PAS Kelantan berbohong selama 20 tahun? Nauzubillah. |
Sekali lagi, sahabat blogger Pena Minang mengirim bomnya yang sukar ditangkis oleh cybertroopers Pakatan Rakyat khususnya dari kem PAS.
Kali ini Pena Minang membangkitkan fakta baru yang boleh membuatkan penganut-penganut PAS tersipu malu.
Ternyata selama ini PAS hanya berbohong kononnya kerajaan pusat menghalang perlaksanaan Hudud di Kelantan tetapi berdasarkan kenyataan Hakim Mahkamah Syarie yang dipetik oleh Pena Minang ini, ia sama sekali bukan alasan yang logik.
Hal ini kerana, menurut Hakim tersebut, Datuk Daud Mohammad, Akta Mahkamah Syariah dan Perkara 11 dalam Perlembagaan Persekutuan jelas membenarkan ia dilaksanakan.
Logiknya juga, kalau sekian banyak larangan oleh kerajaan pusat boleh dilanggar oleh PAS, kenapa dalam hal Hudud ini mereka perlu akur?
Contohnya, larangan berdemonstrasi secara haram seperti yang dilakukan dalam Rusuhan 28 April BERSIH 3.0 baru-baru ini. Sebahagian besar yang berdemonstrasi dan merusuh ialah orang PAS!
Justeru cukuplah bagi PAS berbohong kepada orang Islam selama lebih 20 tahun ini. Usah politikkan hukum Allah semata-mata mahukan kuasa dunia.
Para pemimpin Persatuan-persatuan Mahasiswa Islam (PMI) dan GAMIS terutamanya Akram Ikrami, Safwan Anang dan Syahid Zaini perlu bersikap jujur dengan menjelaskan perkara ini kepada mahasiswa-mahasiswi di kampus-kampus bahawa Hudud boleh dilaksanakan di Kelantan walaupun tanpa persetujuan kerajaan pusat. Jelaskan juga kebenaran bahawa Kerajaan PAS Kelantan telah berbohong kepada kita selama lebih 20 tahun! Ada berani?
No comments:
Post a Comment