Klik imej untuk paparan lebih jelas. |
Kronologi awal kempen kotor Pro-M telah SB kongsikan di SINI. Itu bahagian awal. Kali ini SB kongsikan pula tiga lagi peristiwa besar yang boleh disifatkan sebagai kempen kotor kumpulan Pro-M Universiti Malaya dalam usaha mereka menawan kampus melalui pilihan raya yang diadakan.
1. PRK Sidang 2011/2012
Selepas game kepala babi berjaya membawa Pro-M memenangi PRK Sidang 2009/2010, kumpulan tersebut sekali lagi berusaha mencipta game yang boleh meletupkan seluruh kampus dan membuatkan para pelajar tertanya-tanya siapa yang melakukannya dalam PRK Sidang 2011/2012.
Skrip dicipta. Seseorang perlu dipilih menggalas tugasan kotor ini. Kotor tak apa asalkan ada untung. Tak cuba tak tahu. Akhirnya, salah seorang calon wanita mereka diamanahkan menjadi mangsa dalam game ini. Game apa? Klik SINI.
2. PRK Sidang 2012/2013
PRK sidang ini dianggap sebagai PRK paling mencabar, getir dan penting. Semua pihak ternanti-nanti apakah yang akan berlaku dalam PRK UM sehingga istilah What's Next menjadi popular dan trending dalam tempoh masa yang amat singkat. Kisahnya? Klik SINI.
3. PRK Sidang 2013/2014
PRK sidang ini juga dimulakan secara kotor. Awal-awal lagi kumpulan Pro-M cuba mencipta kontroversi bagi menaikkan nama dan imej mereka di mata mahasiswa Universiti Malaya. Kali ini mereka menjemput aktivis Hippie sosialis, Saudara Fahmi Reza untuk membuka gelanggang kempen Pro-M dengan berkongsi sejarah perjuangan mahasiswa. Apa yang mengejutkan, Fahmi turut membawa gelombang Hippie ke dalam kampus UM. Para penyokong Fahmi telah mencemarkan kawasan kampus dengan menconteng logo Hippie sebelum membuat perang psikologi ke atas Penggerak Mahasiswa. Klik SINI untuk mengetahui kisah lanjut.
Kurang 48 jam sahaja lagi hari pembuangan undi akan berlangsung. Setakat ini, Pro-M belum mengeluarkan bom mereka yang boleh menggegarkan seluruh kampus. Tapi jangan lupa. Semua bom mereka sebelum ini dilakukan pada saat-saat terakhir hingga sukar disanggah oleh kumpulan lawan.
Jadi apa pula kali ni?
No comments:
Post a Comment