Siapa yang merosakkan Shukri Rembau? |
“Parti pembangkang yang telah merosakkan masa hadapan anak Melayu, termasuk anak saya sendiri. Saya kesal dan tidak akan memaafkan mereka sampai hari akhirat.”
Itulah luahan hati seorang ayah selepas melihat anaknya rosak gara-gara taksub dengan politik pembangkang di Malaysia.
Jika diukur, kenyataan mulut Pak Cik Kamaruddin Mahmod, 58, ini sebenarnya amat berat dan boleh jadi semacam doa serta ikrar yang tegas yang kelak akan diperhitungkan di akhirat.
Shukri Kamaruddin atau Shukri Rembau Si Penderhaka? |
Lelaki tua ini kesal kerana anaknya, Ahmad Shukri atau lebih dikenali sebagai Shukri Rembau, turut menjadi mangsa ‘kerosakan’ yang dilakukan oleh pembangkang sehingga dicemuh oleh masyarakat di negara ini.
Ia rentetan beberapa kenyataan yang dihantar oleh penuntut sebuah IPT ini di akaun Twitternya yang dikatakan menghina institusi Kesultanan Johor baru-baru ini.
Beberapa kenyataan yang ditweet oleh Shukri. |
Akibat tindakannya itu, Shukri Rembau telah disoal siasat oleh pihak Polis dan kesnya masih berjalan sehingga kini. Namun, semua itu ternyata belum mampu menebus kesalahan dan kebiadapan yang telah dilakukannya.
Ramai yang melihat kerosakan Shukri Rembau dan rakan-rakannya berpunca daripada ‘kerosakan’ yang berlaku dalam parti-parti pembangkang itu sendiri.
Kerosakan paling besar yang sukar ditutup lagi ialah keretakan hubungan antara Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali dan ibunya sendiri, Che Tom sehingga ibunya itu terpaksa merayu supaya Azmin kembali ke pangkal jalan.
Adakah Shukri mengikut jejak langkah Azmin Ali? |
Tahap ‘penderhakaan’ yang dilakukan oleh Shukri Rembau dan Azmin Ali mungkin tidak setaraf tetapi Shukri masih mempunyai masa dan ruang yang lebih besar untuk kembali ke pangkal jalan.
Justeru sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Shukri sepatutnya bermuhasabah dan merenungi kembali setiap tindak tanduknya selama ini. Apalah ertinya berjuang untuk kepentingan orang lain kalau ayah dan ibu sendiri diabaikan.
Pintu taubat dan keampunan terbuka seluas-luasnya pada bulan Ramadhan ini. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment