Syahid Zaini, Haziq dan Safwan Anang. Tiga orang mahasiswa pro-pembangkang yang terlibat dalam demonstrasi anti-PTPTN pada 14 April 2012 dan kini, sedang digantung pengajian. |
Beberapa buah blog pagi ini memainkan berita tentang hasrat kumpulan mahasiswa pro-pembangkang menyertai pilihan raya umum yang bakal diadakan tidak lama lagi.
Penyertaan mereka bukan setakat berkempen untuk pembangkang atau membantu mengadakan rapat umum, tetapi mereka sendiri nak hantar calon! Maknanya, mereka cuba mencari tempat dalam kem Pakatan Rakyat untuk menghantar wakil. Agak-agak, diterima atau tidak?
Selepas menganjurkan demonstrasi liar menuntut pemansuhan PTPTN pada 14 April 2012 dan mengadakan perkhemahan Occupy Dataran di Dataran Merdeka, kumpulan mahasiswa ini sudah mendabik dada kononnya mereka layak menjadi wakil rakyat.
Menurut Haziq Abdullah, pelajar UM yang sedang menjalani hukuman penggantungan satu semester, mereka akan berbincang terlebih dahulu dengan kepimpinan Pakatan Rakyat bagi mendapatkan laluan yang sesuai.
Besar sungguh cita-cita mereka ini. SB harap mereka mengambil iktibar daripada sejarah apabila Parti Mahasiswa Negara (PMN) tiba-tiba muncul menjelang pilihan raya umum ke-12 tetapi terus menyepi selepas kalah dalam semua penyertaan.
Rakyat Malaysia tidak memerlukan perjuangan yang bersifat sementara. Malah rakyat semakin bijak menolak perjuangan yang hanya bergantung kepada isu untuk meraih simpati. Tanpa sebarang rekod pencapaian yang bagus, adalah sukar bagi mana-mana individu atau parti merebut undi dalam mana-mana pilihan raya di negara ini.
Inikan pula mahasiswa seperti Adam Adli, Safwan Anang, Khalid Ismath dan rakan-rakan yang lain. Apakah rekod mereka? Panjat pagar? Turunkan bendera? Usung keranda? Atau batu nesan?
No comments:
Post a Comment