Foto : Berita Harian, 7 Mei 2012. |
Kali ini SB setuju dengan pandangan pihak pembangkang. Fatwa jangan dipolitikkan. Majlis fatwa perlu bersikap berkecuali, dan dibiarkan berkecuali.
Tapi dalam perkembangan terbaru ini, siapa yang mempolitikkan keputusan Majlis Fatwa mengharamkan umat Islam menyertai demonstrasi atau perhimpunan yang berniat tidak baik dan boleh mencetuskan perbalahan?
Hakikatnya, fatwa berkenaan langsung tidak mengharamkan perhimpunan BERSIH, berbeza dengan dakwaan mereka. Jadi kenapa nak melatah sangat?
Sekiranya BERSIH diadakan secara aman dan tidak mencetuskan apa-apa masalah, maka ia tidak termasuk dalam status hukum fatwa tersebut. Tetapi pihak pembangkang nampaknya cuba menyalahkan fatwa demi menutup kelemahan dalam BERSIH 3.0 baru-baru ini.
"Kita mengikut pandangan ahli sunah, perhimpunan itu haram dan tidak boleh. Bukan saja Bersih 3.0, ada banyak lagi perhimpunan asalkan tujuannya tak baik, hasilkan natijah tak baik, melanggar undang-undang dan sebagainya sedangkan kita ada cara yang baik, maka kita berdosa," kata Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Prof. Emeritus Tan Sri Abddul Shukor Husin.
Justeru bagi memulihkan tanggapan buruk yang dilemparkan ke atas Majlis Fatwa oleh pihak pembangkang ketika ini, amat wajar sekiranya ada pihak tampil menganjurkan forum atau wacana secara ilmiah untuk mengupas isu-isu yang berbangkit.
Hal ini penting kerana ada segelintir pemimpin pembangkang cuba mengaitkan amalan solat berjemaah dan ibadat haji di Mekah juga ialah satu bentuk demonstrasi yang membabitkan ‘perhimpunan’ umat Islam dan tidak ada bezanya dengan demonstrasi-demonstrasi lain.
Justeru bagi mengelakkan lebih banyak kekeliruan, pihak-pihak terbabit perlu tampil memberikan penjelasan yang sewajarnya.
Daripada ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a kata beliau: Rasulullah s.a.w bersabda:
“Sebaik-baik kamu dan sebaik-baik pemerintah kamu adalah mereka yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu, sedangkan seburuk-buruk kalangan kamu dan seburuk-buruk pemimpin kamu adalah orang yang kamu benci akannya dan dia benci pula akan kamu, kamu mengutuk mereka dan mereka juga mengutuk kamu”; Ditanya kepada baginda: “Apakah tidak boleh sahaja kami mencabut mereka (menggulingkan mereka)?” Maka Jawab baginda: “Tidak boleh selama mana mereka mendirikan solat yang lima, barangsiapa yang dipimpin oleh seorang pemimpin kemudian dia melihat pemimpinnya itu melakukan maksiat kepada ALLAH maka hendaklah dia membenci maksiat kepada ALLAH yang dilakukan itu tetapi jangan pula dia mencabut tangan daripada ketaatan”.
[Muslim, Ahmad, Ibn Hibban dll dan lafaz adalah untuk Ibn Hibban].
No comments:
Post a Comment