Pages

Showing posts with label Ulamak. Show all posts
Showing posts with label Ulamak. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

VIDEO ULAMAK PAS NAIK MINYAK

Banyak ulamak, tapi pastinya ini bukan kategori ulamak walaupun dilabelkan oleh pengikut-pengikut PAS sebagai ulamak.


Ulamak pewaris Nabi paling comel jika turut mewarisi akhlaknya Nabi SAW, bukan sekadar ilmu-ilmu yang dikutip daripada kitab-kitab di pondok-pondok. Akhlakul karimah, akhlak yang terpuji. 



BETTERNATION

Monday, 8 April 2013

TAKABURRRRNYA NIK AZIZ - ULAMAK JAHAT AKHIR ZAMAN??

Nik Aziz takbur.

SB teringat petikan kuliah yang pernah disampaikan oleh Ustaz Kazim Elias Al-Hafiz bahawa pada akhir zaman, fitnah akan berleluasa keluar dari mulut para ulamak sebelum akhirnya fitnah-fitnah tersebut berbalik ke atas ulamak-ulamak itu sendiri.

SB harap kita tidak hidup hingga ke zaman itu. Biarlah kita jahil sekalipun tapi janganlah sampai kita terjerumus ke dalam fitnah-fitnah oleh golongan ulamak seperti yang dimaksudkan oleh Baginda Rasulullah SAW sebagaimana yang disampaikan oleh Ustaz Kazim di atas.

Dosa pahala bukan urusan manusia.

Nik Aziz memang diakui berilmu tinggi tetapi mustahil dia ada kebolehan menentukan dosa pahala mana-mana individu atau pihak lain.

Thursday, 28 March 2013

HEBAT!!! LAGI STADIUM BAHARU DIBINA UNTUK RED WARRIORS!!!

1. Seronok baca Harakah edisi 28 Mac 2013. Kalau SB ni orang Kelantan, memang seronok tak terkatalah agaknya. Mana tidaknya, Kerajaan Negeri umumkan akan bina stadium baharu yang serba lengkap di tapak Bandar Sukan Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan kos bernilai RM320 juta!


2. Dua tahun lepas iaitu pada 11 Mei 2011, Kerajaan Negeri dah umumkan projek ini. Kiranya ini pengumuman kali kedualah. Walaupun bayang-bayang pun tak nampak lagi, tapi sebagai orang Islam, kita percaya cakap ulamak. Dulu Tok Guru janji nak bina dua buah stadium dengan salah satu daripadanya khusus kepada wanita sahaja. 

Sudah dua kali Mac bertemu, bayang-bayang stadium pun tak nampak!

3. Kerja-kerja pembinaan bagi projek yang pertama itu dikatakan akan bermula pada Mac 2012. Selepas setahun, masih tak ada apa-apa. Tapi kita sebagai orang Islam, jangan pertikaikan cakap ulamak. Mungkin ada masalah hingga projek ini masih tidak berjalan. Kita kena bersangka baik sesama saudara, lebih-lebih lagi terhadap ulamak.

4. Tapi kali ini, SB fikir dah merapu banyak sangat Kerajaan Negeri Kelantan ni. Projek yang diumumkan pada 11 Mei 2011 pun belum siap, tup-tup Kerajaan Negeri umumkan projek baharu di tapak yang sama. Apa sudah jadi dengan projek pertama dahulu?

5. Adakah kelulusan tender sudah dikeluarkan bagi projek pertama? Siapa yang dapat anugerah tender tu? Kenapa mesti ada dua projek di satu tapak yang sama sekali gus?? Malah lebih memeranjatkan, kedua-dua projek mempunyai reka bentuk yang berlainan sama sekali!!

6. Dari segi politik, kita boleh nampak bahawa Kerajaan Negeri tak senang duduk dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri baru-baru ini bahawa Kerajaan Barisan Nasional akan membina sebuah stadium baharu sekiranya diberikan mandat memerintah Kelantan.

7. Walaupun Perdana Menteri bukan ulamak, tapi Tok Guru tahu Najib bukan tabur janji munafik. Najib tak tabur janji dicapati tapi Najib tawarkan janji yang boleh ditepati. Sebab tu Tok Guru gelabah sangat sampai terpaksa buat pengumuman kali kedua. 

8. Yang jadi persoalan, kenapa sekarang baru diumumkan projek tersebut? Dan kenapa mesti ada pengumuman kedua selepas pengumuman pada 11 Mei 2011? Ini janji ditepati, dicapati atau janji munafik?


SB : Ulamak mungkin tak buat dosa, tapi dia tak terlepas dari dosa syubahat!

Monday, 25 March 2013

SIAPA ULAMAK PALSU YANG DIDEDAHKAN INI?


1. Sekarang berlegar di alam maya satu lagi pendedahan berat. Kononnya, ada pihak yang telah mengedit poster sebenar yang membariskan ulamak-ulamak muktabar dunia dengan memasukkan ulamak yang tidak tersenarai pada asalnya dari sebuah parti politik berteraskan Islam di Malaysia.

2. Jika perkara ini benar, maka SB amat mengutuk tindakan jahat, zalim dan tidak Islamik sebegini. 

3. Mohon pihak yang bertanggungjawab terutamanya JAKIM menyiasat dakwaan ini. Kita tidak mahu nama baik para ulamak muktabar dunia dicemari oleh ulamak-ulamak politik duniawi.

4. Malah, jika ditelitikan sekali pun, barisan ulamak yang dipalsukan itu masih boleh diragui tahap keilmuan mereka berbanding barisan ulamak yang disenaraikan dalam poster asal.


SB : Teringat kata seorang sahabat yang mengaji kitab tinggi, di Malaysia ni, tak ada ulamak dalam erti kata yang sebenar. Ilmuan Islam ramai tapi belum sampai tahap Ulamak seperti yang dipesan oleh Nabi Muhammad SAW. Sampai hari ni SB masih pegang kata-katanya ini.

Friday, 22 March 2013

DI MANA KEMAKSUMAN ULAMA-ULAMA PAS?



1. Salah satu hujah popular yang digunakan oleh penyokong-penyokong PAS apabila kita berbicara tentang kerosakan parti tersebut ialah, “Dalam PAS ada Mursyidul  Am, ada Majlis Syura Ulamak,  Dewan Ulamak PAS Pusat, negeri dan kawasan. Kepimpinan utama PAS juga dibarisi para ulamak. Malah dalam PAS sendiri ada ribuan tokoh-tokoh ulamak. Jadi takkanlah ulamak-ulamak ni tak faham pasal hukum?”

2. Hujah sedemikian juga digunakan ketika isu kalimah Allah dibangkitkan dahulu. Begitu juga ketika isu Amanat Haji Hadi dipolemikkan semula. Pada satu tahap pula, rata-rata penyokong PAS khususnya dalam kalangan pengikut yang taksub hanya menerima pandangan yang dikeluarkan oleh ulamak-ulamak mereka sahaja. Sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh ulamak atau tokoh ilmuan Islam dari luar PAS pasti akan ditolak mentah-mentah.

3. Tetapi mereka lupa hakikat bahawa para ulamak dalam PAS bukanlah manusia-manusia yang kebal dari dosa. Para ulamak PAS bukanlah maksum, suci dan terhindar dari melakukan khilaf. Seperti kata Chegu Non, mungkin mereka tidak melakukan dosa, tetapi dengan membiarkan orang-orang penting dalam parti melakukan dosa, itu juga sama dengan berdosa atau syuhabat. Adakah ulamak tidak boleh terjerumus dalam lubang syubahat? Jawapannya sudah tentu boleh.

4. Itu baru dalam parti sendiri. Bagaimana pula dalam Pakatan Rakyat? Kita lihat contoh mudah, dalam isu liwat dan zina membabitkan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Apa kata Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang apabila bukti video dikeluarkan? Sebagai ulamak besar, beliau mendakwa bukti video itu tidak boleh dijadikan saksi kerana sifatnya yang diumpamakan seperti besi. Sedangkan para ulamak lain di luar PAS termasuk Ustaz Kazim Elias meletakkan bukti tersebut sebagai qarin iaitu bukti yang boleh dibawa ke hadapan hakim sekiranya tidak ada empat orang saksi yang amanah.

5.  Inilah PAS yang kononnya berpegang kepada kepimpinan ulamak. Adakah kita masih boleh mengakui bahawa PAS hari ini sama dengan PAS pada zaman keteguhannya dahulu khususnya ketika di bawah pimpinan Tuan Guru Ustaz Fadzil Noor?

Kenapa anda mesti klik SINI??

Sunday, 3 June 2012

MESTI BACA!!! SIAPAKAH ULAMAK JAHAT?



Asy-Syathibi mengatakan, "Ulama su' adalah ulama' yang tidak beramal sesuai dengan apa yang ia ketahui." Anas meriwayatkan: 

"Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan penguasa dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan penguasa dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Kerana itu, jauhilah mereka". (HR al-Hakim). 

Muadz bin Jabal membahagi ulama su' di dalam tujuh tingkatan neraka. 

Tingkat pertama: ulama yang jika mengingatkan manusia, ia bersikap kasar; jika diingatkan manusia, ia menolak dengan tinggi hati. 

Tingkat kedua: ulama yang menjadikan ilmunya alat untuk mendapatkan pemberian penguasa. 
Tingkat ketiga: ulama yang menahan ilmunya (tidak menyampaikannya). 

Tingkat keempat: ulama yang memilih-milih pembicaraan dan ilmu guna menarik wajah orang-orang dan ia tidak memandang orang-orang yang memiliki kedudukan rendah. 

Tingkat kelima: ulama yang mempelajari berbagai perkataan dan pembicaraan orang Nasrani dan Yahudi guna memperbanyak pembicaraannya. 

Tingkat keenam: ulama yang mengangkat dirinya sendiri seorang mufti dan ia berkata kepada orang-orang, "Bertanyalah kepadaku." Orang itu ditulis di sisi Allah sebagai orang yang berpura-pura atau memaksakan diri dan Allah tidak menyukai orang demikian. 

Tingkat ketujuh: ulama yang menjadikan ilmunya sebagai kebanggaan dan kepuasan intelektual saja. 

Kerana semua itu, al-Ghazali mengingatkan, "Hati-hatilah terhadap tipu daya ulama su'. Sungguh, keburukan mereka bagi agama lebih buruk daripada syaitan. Sebab, melalui merekalah syaitan mampu menanggalkan agama dari hati kaum Mukmin. Atas dasar itu, ketika Rasul saw ditanya tentang sejahat-jahat makhluk, Beliau menjawab, "Ya Allah berilah ampunan." 

Beliau mengatakannya sebanyak tiga kali, lalu bersabda, "Mereka adalah ulama su'." 

Wallahualam. 

Sumber : SINI

Thursday, 10 May 2012

NASRUDDIN HASSAN TAK BERANI SERAH MEMO KEPADA MALAYSIAKINI

Pejuang Islam yang bersikap berpilih-pilih. 

17 Jun 2011, Dewan Pemuda PAS yang diketuai Ustaz Nasruddin Hassan telah mengetuai perarakan ke bangunan Utusan bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung  penyiaran satu karikatur yang didakwa menghina ulamak di negara ini. Karikatur tersebut disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia bertarikh 15 Jun 2012, edisi hari Rabu dengan tajuk Kekeliruan Kes Rogol. Rujuk gambar di bawah.


Kekeliruan dalam proses mengemukakan saksi dan bukti.
(Klik imej untuk paparan lebih jelas)

Karikatur itu sebenarnya menyindir pendapat bahawa rakaman video tidak boleh dijadikan bukti dalam kes serangan seksual atau kes-kes seumpamanya kerana ia tidak menepati syarat sebagai saksi mengikut hukum Islam. Sebelum itu, Presiden PAS, TG Haji Hadi Awang dilaporkan berkata, rakaman video (CCTV) ialah besi yang bisu dan tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah dalam perbicaraan kes seksual.

Lantaran itu, Utusan Malaysia dikecam hebat, dikoyak dan dibakar oleh pimpinan PAS dan para pengikutnya, hanya kerana satu sindiran yang menyakitkan hati mereka.

Tetapi apabila Malaysiakini, akhbar putar belit pro-pembangkang, menyiarkan kartun yang menghina Majlis Fatwa Kebangsaan, tak ada apa-apa reaksi marah pun daripada PAS khususnya Dewan Pemuda. Lihat gambar di bawah.


Majlis Fatwa Kebangsaan dihina teruk oleh kartunis sosialis Zunar dalam Malaysiakini.
Dewan Pemuda PAS hanya diam sahaja.

Ia jelas sekali menghina sebuah institusi Islam yang berpengaruh dan penting di negara ini hanya kerana majlis tersebut mengeluarkan satu fatwa yang tidak menguntungkan mereka. |SINI| Inilah standard pejuang Islam versi PAS di negara ini. Hanya mereka sahaja layak digelar muslim.

Di mana juga suara GAMIS dan PMI? Mana INSPIRASI, HELWI dan HELWANIS? Kenapa senyap? Majlis Fatwa Kebangsaan itu tidak pentingkah bagi anda semua? Kenapa tak buat memorandum dan berarak ke pejabat Malaysiakini?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar