Thursday, 5 July 2012

SUMPAH ANWAR IBRAHIM!!!


Sebaik dibebaskan dari penjara pada September 2004, Anwar Ibrahim terus cabut ke luar negara. Anwar dilaporkan membina semula platformnya yang pernah dihancurkan oleh UMNO dengan menggunakan base di Amerika Syarikat dan umumnya, dunia Barat mula mengangkat semula sesumpah politik Malaysia itu ke tahap yang tidak pernah kita duga sama sekali.

Misalnya, pada bulan Mei 2008, Anwar diletakkan sebagai antara 100 tokoh paling berpengaruh di dunia oleh Majalah Time dan disifatkan sebagai pemimpin Islam moden yang memperjuangkan toleransi, demokrasi dan hak-hak asasi manusia. Paul Wolfowitz, arkitek perang Iraq yang juga sahabat baik Anwar, turut menulis artikel yang mengangkat Anwar sebagai tokoh pemimpin Islam berpengaruh di dunia.

Kemudian, Anwar kembali ke sini untuk merealisasikan cita-cita Perdana Menterinya dalam Pilihan Raya Umum ke-12. Walaupun tidak bertanding, namun kehadirannya sepanjang kempen PRU 12 telah banyak menyumbang kepada tsunami politik 2008 yang menyaksikan BN hilang kuasa majority. Walaupun gagal membentuk kerajaan, tetapi Anwar dikatakan sudah pun memenangi pertarungannya.

Bagi mempercepatkan laluan Anwar, akhirnya Wan Azizah melepaskan kerusi Permatang Pauh. Anwar yang baru tamat edah segera menyambar peluang yang terhidang, bertanding dalam satu PRK yang disengajakan di parlimennya itu dan seperti diduga, Anwar menang bergaya. Bermula dari situ langkah Anwar semakin rancak dan gelaran selaku Ketua Pembangkang terus meletakkannya sebagai tokoh yang akan menggantikan Najib pasca PRU13 kelak.

Wilayah politik Anwar bukan hanya di Permatang Pauh dan di Malaysia sahaja. Anwar dikatakan turut melebarkan pengaruhnya ke seloroh pelosok dunia. Indonesia dan Filiphina pula ibarat rumah keduanya di Nusantara ini dan dia mempunyai akses yang cukup besar untuk memasuki negara-negara ini walaupun ketika masih dalam perbicaraan kes liwat sebagai ‘orang kena tuduh’ – suatu keistimewaan yang jarang dimiliki oleh mana-mana pesalah jenayah di negara kita.

Baru-baru ini, satu artikel yang disiarkan oleh Anwar Ibrahim Club yang diketuai oleh seorang anak muda yang boleh tahan juga jambunya, Saifuddin Shafi Muhammad, mengangkat Anwar sebagai satu-satunya pemimpin yang boleh menyelesaikan segala konflik antara Malaysia dan Indonesia.

Anwar juga pernah diangkat oleh seorang ulamak dalam PKR sendiri sebagai Imam Mahdi yang bakal menyelamatkan umat Islam di seluruh dunia.

Malah Anwar digambarkan sebagai pemimpin Islam yang sedang diuji dengan hebat termasuk menjadi mangsa pelbagai bentuk fitnah oleh musuh-musuhnya iaitu UMNO dan Barisan Nasional. Bahkan, ada yang menganggap musuh Anwar ialah musuh Islam!

Pada masa yang sama, Anwar juga diberikan kerja yang cukup ‘luar biasa’ iaitu sebagai pensyarah pelawat di University Hopkins, Amerika Syarikat walaupun satu dunia tahu Anwar tiada kelayakan akademik yang boleh dibanggakan (hanya Ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu Kelas 2 dari Universiti Malaya!!).

Di Amerika Syarikat, Anwar dikatakan bukan sahaja membina semula sosok politiknya yang sudah runtuh, malah menggilap kembali kebolehan personelnya sebelum mengambil alih jawatan Perdana Menteri Malaysia, sebuah negara Islam membangun yang dihormati dunia. Anwar mula bercakap tentang Islam secara lebih liberal, malah dalam banyak isu, Anwar bersetuju walaupun ia bertentangan dengan akidah Islamiah. Anwar misalnya, bersetuju dengan tindakan Lina Joy murtad atas alasan ia adalah hak asasi manusia yang perlu dihormati.

Di sini jugalah Anwar membina semula kekayaan peribadinya. Ramai yang tidak tahu, Anwar dikatakan memiliki syarikatnya sendiri di Amerika Syarikat yang boleh disangsikan motif, aktiviti dan sumber dananya.

Semua ini sebenarnya sedang menjuruskan Anwar ke arah Putrajaya. Anwar perlu membina rangkaian global dan juga kekayaan peribadi sebagai persediaan menawan Putrajaya. Sejak 2008, Anwar sudah pulang ke Malaysia dan bebas bergerak ke sana sini kerana di belakangnya sudah mempunyai sokongan yang kuat.

Walau dihambat pelbagai isu –moral, sokongan dan krisis keyakinan dalaman – tetapi Anwar kelihatan masih bertahan sehinggalah baru-baru ini Anwar mengeluarkan kenyataan akan bersara jika gagal dalam PRU 13 ini.


Soalnya, sejauh mana Anwar bersedia untuk bersara? Atau ia sekadar gimik politik murahan untuk mengukuhkan jentera Pakatan Rakyat dan menancap kembali sokongan rakyat yang mungkin sudah suam-suam kuku terhadapnya?

Banyak yang perlu dilakukan oleh Anwar jika dia benar-benar mahu bersara. Tetapi kita jangan lupa, banyak juga yang boleh dilakukan jika Anwar benar-benar akan bersara. Dia sendiri sudah umumkan akan kembali mengajar. Lokasinya tentulah di Amerika Syarikat. Jika ini berlaku, maka Anwar sebenarnya sedang mengejar sesuatu yang lebih besar di Barat, sesuatu yang gagal dimilikinya ketika di Malaysia!

Di Barat, Anwar pasti akan diangkat dan dijulang lebih tinggi!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 ABIM Adam Adli AES AIC Aidlifitri Air Asia Airbus Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Ali Hamsa Alif Aman Ambiga. A. Samad Said AMK Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Ba Bangkit BAPAK Bar Council Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Blogger Blogger Kapak BN Boikot Bola Sepak BR1M Bukit Aman Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Che Tom Yahya Chegu Bard Cikgu Cina CN AL-AFGHANI Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat Diplomatik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Nasir Zakaria DRB HICOM DYMM YDPA e-Undi EDIKOUP Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Flashmob Freedom GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerila GM13 GMI GRADUAN Guru Hakim Harakah Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Raja Lawak Johor JPM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kempen PRU 13 Kereta Keris KERJAYA Kesesakan Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KOMAS KOMTAR Komunisme Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kronisme KSN Kubu Gajah KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lesbian LGBT Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Kit Siang Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Lynas MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Maria Chin Abdullah MAS Maslee Malik Mat Sabu Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts NED Negara Islam Nepotisme NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Occupy Ong Jing Cheng Ops Ops 2020 Overseas Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Kedah PAS Larut PDRM Pekan PEKIDA PELUANG Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Muka Buku Persepsi Perusuh 28 April Petronas Piala FA Pilihanraya PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK Pro-M Prof. Sidek Baba Propaganda PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Riot Rizab Negara RON 97 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shah Alam Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian SKMM SMM Solat Solusi Sosial Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syariat Syed Zainal Syiah Ta Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tassawuf Teng Chang Yeow Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa Tol TOLAK Transeksual Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel Twitter UIAM UiTM Ujrah Ulamak Ultra Ultra Kiasu UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy WPP Yahudi Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar