UM. Saksikan video di bawah.
Adakah ini akhlak pemimpin
mahasiswa Islam? Di mana jalan toleransi yang sepatutnya diambil oleh golongan
ini sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam? Dan akibat terlalu taksub dengan
politik jugalah akhirnya Shazni Munir gagal menamatkan pengajiannya di UM.
No comments:
Post a Comment