Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan memfitnah Karpal Singh? |
PAS dan MENIPU memang tak boleh dipisahkan. Terbaru, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan pula kantoi menipu selepas mendakwa Pengerusi DAP, Karpal Singh sedia berbincang semula tentang perlaksanaan Hudud bersama PAS.
Nampaknya, kali ini Nasrudin benar-benar kantoi teruk. Tak sampai 24 jam selepas kenyataan itu dibuat oleh beliau ketika membalas hujah CEO ILMU, Ustaz Fathul Bari dari UMNO dalam debat bertajuk PRU 13 : Orang Muda Pilih Siapa? anjuran Sinar pada 19 Julai 2012, Karpal Singh terus melenting.
Masakan tidak, Karpal Singh tidak pernah sekali pun mengeluarkan kenyataan bahawa Hudud akan dibincangkan dalam Pakatan Rakyat sebaliknya ia kekal sebagai agenda PAS semata-mata.
Mana nak letak muka kali ini? Bukan sekali dua pemimpin PAS kantoi dalam kerja penipuan yang dibuat. Tak lama dahulu, bekas MB boneka Perak, Nizar Jamaluddin turut kantoi apabila mendakwa Hudud tidak pernah dicatatkan dalam mana-mana manifesto PAS sedangkan sebelum itu, Timbalan Mursyidul Am PAS, Ustaz Harun Din sendiri mengisytiharkan Dokumen Negara Islam PAS yang menggariskan Hudud sebagai teras perlembagaan persekutuan.
Lebih menarik, Nasrudin Hassan dalam penipuannya itu telah menafikan bahawa beliau pernah mengeluarkan hujah atau kenyataan sedemikian sedangkan rakaman sepanjang perdebatan itu berlangsung jelas membuktikan sebaliknya.
Apa ni Ustaz? Mana sifat jujur dan amanah kamu? SB tidak kisah dengan permainan politik yang Ustaz cuba jayakan tetapi tolonglah jangan menipu atas nama Islam. Ia sangat memalukan dan menjijikkan.
Di kesempatan ini juga, SB ingin mengucapkan tahniah kepada Ustaz Fathul Bari kerana berjaya berhadapan kefasikan penyokong-penyokong PAS sepanjang perdebatan itu berlangsung. Lebih hebat, Ustaz Fathul Bari turut berhadapan dengan ketua mereka sendiri iaitu Nasrudin Hassan.
Allah Bersama UMNO. Allahuakbar!!
No comments:
Post a Comment