Pengumuman DS Najib berkenaan tarikh pembentangan Bajet 2013 yang akan diadakan pada 28 September ini tidak bermakna PRU-13 akan dibuat selepas tarikh tersebut.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda Barisan Nasional, Khairy Jamaluddin (gambar) dalam twitternya semalam, beliau yakin PRU-13 akan diadakan sebelum Bajet dibentangkan di Parlimen oleh Perdana Menteri.
Tujuan pengumuman itu dibuat oleh Perdana Menteri juga menurutnya lebih kepada aspek perundingan dan perundangan seperti kebiasaan yang dibuat oleh kerajaan. Untuk rekod, pembentangan Bajet kebiasaannya dilakukan pada bulan September atau Oktober mengikut kesesuaian.
Desas desus sebelum ini kuat mengatakan PRU akan diadakan pada bulan Julai. Melihat kepada situasi semasa, jangkaan itu nampaknya tinggal spekulasi sahaja. Kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa ketika ini masih mempunyai mandat hingga April 2013, jadi masih banyak masa lagi untuk DS Najib membuat keputusan.
Kepada Adam Adli dan rakan-rakan, anda juga masih banyak masa untuk bertelagah mencari keputusan siapa yang akan bertanding kelak.
No comments:
Post a Comment