Semalam, fanpage milik Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memuatnaik sekeping foto yang memaparkan sebuah lokasi yang dinamakan sebagai Bangunan Simulasi.
Jika diperhatikan pada foto ini, jelas sekali PDRM kini sudah jauh lebih maju berbanding dahulu. PDRM juga dikhabarkan memiliki fasiliti dan kemudahan latihan antara yang terbaik di dunia termasuk memiliki senjata-senjata yang tercanggih (salah satu senjata PDRM yang digeruni musuh ketika ini dikatakan hanya digunakan oleh empat buah negara di dunia termasuk Malaysia, dengan tiga daripadanya ialah negara maju!)
SB fikir ini pembaharuan yang amat perlu dan wajar dilaksanakan dari masa ke masa. Pihak Polis hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran keselamatan termasuk diserang dengan pelbagai persepsi negatif oleh pembangkang.
Kita jangan sesekali lupa akan jasa dan peranan yang diberikan oleh pihak Polis terutamanya dalam membawa kemerdekaan kepada rakyat Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Pembentukan Malaysia selepas itu juga banyak bergantung kepada sumbangan pihak Polis terutamanya dalam membanteras ancaman pengganas komunis.
Sekalung tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada warga PDRM di seluruh negara. Kami sentiasa menyokong anda!
1 comment:
PDRM adalah antara polis yang terbaik di dunia , risikan polis kita adalah mendahului negara lain , orang luar yang tidak berada di'dalam' memang tidak tahu perkara ini , hanya orang polis yang tahu itupun tak semua , hanya unit dan individu tertentu dalam polis yang tahu perkara ini !!
ada unit dalam polis yang orang polis sendiri tak tahu kewujudanya !
dan ada kepakaran /senjata dalam polis yang tak semua anggota polis tahu ianya wujud !!
cukuplah , malas aku nak cakap panjang2 ....rahsia tetap rahsia !
Post a Comment