Pages

Monday 30 July 2012

NAUZUBILLAH!!! PAS SORAK ARTIS SOROK ULAMAK!!


Kebelakangan ini kita melihat satu fenomena yang begitu mengujakan apabila begitu ramai golongan artis berlumba-lumba memasuki arena politik kononnya sudah insaf dan ingin bertaubat dari kehidupan artis yang mereka dakwa penuh lagho dan melekakan. Baguslah kalau betul-betul dah insaf tambahan lagi dengan bulan keberkatan bulan Ramadan ini.

Dakwa mereka kononnya dengan menceburi bidang politik mereka telah menemui cahaya hidayah yang selama ini terlindung dengan hijab glamour dunia artis. Kalau dulu halal-haram, kahwin-cerai, dedah aurat dan pergaulan bebas menjadi darah daging mereka, kini setelah insaf dihina pula  kelekaan mereka dahulunya kononnya kerana salah pihak penguasa yang tidak islamik. Hairan ya sendiri cipta skandal dan kontroversi, orang lain pula senang-senang nak dipersalahkan. Masa glamour tak ingat dunia, bila kena gam dan diboikot media lantaran maksiat, khalwat dan kerja jahat mereka, mulalah hidup terumbang ambing, menagih kerja sana sini, timbullah rasa keinsafan. 

Tetapi malangnya keredhaan Allah yang dicari namun kefasikan yang ditemui. Inilah salahnya kalau memilih wasilah (jalan) yang salah. Sepatutnya setelah bertaubat iman akan menjadi lebih mantap, akidah semakin terpelihara dan paling utama terpelihara dari terjebak dengan dosa-dosa maki hamun dan menabur fitnah.

Namun apa nak buat, keceluparan dan kelancangan mulut inilah menjadi daya penarik segelintir pendengar kononnya makin celupar mulut si artis makin dekat dirinya dengan Allah dan dah terjamin pahala dan surga buat mereka. Ingatlah tiada gunanya bertudung litup, berjubah panjang dan berserban besar kalau pahala yang dicari dengan memaki hamun orang lain. Sabda Rasulullah s.a.w;

Sesungguhnya Allah tidak melihat tubuh badan dan rupa paras kamu, tetapi dia melihat jantung hati (niat) kamu.” (Hadis riwayat Abu Hurairah r.a)

Bila kita kaji sirah Rasulullah s.a.w, terdapat ramai penyair yang memeluk Islam setelah mendengar alunan Al-Quran yang begitu indah di samping kagum dengan keperibadian umat dan ajaran Islam.

Antaranya Kaab bin Zuhair, Abu Zuaib al Huzali dan Hisan bin Tsabit. Namun yang paling masyur adalah Kaab bin Zuhair yang pernah dihalalkan darahnya kerana begitu lancang menghina Rasulullah melalui syair-syairnya. Beliau diampunkan setelah memeluk Islam, namun Baginda tidak mengutamakan golongan penyair ini meskipun menyedari golongan penghibur ini mempunyai pengaruh yang besar terhadap masyarakat jahiliyah ketika itu. Baginda mengutamakan jasa dan kerja para sahabat dan mujahid yang lebih lama berjuang meskipun ada di kalangan mereka yang tidak popular.

Berbeza dengan para artis yang datang kepada jemaah Islam yang sepatutnya mentarbiyah diri sendiri bukannya memandai-mandai mentarbiyah orang lain. Berapa tinggi sangat ilmu yang mereka ada. Kita mudah menjulang mereka sebagai ustaz, ustazah dan ulama berceramah sana sini seolah-olah mereka adalah pejuang Islam yang sebenar. Bertambah malang lagi, ada kalangan artis yang kononnya insaf ini membawa budaya Islam liberal baru bernyanyi dengan alunan gitar di dalam masjid dan surau seolah-olah kita bagai berada di dalam sebuah gereja…nauzubillah!

Kita mula lupakan alim ulama, ustaz-ustaz dan orang-orang kampung yang tidak mempunyai nama yang selama ini bermati-matian berjuang untuk Islam dan hanya menerima upah ala kadar hasil dari kutipan-kutipan derma yang dilakukan. Sebaliknya golongan artis yang menjadi ustaz, ustazah dan ulama segera ini bebas menuntut bayaran tinggi minimum RM2,500.00 setiap ceramah yang hanya mengisahkan kehidupan mereka yang terlampau! Mana nilai Islam dan ilmu dalam perjuangan kini. Pejuang-pejuang Islam dianggap sebagai sampah, sedangkan artis-artis segera ini dapat upah melimpah-ruah hanya untuk menabur finah membangkit amarah sambil-sambil menutup aib silam mereka yang penuh bersejarah!

Bila seorang artis wanita berseloroh nak cari jodoh ustaz, gegak gempita para ustaz tak lena tidur, terpesona memasang angan mendapatkannya walaupun terpaksa berpoligami. Terbukti telah ada beberapa artis yang datang kepada jemaah dengan berkopiah berserban akhirnya kembali kepada tabiat asalnya mencari glamour dan wang di atas pentas sambil-sambil memperaga diri mencari jodoh!

Saturday 28 July 2012

PANAS!!! APA MOTIF ADIK SYAZNI MUNIR HENTAM SMM?

SB pernah menulis tentang keretakan yang berlaku dalam kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang dikenali sebagai Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM). Klik SINI.

SMM yang dipimpin oleh Safwan Anang, penuntut kursus Pengajian Melayu Universiti Malaya (UM) ketika ini berhadapan krisis yang teruk berikutan perbezaan pendirian politik dalam kalangan ahli gabungannya membabitkan GAMIS, AKSI,KAMI, LMP dan lain-lain.

Shukri Razab, kiri, melepaskan jawatan selaku Pengerusi SMM kepada Safwan Anang.

Keretakan ini paling ketara berlaku selepas Shukri Razab melepaskan jawatannya selaku Pengerusi dan memberikan laluan kepada Safwan Anang. Shukri dipercayai mahu menumpukan perhatian terhadap pengajian selepas prestasinya merudum teruk di KUIS. Sebelum itu Shukri telah pun gagal menamatkan pengajian di UMS  dan ditendang keluar oleh pihak universiti sebelum dikutip oleh KUIS atas dasar menjaga kepentingan politik mahasiswa pro-pembangkang oleh Kerajaan PKR Selangor.

Perletakan jawatan Shukri Razab telah membuka ruang perebutan yang besar dalam kalangan pemimpin gerakan mahasiswa haluan kiri itu selepas kemunculan mereka mencetuskan impak yang besar menerusi pelbagai isu yang diperjuangkan.

Ketika ini jugalah nama-nama seperti Syahid Zaini, mantan Presiden MPM UM, Adam Adli (Legasi Mahasiswa Progresif/UPSI), Khalid Ismath (KAMI/UiTM), dan Abdul Haziq (AKSI/UM) muncul memimpin gerakan mahasiswa pro-pembangkang di peringkat nasional.

Namun begitu, keghairahan kelompok ini sebenarnya kurang disenangi oleh satu lagi kumpulan mahasiswa pro-pembangkang iaitu Gabungan Mahasiswa Islam Nasional (GAMIS) yang dipimpin oleh anak bekas Imam Besar Masjid Negara, Saudara Akram Ikrami Taib Azamuden. 

Kredibiliti Akram dicemburui pemimpin SMM yang lebih liberal termasuk Adam Adli dan Haziq.
GAMIS sebenarnya proksi PAS dalam kalangan mahasiswa dan lebih menonjol dengan imej Islamik berbanding kumpulan-kumpulan lain yang bernaung di bawah SMM seperti AKSI, KAMI dan LMP yang terkenal dengan imej  liberal.

Kesediaan GAMIS bergabung bersama kumpulan-kumpulan ini di dalam SMM lebih bermotifkan untuk menggulingkan gerakan Pro-Aspirasi Mahasiswa di peringkat kampus dan kerajaan Barisan Nasional di peringkat nasional. Ia sama seperti PAS bergabung dengan PKR dan DAP iaitu tanpa melibatkan persetujuan dalam hal prinsip-prinsip asas parti.

Hal ini sedikit sebanyak telah mengganggu kelancaran SMM yang dipantau secara langsung oleh pejabat Rafizi Ramli, Pengarah Strategik PKR. Krisis ini dipercayai semakin memuncak apabila wujud tekanan daripada kepimpinan GAMIS untuk keluar daripada SMM sebagai protes kepada ahli gabungan yang lain.


Ia berpunca apabila GAMIS melihat SMM semakin tersasar daripada perjuangan asalnya dan tidak mampu lagi membawa agenda mahasiswa di peringkat nasional.  

Tindak-tanduk sebahagian pemimpin SMM ketika berdemonstrasi menuntut pemansuhan PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka juga menjadi punca utama kenapa GAMIS mahu keluar daripada SMM.

Hal ini turut didedahkan oleh Presiden Gerakan Mahasiswa Pantai Timur (GEMPUR), Muhammad Syahmi Hazim yang juga adik kepada Syazni Munir, bekas YDP Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya dalam surat yang dikirimkannya kepada Harakah Daily baru-baru ini

Dalam tulisannya itu, Syahmi Hazim membangkitkan beberapa perkara yang disifatkan sebagai masalah dalaman SMM seperti komitmen pemimpin, ego dan perbezaan pandangan yang semakin ketara dalam gabungan tersebut.

Syahmi Hazim ialah adik kepada Syazni Munir iaitu bekas pelajar UM yang gagal dalam pengajiannya sebelum
melanjutkan pelajaran ke KUIS sama seperti Shukri Razab.

Apa yang menarik di sini ialah, status hubungan ‘erat’ antara Syahmi Hazim, abangnya, Syazni Munir dan pemimpin-pemimpin GAMIS terutamanya Akram Ikrami didakwa menjadi faktor pendorong kepada Presiden GEMPUR itu menulis surat secara terbuka kepada Harakah Daily sekali gus membuka pekung di dada SMM sendiri.

Tindakan ini bukanlah sesuatu yang menjadi kelaziman dalam kalangan mereka kerana ia dianggap merosakkan imej gabungan atau parti yang diwakili. Sindrom penafian juga sudah sebati dengan pemimpin-pemimpin SMM sama seperti yang diwarisi oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat daripada Anwar Ibrahim. 

Gempur terkilan atau Syahmi Hazim mewakili abangnya yang terkilan?

Benarkah GAMIS mahu keluar dari SMM?

Justeru SB melihat tindakan Syahmi Hazim ini mempunyai muslihat yang jelas. Antaranya, beliau cuba menggertak kepimpinan SMM dan PKR supaya mengiktiraf peranan GAMIS serta menghormati pendirian politik mahasiswa yang pro-Islami dalam SMM. Dakwaan bahawa GAMIS akan keluar daripada gabungan pula lebih berunsurkan ugutan ‘manja’ sedang hakikatnya, GAMIS masih sayangkan populariti yang dinikmati bersama SMM.

GEMPUR juga sebenarnya tidak layak menggertak SMM kerana gerakan itu sendiri turut menerima bantuan kewangan daripada gabungan tersebut. Hal ini didedahkan sendiri oleh salah seorang pemimpin GEMPUR tidak lama dahulu kepada rakan SB di Pantai Timur.

Adakah ini isyarat jelas bahawa perjuangan mahasiswa pro-pembangkang sekarang semakin tercemar?
Kenapa mesti wujud campur tangan langsung daripada PKR dalam gerakan mahasiswa?

Jika SMM dipantau oleh PKR, siapa pula yang menguasai atau mengawal gerakan politik mahasiswa Cina dan India? Bagaimana corak politik yang dibawa? Apakah muslihat mereka?

Dengan izin Allah, SB akan bongkarkan kemudian.

Thursday 26 July 2012

GEMPAR!! GAMIS SEDIA BONGKAR PENIPUAN PAS KELANTAN??

PAS Kelantan berbohong selama 20 tahun? Nauzubillah.

Sekali lagi, sahabat blogger Pena Minang mengirim bomnya yang sukar ditangkis oleh cybertroopers Pakatan Rakyat khususnya dari kem PAS.

Kali ini Pena Minang membangkitkan fakta baru yang boleh membuatkan penganut-penganut PAS tersipu malu.

Ternyata selama ini PAS hanya berbohong kononnya kerajaan pusat menghalang perlaksanaan Hudud di Kelantan tetapi berdasarkan kenyataan Hakim Mahkamah Syarie yang dipetik oleh Pena Minang ini, ia sama sekali bukan alasan yang logik.

Hal ini kerana, menurut Hakim tersebut, Datuk Daud Mohammad, Akta Mahkamah Syariah dan Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan jelas membenarkan ia dilaksanakan.

Logiknya juga, kalau sekian banyak larangan oleh kerajaan pusat boleh dilanggar oleh PAS, kenapa dalam hal Hudud ini mereka perlu akur?

Contohnya, larangan berdemonstrasi secara haram seperti yang dilakukan dalam Rusuhan 28 April BERSIH 3.0 baru-baru ini. Sebahagian besar yang berdemonstrasi dan merusuh ialah orang PAS!

Justeru cukuplah bagi PAS berbohong kepada orang Islam selama lebih 20 tahun ini. Usah politikkan hukum Allah semata-mata mahukan kuasa dunia. 

Para pemimpin Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan GAMIS terutamanya Akram Ikrami, Safwan Anang dan Syahid Zaini perlu bersikap jujur dengan menjelaskan perkara ini kepada mahasiswa-mahasiswi di kampus-kampus bahawa Hudud boleh dilaksanakan di Kelantan walaupun tanpa persetujuan kerajaan pusat. Jelaskan juga kebenaran bahawa Kerajaan PAS Kelantan telah berbohong kepada kita selama lebih 20 tahun! Ada berani? 

Tuesday 24 July 2012

SHUKRI, PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA LUAS..KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN

Siapa yang merosakkan Shukri Rembau?


“Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.”

Itulah luahan hati seorang ayah selepas melihat anaknya rosak gara-gara taksub dengan politik pembangkang di Malaysia.

Jika diukur, kenyataan mulut Pak Cik Kamaruddin Mahmod, 58, ini sebenarnya amat berat dan boleh jadi semacam doa serta ikrar yang tegas yang kelak akan diperhitungkan di akhirat.

Shukri Kamaruddin atau
 Shukri Rembau Si Penderhaka?

Lelaki tua ini kesal kerana anaknya, Ahmad Shukri atau lebih dikenali sebagai Shukri Rembau, turut menjadi mangsa ‘kerosakan’ yang dilakukan oleh pembangkang sehingga dicemuh oleh masyarakat di negara ini.

Ia rentetan beberapa kenyataan yang dihantar oleh penuntut sebuah IPT ini di akaun Twitternya yang dikatakan menghina institusi Kesultanan Johor baru-baru ini.

Beberapa kenyataan yang ditweet  oleh Shukri.


Akibat tindakannya itu, Shukri Rembau telah disoal siasat oleh pihak Polis dan kesnya masih berjalan sehingga kini. Namun, semua itu ternyata belum mampu menebus kesalahan dan kebiadapan yang telah dilakukannya.

Ramai yang melihat kerosakan Shukri Rembau dan rakan-rakannya  berpunca daripada ‘kerosakan’ yang berlaku dalam parti-parti pembangkang itu sendiri.

Kerosakan paling besar yang sukar ditutup lagi ialah keretakan hubungan antara Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali dan ibunya sendiri, Che Tom sehingga ibunya itu terpaksa merayu supaya Azmin kembali ke pangkal jalan.


Adakah Shukri mengikut jejak langkah Azmin Ali?

Tahap ‘penderhakaan’ yang dilakukan oleh Shukri Rembau dan Azmin Ali mungkin tidak setaraf tetapi Shukri masih mempunyai masa dan ruang yang lebih besar untuk kembali ke pangkal jalan.

Justeru sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Shukri sepatutnya bermuhasabah dan merenungi kembali setiap tindak tanduknya selama ini. Apalah ertinya berjuang untuk kepentingan orang lain kalau ayah dan ibu sendiri diabaikan.

Pintu taubat dan keampunan terbuka seluas-luasnya pada bulan Ramadhan ini. Wallahualam.

Sunday 22 July 2012

[VIDEO] Sokong Islam Anda Selamat - Ustaz Kazim Elias


Sokong Islam Anda Selamat! 
Tapi sokong PAS, belum tentu anda menyokong Islam yang sebenar! 

SULTAN JOHOR BUAT HAL LAGI DI BULAN PUASA?


Hadiah daripada Sultan Johor kepada rakyat baginda. Alhamdulillah. Semoga mereka semua diampunkan oleh Allah SWT dan memulakan hidup baru bersama keluarga masing-masing. Dirgahayu Tuanku!!

Saturday 21 July 2012

MESEJ TERSIRAT FILEM BATMAN - KENAPA PEMBANGKANG MESTI TONTON?

Alter-ego Bruce Wayne, Batman bersama Seline Kyle a.k.a Catwoman.

SB setuju dengan tulisan blogger Azli Shukri dalam entri terbarunya yang bertajuk “Filem Batman Terlalu Sarat Dengan Mesej Pembohongan Kuasa Rakyat.” Klik SINI.

Semalam, SB sempat meluangkan masa bersama blogger Malaysia Bangkit dan admin YouTube SuaraBaru’s Channel menonton filem francais terbaru Batman The Darknight Rises ini, dan kesimpulan yang kami bertiga buat, ia sebuah filem yang lebih besar dan lebih berat daripada kisah keperwiraan hero sanjungan dunia itu.

The Dark Night Rises – kekuatannya, terletak pada judul filem itu sendiri. Malah SB percaya, jika ia bukan naskah Batman sekali pun, filem ini masih hebat dan mungkin akan diangkat setanding dengan  naskah V For Vendetta, atau karya agung Chris Nolan sebelum ini, Inception.

Bezanya mungkin, The Dark Night Rises ini lebih kepada jungkirbalik penceritaan dalam V For Vendetta. Jika Vendetta mengajak rakyat bangun dengan menyemai ideologi kuasa rakyat, dalam The Dark Night Rises ini, Batman dan pasukannya bertarung dengan kuasa rakyat yang batil yang dipimpin oleh Bane dan pasangannya,  Miranda Tate (anak kepada Ras Al Ghul yang juga bekas mentor Bruce Wayne dalam filem The Batman Begin).

Bane, antoganis yang bijak berpolitik.



Dalam francais terbaru ini, Nolan selaku pengarah menghasilkan idea ‘kuasa rakyat’ yang amat gelap dan penuh dengan penipuan,kejijikan dan manipulasi minda oleh segelintir pemimpin yang sebenarnya mempunyai agenda peribadi yang songsang. Miranda Tate yang asalnya adalah orang kepercayaan Bruce Wayne (alter-ego Batman) sehingga dilantik menjadi CEO Wayne Ent., sebenarnya adalah syaitan yang cuba mencetuskan kehancuran ke atas Gotham City hanya kerana mahu membalas dendam.

Malah, penonton sendiri sama sekali tidak akan percaya bahawa Miranda jugalah yang mengawal Bane dengan menggunakan kuasa cinta dan magis seorang wanita. Ia mungkin tipikal dalam industri perfileman, tetapi tipikal versi Nolan berjaya menimbulkan emosi simpati penonton terhadap Batman yang terkejut dengan permainan politik wanita tersebut.

Adakah ia tidak berlaku dalam realiti politik kita hari ini? Bayangkan, jika manusia seperti Miranda dan Bane ini dibiarkan berkuasa dan menggula-gulakan rakyat.

Seperti kata Saudara Azli Shukri, The Dark Night Rises dibungkus dengan sangat kemas melalui mesej penting bahawa dunia masa kini sedang dipengaruhi oleh politik hukum rimba yang dijaja dengan halus oleh para pendokongnya melalui pelbagai cara halus.

Hari ini, tidak sedikit pemimpin di Malaysia yang menggunakan politik hukum rimba bagi menjayakan cita-cita peribadi mereka. Rakyat diseru ke jalanan, merusuh dan melawan penguasa. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat, bukan pemimpin-pemimpin di belakang mereka itu!

Menerusi filem ini, kita dipertontonkan juga bahawa ideologi kuasa rakyat ini sebenarnya tidak mempunyai asas yang kukuh sebaliknya ia lebih bersandarkan kepada nafsu politik dan tamakkan kuasa dalam diri sesetengah pemimpin (baca: Miranda Tate dan Bane). Hal yang sama juga berlaku di Timur Tengah seperti yang kita saksikan belakangan ini.

Justeru bagi SB, The Dark Night Rises  sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar berbanding menyerlahkan sosok Batman itu sendiri. Jadi tidak hairanlah jika sebahagian besar babak pertengahan filem yang berdurasi 2 jam 45 minit ini tidak melibatkan langsung watak hero tersebut!

Kita juga perlu mengakui bahawa tugas melawan kejahatan adalah tanggungjawab bersama seperti Batman yang memerlukan Commissioner Gordon dan polis muda John Blake (yang bakal muncul sebagai Robin) serta Selina Kyle (alter-ego Catwoman) bagi menentang Bane dan lingkaran kejahatan yang dicipta oleh Ras Al Ghul dan anaknya, Miranda Tate.

John Blake (Robin) dan Com. Gordon.

Dalam konteks ini, sebagai rakyat kita sepatutnya menyokong pihak berkuasa seperti Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam menjaga keamanan dan keselamatan orang ramai. Jangan sesekali terpengaruh dengan propaganda pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim yang sememangnya berdendam dengan pihak polis di negara ini.

P/S : Kita semua adalah Batman! Kejahatan pula ialah Anwar Ibrahim dan proksinya. Gotham pula ialah Malaysia. Jadi kita bertanggungjawab mempertahankan Malaysia ini daripada dihancurkan oleh manusia yang penuh dengan dendam politiknya itu!

|VIDEO| SAKSIKAN KEBIADAPAN PENYOKONG-PENYOKONG PAS!!!

PAS MALU BESAR!!! WAJIB BERTAUBAT!!

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan memfitnah Karpal Singh? 

PAS dan MENIPU memang tak boleh dipisahkan. Terbaru, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan pula kantoi menipu selepas mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh sedia berbincang semula tentang perlaksanaan Hudud bersama PAS.

Nampaknya, kali ini Nasrudin benar-benar kantoi teruk. Tak sampai 24 jam selepas kenyataan itu dibuat oleh beliau ketika membalas hujah CEO ILMU, Ustaz Fathul Bari dari UMNO dalam debat bertajuk PRU 13 : Orang Muda Pilih Siapa? anjuran Sinar pada 19 Julai 2012, Karpal Singh terus melenting.

Masakan tidak, Karpal Singh tidak pernah sekali pun mengeluarkan kenyataan bahawa Hudud akan dibincangkan dalam Pakatan Rakyat sebaliknya ia kekal sebagai agenda PAS semata-mata.

Mana nak letak muka kali ini? Bukan sekali dua pemimpin PAS kantoi dalam kerja penipuan yang dibuat. Tak lama dahulu, bekas MB boneka Perak, Nizar Jamaluddin turut kantoi apabila mendakwa Hudud tidak pernah dicatatkan dalam mana-mana  manifesto PAS sedangkan sebelum itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Harun Din sendiri mengisytiharkan Dokumen Negara Islam PAS yang menggariskan Hudud sebagai teras perlembagaan persekutuan.

Lebih menarik, Nasrudin Hassan dalam penipuannya itu telah menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan hujah atau kenyataan sedemikian sedangkan rakaman sepanjang perdebatan itu berlangsung jelas membuktikan sebaliknya.

Apa ni Ustaz? Mana sifat jujur dan amanah kamu? SB tidak kisah dengan permainan politik yang Ustaz cuba jayakan tetapi tolonglah jangan menipu atas nama Islam. Ia sangat memalukan dan menjijikkan. 

Di kesempatan ini juga, SB ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Fathul Bari kerana berjaya berhadapan kefasikan penyokong-penyokong PAS sepanjang perdebatan itu berlangsung. Lebih hebat, Ustaz Fathul Bari turut berhadapan dengan ketua mereka sendiri iaitu Nasrudin Hassan. 

Allah Bersama UMNO. Allahuakbar!!

Thursday 19 July 2012

PEMIMPIN GAMIS DAN SMM DALAM BAHAYA


GAMIS, sebuah pertubuhan mahasiswa beracuankan PAS kini dalam situasi yang bahaya kerana sedang dirosakkan secara halus oleh tangan-tangan suruhan PKR melalui beberapa tokoh mahasiswa bermasalah yang diketuai oleh Khalid Ismath. Bukan GAMIS sahaja, malah SMM yang kini dipimpin oleh Safwan Anang turut ‘diasak’ supaya lebih radikal dalam menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Haram.
Semuanya gara-gara  gila kuasa. Penyakit ini kian menular di kalangan pemimpin siswa yang menganggap diri mereka adalah suci dan ahli syurga. Nama-nama seperti Khalid Ismath, Adam Adli, Haziq Abdullah, Ekhsan Bukharee, Safwan Anang, Akram Ikrami dan Edikoup adalah  antara pencacai PKR serta SUARAM yang berjaya dilahirkan oleh Pakatan Haram untuk menjadi keldai tunggangan mereka. Tujuannya hanyalah satu iaitu menimbulkan huru-hara serta menjahanamkan negara. Big Brother (BB) kepada keldai-keldai ini ini tidak lain dan tidak bukan ialah RAFIZI RAMLI, pengarah strategi PKR.


Walaupun mereka "dilahirkan" dari kilang yang sama, namun mereka dilihat gagal mencapai kesepakatan dalam perjuangan sepertimana yang berlaku dalam kalangan uncle-uncle otai Pakatan Haram kerana gilakan kuasa dan punyai cita-cita tinggi menggulingkan kerajaan dengan menyertai BERSIH 3.0.
 Malah dalam kumpulan mereka sendiri terdapat usaha untuk menjatuhkan pemimpin yang Islamik seperti Safwan Anang dan Akram Ikrami kerana pemimpin ini tidak sanggup melakukan kerja kotor sepertimana diarahkan oleh BB.
 Keretakan kumpulan keldai ini mula kelihatan apabila berlaku percanggahan pendapat dalam membuat keputusan sama ada mahu menghantar calon dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 nanti atau sebaliknya. Perkara ini diburukkan lagi apabila pemimpin Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan GAMIS disisihkan dalam roadtour mansuhkan PTPTN dan pendidikan percuma bersama RAFIZI RAMLI, sebaliknya Khalid Ismat dan Haziq Abdullah diberi peranan besar untuk menjayakan program tersebut.
Bagi menjayakan agenda jahat menyingkirkan pemimpin pelajar Islamik satu pakatan licik dan tersusun telah diatur. Pakatan ini diketuai oleh Khalid Ismath dan dibantu oleh Haziq Abdullah serta Mohd Syukri Razab.
Pada masa sekarang, mereka telah bergerak dan mula berkempen di kalangan pemimpin mahasiswa pro-pembangkang untuk mendapatkan sokongan bagi menjatuhkan pemimpin GAMIS dan SMM tersebut. Pada masa sama Khalid sedang berusaha melobi Adam Adli supaya berkerjasama dengannya bagi menyingkirkan Akram Ikrami dan Safwan Anang dari jawatan masing-masing.
Sementara itu Haziq Abdullah dan Ekhsan Bukharee diberi peranan khusus untuk mensabotaj segala aktiviti anjuran SMM dan GAMIS supaya segala aktiviti yang dianjurkan tidak mendapat sambutan. Tindak tanduk Khalid Ismath and the geng ini turut direstui oleh BB dan mahukan ia diselesaikan segera sebelum Pilhanraya Kampus (PRK) akan datang.
Ingatlah Safwan Anang dan Akram Ikrami, orang sekeliling anda sekarang hanya bermain wayang dan menunggu masa untuk menghapuskan anda terutama Khalid Ismath dan Haziq Abdullah. Anda dianggap lembab serta tidak sesuai untuk politik baru dan penghalang kepada cita-cita mereka yang menggunakan teori matlamat menghalakan cara. Wassalam... tumpang simpati terhadap pemimpin isalamik.

Sunday 15 July 2012

MARKAS RAHSIA PDRM?


Semalam, fanpage milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memuatnaik sekeping foto yang memaparkan sebuah lokasi yang dinamakan sebagai Bangunan Simulasi.

Jika diperhatikan pada foto ini, jelas sekali PDRM kini sudah jauh lebih maju berbanding dahulu. PDRM juga dikhabarkan memiliki fasiliti dan kemudahan latihan antara yang terbaik di dunia termasuk memiliki senjata-senjata yang tercanggih (salah satu senjata PDRM yang digeruni musuh ketika ini dikatakan hanya digunakan oleh empat buah negara di dunia termasuk Malaysia, dengan tiga daripadanya ialah negara maju!)

SB fikir ini pembaharuan yang amat perlu dan wajar dilaksanakan dari masa ke masa. Pihak Polis hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran keselamatan termasuk diserang dengan pelbagai persepsi negatif oleh pembangkang.

Kita jangan sesekali lupa akan jasa dan peranan yang diberikan oleh pihak Polis terutamanya dalam membawa kemerdekaan kepada rakyat Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Pembentukan Malaysia selepas itu juga banyak bergantung kepada sumbangan pihak Polis terutamanya dalam membanteras ancaman pengganas komunis. 

Sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada warga PDRM di seluruh negara. Kami sentiasa menyokong anda!


MAZLAN ALIMAN KINI ANAK DERHAKA


Pengerusi Anak yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman sepatutnya sudah boleh berkira-kira menarik diri daripada bertanding dalam PRU 13 selepas kegagalannya menarik sokongan para peneroka FELDA menyertai Himpunan Oren semalam.

Walaupun publisiti besar-besaran sudah dibuat, realitinya yang hadir berhimpun hanya kira-kira 4000 orang. Itu angka yang diberikan sendiri oleh Mazlan kepada para wartawan.

4000 orang itu pula adakah kesemuanya warga peneroka?

Berdasarkan statistik terkini, terdapat kira-kira 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara. Daripada jumlah itu, 94, 423 ialah peneroka manakala 18, 212 lagi ialah penerokawati sementara lebih 800,000 lagi ialah generasi kedua dan ketiga |Sumber|.

Mana pergi mereka ini? Adakah mereka tidak takut akan kebangkrapan yang digembar-gemburkan oleh Mazlan?

PAS juga patut malu kerana parti itu sendiri mempunyai rekod kegagalan yang amat teruk dalam menguruskan koperasi apabila KOHILAL yang pernah ditubuhkan tidak lama dahulu kini muflis dan wang peserta hilang entah ke mana.

Justeru Himpunan Oren semalam bolehlah disifatkan sebagai tindakan menghina diri sendiri oleh PAS dengan kerjasama padu oleh golongan Melayu dalam Pakatan Rakyat yang lain. Kenapa Melayu? Sebab Cina dan India DAP sememangnya tidak pernah menyokong FELDA jadi mereka tak perlu bersusah payah turun berdemonstrasi!

Thursday 12 July 2012

KESESATAN PAS - AKIBAT TAKSUB BABI BUTA


Barangkali inilah sebabnya kenapa Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan menegur pimpinan parti tersebut baru-baru ini yang semakin meninggalkan dakwah dan tarbiyah Islam demi merampas Putrajaya.

Lantaran terlalu taksub dengan parti, akhirnya penyokong parti itu sendiri hilang arah dalam pegangan agama yang sebenar sehingga tergamak mengeluarkan hadis palsu semata-mata ingin menegakkan hujahnya.

Dalam printscreen di atas, jelas sekali, penyokong tegar PAS, Saudara Mohd Norhisham Ghazali telah mempersenda Nabi Muhammad SAW dengan mendakwa Baginda ada mengeluarkan hadis yang melarang umat Islam menyokong UMNO.

Jika benar ada hadis tersebut, kita mohon beliau tampilkan segera kerana ia menyentuh soal akidah. 

Sekiranya kenyataan ini hanya dusta semata-mata, maka wajib bagi beliau memohon maaf kepada seluruh umat Islam di atas muka bumi ini.

PAS juga perlu bertanggungjawab memperbetulkan kembali akidah penyokong-penyokong bawahannya. PAS tidak boleh lagi bersifat ekslusif dengan hanya mengutamakan ahli yang dibentuk melalui jalan PAS yang sebenar tetapi mengabaikan penyokong-penyokong lain yang tidak mendapat tarbiyah mengikut sistem yang diamalkan parti tersebut.


BUKTI KESESATAN NYATA PAS - CERAI KERANA TAKSUB

Diceraikan kerana hadir majlis melibatkan Hasan Ali. 

Cerita tentang ketaksuban penyokong PAS terhadap parti mereka tidak pernah sunyi. Sembahyang dua imam, pulau majlis kenduri, tidak makan sembelihan orang UMNO dan bermacam-macam lagi kisah yang di luar jangkaan akal kita sebagai orang Melayu dan Islam berlaku dalam kalangan penyokong parti cap bulan ini.

Terbaru, kisah seorang isteri yang berusia 60 tahun diceraikan oleh suaminya yang taksub membuta babi terhadap parti tersebut gara-gara menyertai majlis yang turut dihadiri bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali di Tanah Merah, Kelantan, baru-baru ini.

Marah sungguh orang PAS dengan Datuk Dr. Hasan Ali ini. Tapi SB percaya, pengikut dan pentaksub bawahan tidak tahu pun kisah sebenar membabitkan bekas pemimpin yang pernah disanjung tinggi oleh mereka itu sebelum ini.

Kes seumpama ini berlaku kerana dakyah sesat lagi songsang para ulamak dan ustaz politik dalam PAS yang penuh dengan hasad dengki dan tamakkan kuasa di dunia sehingga tergamak menyemai kebencian sesama bangsa dan agama.

Jika lelaki tua ini tahu cerita sebenar pasti beliau tidak akan menceraikan isterinya, bahkan perjuangan sesat PAS akan ditinggalkannya.

Monday 9 July 2012

#PASMunafik TOLAK DEBAT KERANA TAKUT AIB DIDEDAHKAN - DR. ABDUL RANI


Agak menarik apabila Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Abdul Rani Osman enggan menerima pelawaan berdebat dengan bekas Pesuruhjaya PAS negeri tersebut yang disingkirkan sebelum ini iaitu Datuk Dr. Hasan Ali.

Baru-baru ini berita mengenai perdebatan dua tokoh tersebut tersebar luas hingga menarik perhatian pelbagai pihak khususnya daripada para penyokong PAS sendiri. Orang ramai teruja kerana inilah peluang terbaik kepada kedua-dua pihak untuk menjelaskan setiap perkara yang berlaku membabitkan parti tersebut khususnya di Selangor yang dilihat semakin 'diperkudakan' oleh DAP dan PKR.


Namun, dengan perkembangan terbaru ini, harapan itu bakal berkubur begitu sahaja. Ternyata PAS Selangor belum bersedia bersemuka di pentas debat bersama Datuk Dr. Hasan Ali kerana bimbang lebih banyak perkara tersirat akan didedahkan.

Selama ini PAS begitu kemaruk hendak berdebat dengan pemimpin-pemimpin UMNO, tetapi apabila bertemu dengan lawan yang sepatutnya, mereka terus gentar dan berdolak dalih dengan memberikan pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

Inilah wajah sebenar sebuah parti yang memperdagangkan agama untuk kepentingan politik dan kuasa mereka semata-mata. 

TOLAK PAS DEMI ISLAM, KERANA ALLAH!! TAKBIRR!!!

AGENDA HUDUD : BUKTI UMNO TIDAK TOLAK ISLAM. PAS MUNAFIK!!


Sekretariat Ilmuan Malaysia (ILMU) hari ini mengeluarkan surat sokongan penuh mereka kepada UMNO Johor terhadap usaha melaksanakan Hudud di negeri tersebut. 

Ia susulan kenyataan terbuka ADUN Kemelah, Datuk Ayub Rahmat yang menyokong usaha menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan Hudud sepenuhnya di Malaysia.

Dalam surat sokongan yang disiarkan dalam laman web ILMU itu, Pengarah Urusannya, Ustaz Fathul Bari Mat Jahya menyifatkan hasrat UMNO Johor itu sebagai satu iltizam yang benar, agung dan berhak dipertahankan. 

Justeru bagi menjayakan hasrat ini, ILMU melihat perlunya penglibatan pelbagai pihak dalam Jawatankuasa Perlaksanaan Hudud ini seperti Sultan, para cendekiawan, pihak PDRM, pakar perundangan, badan kehakiman dan institusi mahkamah, pihak penjara dan paling utama, kumpulan ulamak antarabangsa.

Tahniah diucapkan kepada ILMU dan Ustaz Fathul Bari yang mewakili pimpinan tertinggi UMNO. Perkembangan muktahir ini ternyata amat positif sekali gus menafikan segala tuduhan PAS selama ini yang mendakwa UMNO menolak Islam di Malaysia. Allahuakbar!!

Teks penuh surat sokongan boleh dibaca di website ILMU. Klik SINI. 

Friday 6 July 2012

Let Tomorrow Be Better Than Today - DS Najib

\

SEBARKAN!!

KEKECOHAN DI KLANG


Insya-Allah, malam ini SB bersama Blogger Kapak yang lain akan turun ke Klang bagi menyokong program Roadshow Selamatkan Akidah peringkat Negeri Selangor.

Khabarnya, konco-konco Dr. Abdul Rani, Pesuruhjaya PAS Selangor sedang menggelabah gila. Malam ini giliran Klang menjadi lokasi terbaru serangan skuad pencegah parasit PAS yang diketuai Datuk Dr. Hasan Ali , mantan Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri.

Bersama beliau juga ialah Ulamak Muda yang sedang meningkat naik, Abu Islam Al-Fadzil Ustaz Fathul Bari dari Sekretariat Ulamak Muda UMNO (ILMU).

Yang pasti, kedua-dua ahli panel ini bukan sahaja akan menyerang parasit-parasit PAS yang bertopengkan Islam tetapi lebih penting, mereka akan mempertahankan akidah umat Islam dengan sebaik mungkin khususnya di Negeri Selangor yang sering dirosakkan oleh musuh-musuh Islam.

Ayuh kita turun beramai-ramai!


KEWAJIPAN BERSATU PERTAHAN ISLAM!! ALLAHUAKBAR!!

HANYA DI SELANGOR : BERBUKA PUASA DENGAN CARLSBERG SEMPENA RAMADHAN SALE

Sudah banyak blogger yang sentuh isu ini. Bagi SB, ia bukan sekadar isu. Gambar di sebelah jika ditelitikan, amat melampau dan menghina martabat umat Islam di negara ini yang akan menyambut Ramadhan kurang dua minggu dari sekarang.

Menurut maklumat yang disebarkan, gambar ini dirakam di sebuah pasaraya The Store di Selangor. Tertera jelas di situ tawaran diskaun daripada harga asal RM 149.00 kepada hanya RM99.00 sempena bulan Ramadhan.

Siapalah agaknya yang terlebih ilmu hingga tergamak berbuka puasa dengan meneguk Carlsberg??

Perkara seperti ini tidak akan berlaku jika Kerajaan Negeri Selangor lebih tegas dalam menangani permaslahatan umat Islam di negeri ini. Namun yang jelas, sejak penyingkiran Datuk Dr. Hasan Ali daripada jawatannya selaku Exco Agama Islam, masalah berkaitan akidah dan akhlak di Selangor semakin parah.

Langkah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil alih jawatan itu juga dilihat langsung tidak membantu mempertahankan kesucian agama Islam di Selangor seperti yang dilakukan oleh Dr. Hasan Ali sebelum ini.

Dr. Hasan Ali misalnya amat tegas memerangi penjualan arak secara terbuka tetapi di bawah Exco Agama Islam yang baru ini, bukan sahaja tindakan malah suara pun tak kedengaran.

Kepada rakyat Selangor, anda nilaikanlah sendiri. Masih rela dan redhakah dengan perkembangan muktahir ini?

ADAM ADLI MAHU BERDEMO DI MASJID NEGARA SELEPAS JUMAAT INI


SMM nak berdemo lagi. Kali ni lokasinya di Masjid Negara selepas solat fardhu Jumaat tengah hari ini. Seperti dalam poster di atas, tujuan mereka berhimpun adalah untuk mendesak supaya ISA dimansuhkan.

SB pulak yang konfius sekarang ni. Bukankah ISA sudah dimansuhkan? Mungkin budak-budak tak habis belajar ni kurang membaca atau kurang cakna dengan perkembangan semasa. Mau taknya, siang malam asyik disumbat dengan dakyah pembangkang sampai otak pun tersumbat terus.

Layankan je lah..

DAP STRATEGY VS BN STRATEGY IN PENANG




Karpal Singh said " we are ready for the election, DAP and PR are ready for a battle with BN"(FMT 21/5/2012).  This is a provocative statements , which give the 'message' that DAP had been well prepared for the 13 General Election  and will continue to defend Penang. It also gives signal to Penang BN that Penang DAP is not afraid to BN election machinery . Does its true that DAP Penang is not afraid to  BN young leader that lead the BN machinery right now ?

But, when we go futher to Guan Eng statement " next general election would be tougher than the previous, he called party member not to underestimates their opponent,reminding them that BN was capable of comming up with magical trick to regain Penang"(FMT 21/5/2012), from this statement Guan Eng is still not confident with DAP election machinery especially with the words “underestimates” BN and he is very confident that  BN is still strong when he said  "capable of comming up". It shows that Guan Eng still afraid to BN especially when that is a leadership changed in BN that is led by Teng.

Though, Karpal Singh is strongly believed by saying "he called on his party comrades to work hard to hammer the final nails in the coffins of MCA,MIC and Gerakan in the next poll"( FMT 21/5/2012), meaning that Karpal believed that MCA, MIC and Gerakan is dead and forfreited. This is because the BN component cant even fight DAP in the first place. This is very brave statement compared to Guan Eng. But Karpal’s statement can be classified as extreamly provocative statement especially the words  “to hammer the final nails in the coffins”, eventhough its quite weird statement to  as Karpal has just wanted to hammer only for Penang MCA, MIC and Gerakan but not “to hammer the final nails in the coffins of UMNO”

Why Karpal did not mention UMNO? Based on the possibility theory, that is probably because Karpal knows that Penang UMNO is too strong and also have a strong election’s machinery that led by Dato’ Zainal , the young charismatic leader. Karpal knows that the last election ,UMNO manage to stop BN from be wipe out by large tsunami because UMNO had won 11 seats, but the other’s BN lost. Therefore , Karpal Singh was afraid to bury UMNO “with last nail", if its happen Guan Eng’s government will be violated in every corner and Karpal know the impact, it will weaken the Guan Eng’s government.

Therefore, the facts that Karpal is  confident as  " to hammer the final nails in the coffin of MCA,MIC and Gerakan " actually is not quite convincing statement to continue to topple BN in Penang . This is because  DAP still must deal with Penang UMNO election machinery  that now is stronger and stronger. So its true when Guan Eng said not too “underestimate” BN because BN " was capable comming up with magical tricks to regain Penang". Its means Guan Eng and Karpal Singh knew the strength of the BN, is in the hands of UMNO.

Continue reading HERE.

Thursday 5 July 2012

SUMPAH ANWAR IBRAHIM!!!


Sebaik dibebaskan dari penjara pada September 2004, Anwar Ibrahim terus cabut ke luar negara. Anwar dilaporkan membina semula platformnya yang pernah dihancurkan oleh UMNO dengan menggunakan base di Amerika Syarikat dan umumnya, dunia Barat mula mengangkat semula sesumpah politik Malaysia itu ke tahap yang tidak pernah kita duga sama sekali.

Misalnya, pada bulan Mei 2008, Anwar diletakkan sebagai antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia oleh Majalah Time dan disifatkan sebagai pemimpin Islam moden yang memperjuangkan toleransi, demokrasi dan hak-hak asasi manusia. Paul Wolfowitz, arkitek perang Iraq yang juga sahabat baik Anwar, turut menulis artikel yang mengangkat Anwar sebagai tokoh pemimpin Islam berpengaruh di dunia.

Kemudian, Anwar kembali ke sini untuk merealisasikan cita-cita Perdana Menterinya dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Walaupun tidak bertanding, namun kehadirannya sepanjang kempen PRU 12 telah banyak menyumbang kepada tsunami politik 2008 yang menyaksikan BN hilang kuasa majority. Walaupun gagal membentuk kerajaan, tetapi Anwar dikatakan sudah pun memenangi pertarungannya.

Bagi mempercepatkan laluan Anwar, akhirnya Wan Azizah melepaskan kerusi Permatang Pauh. Anwar yang baru tamat edah segera menyambar peluang yang terhidang, bertanding dalam satu PRK yang disengajakan di parlimennya itu dan seperti diduga, Anwar menang bergaya. Bermula dari situ langkah Anwar semakin rancak dan gelaran selaku Ketua Pembangkang terus meletakkannya sebagai tokoh yang akan menggantikan Najib pasca PRU13 kelak.

Wilayah politik Anwar bukan hanya di Permatang Pauh dan di Malaysia sahaja. Anwar dikatakan turut melebarkan pengaruhnya ke seloroh pelosok dunia. Indonesia dan Filiphina pula ibarat rumah keduanya di Nusantara ini dan dia mempunyai akses yang cukup besar untuk memasuki negara-negara ini walaupun ketika masih dalam perbicaraan kes liwat sebagai ‘orang kena tuduh’ – suatu keistimewaan yang jarang dimiliki oleh mana-mana pesalah jenayah di negara kita.

Baru-baru ini, satu artikel yang disiarkan oleh Anwar Ibrahim Club yang diketuai oleh seorang anak muda yang boleh tahan juga jambunya, Saifuddin Shafi Muhammad, mengangkat Anwar sebagai satu-satunya pemimpin yang boleh menyelesaikan segala konflik antara Malaysia dan Indonesia.

Anwar juga pernah diangkat oleh seorang ulamak dalam PKR sendiri sebagai Imam Mahdi yang bakal menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia.

Malah Anwar digambarkan sebagai pemimpin Islam yang sedang diuji dengan hebat termasuk menjadi mangsa pelbagai bentuk fitnah oleh musuh-musuhnya iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Bahkan, ada yang menganggap musuh Anwar ialah musuh Islam!

Pada masa yang sama, Anwar juga diberikan kerja yang cukup ‘luar biasa’ iaitu sebagai pensyarah pelawat di University Hopkins, Amerika Syarikat walaupun satu dunia tahu Anwar tiada kelayakan akademik yang boleh dibanggakan (hanya Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu Kelas 2 dari Universiti Malaya!!).

Di Amerika Syarikat, Anwar dikatakan bukan sahaja membina semula sosok politiknya yang sudah runtuh, malah menggilap kembali kebolehan personelnya sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia, sebuah negara Islam membangun yang dihormati dunia. Anwar mula bercakap tentang Islam secara lebih liberal, malah dalam banyak isu, Anwar bersetuju walaupun ia bertentangan dengan akidah Islamiah. Anwar misalnya, bersetuju dengan tindakan Lina Joy murtad atas alasan ia adalah hak asasi manusia yang perlu dihormati.

Di sini jugalah Anwar membina semula kekayaan peribadinya. Ramai yang tidak tahu, Anwar dikatakan memiliki syarikatnya sendiri di Amerika Syarikat yang boleh disangsikan motif, aktiviti dan sumber dananya.

Semua ini sebenarnya sedang menjuruskan Anwar ke arah Putrajaya. Anwar perlu membina rangkaian global dan juga kekayaan peribadi sebagai persediaan menawan Putrajaya. Sejak 2008, Anwar sudah pulang ke Malaysia dan bebas bergerak ke sana sini kerana di belakangnya sudah mempunyai sokongan yang kuat.

Walau dihambat pelbagai isu –moral, sokongan dan krisis keyakinan dalaman – tetapi Anwar kelihatan masih bertahan sehinggalah baru-baru ini Anwar mengeluarkan kenyataan akan bersara jika gagal dalam PRU 13 ini.


Soalnya, sejauh mana Anwar bersedia untuk bersara? Atau ia sekadar gimik politik murahan untuk mengukuhkan jentera Pakatan Rakyat dan menancap kembali sokongan rakyat yang mungkin sudah suam-suam kuku terhadapnya?

Banyak yang perlu dilakukan oleh Anwar jika dia benar-benar mahu bersara. Tetapi kita jangan lupa, banyak juga yang boleh dilakukan jika Anwar benar-benar akan bersara. Dia sendiri sudah umumkan akan kembali mengajar. Lokasinya tentulah di Amerika Syarikat. Jika ini berlaku, maka Anwar sebenarnya sedang mengejar sesuatu yang lebih besar di Barat, sesuatu yang gagal dimilikinya ketika di Malaysia!

Di Barat, Anwar pasti akan diangkat dan dijulang lebih tinggi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar