Allah, Kebebasan dan Cinta. Itulah judul buku terbaru yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia hasil karya pengamal lesbian tegar dari Kanada, Irshad Manji. Untuk edaran Malaysia, hak diberikan kepada ZI Publishing melalui wakilnya, Ezra Zaid.
Buku ini juga merupakan buah tangan kedua Irshad Manji yang berada dalam pasaran Malaysia selepas bukunya yang pertama, The Trouble With Islam Today : A Muslim's Call For Reform In Her Faith diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (selepas 8 tahun berada dalam edaran).
Walaupun Jakim telah mengharamkan sebarang aktiviti penulis dan penganut fahaman Pluralisme dan Liberalisme Agama ini di Malaysia, namun kehadirannya sejak dua hari lalu nampaknya dialu-alukan oleh segelintir pihak termasuk Malaysiakini yang membantu mempromosikan acaranya sejak bebera hari yang lalu.
Dalam kenyataannya berhubung sekatan mengadakan aktiviti oleh Jakim itu, Irshad Manji secara terbuka memperlekehkan Jakim dan menganggap hanya KDN berhak mengeluarkan sebarang larangan ke atasnya.
Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini semalam, Irshad juga memperlekehkan Majlis Fatwa Kebangsaan yang dianggotai oleh para mufti dengan menganggap mufti-mufti hanya mengeluarkan pandangan mereka tetapi tidak mewakili perintah Allah SWT.
Irshad Manji, penulis dan pengamal seks sejenis (lesbian) tegar dari Kanada kini berada di Malaysia untuk mempromosikan bukunya yang terbaru, Allah, Kebebasan dan Cinta. |
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Irshad itu tidaklah mengejutkan kerana penulis tersebut diketahui memiliki pemikiran yang sealiran dengan Salman Rushdie, penulis novel The Satanic Verse yang menganggap Nabi Muhammad sebagai palsu dan berbahaya.
Kedua-dua mereka menganut fahaman pluralisme agama, satu bentuk fahaman yang mempercayai semua agama dan kepercayaan berkongsi Tuhan yang sama tetapi berbeza kaedah atau jalan dalam menuju Tuhan tersebut. Walaupun Irshad dan Salman mempunyai latar belakang sebagai orang Islam, tetapi mereka jelas sekali telah jauh terpesong dari landasan ad-din yang sebenar.
Malangnya, di Malaysia, aliran pemikiran dan kefahaman mereka turut dikongsi oleh segelintir pihak termasuk pemimpin-pemimpin pembangkang. Dato' Seri Anwar Ibrahim misalnya, pernah menganggap The Satanic Verse yang diharamkan oleh seluruh negara Islam itu sebagai penulisan yang bermutu tinggi dan perlu diterima sebagai sebuah karya sastera yang hebat.
Jika Salman Rushdie diharamkan di Malaysia, maka KDN juga perlu bertindak tegas dengan mengharamkan Irshad Manji dari menjejakkan kakinya di negara ini. Kedua-dua mereka tidak layak bergelar muslim dan menyebarkan ideologi di sini.
No comments:
Post a Comment