Dari kiri, Safwan Anang, Haziq Abdullah dan Syahid Zaini. |
Tiga mahasiswa di atas dikenakan hukuman gantung daripada pengajian selama satu semester atas kesalahan mencemarkan nama baik universiti sendiri (Universiti Malaya) sewaktu demonstrasi jalanan membantah PTPTN pada 14April 2012 di Dataran Merdeka.
Menurut JK Tatatertib Universiti yang membicarakan kes tersebut, mencemarkan nama baik universiti didefinisikan daripada tindakan keterlaluan mereka dan rakan-rakan lain mengalungkan bunga kematian pada potret pemimpinan negara iaitu Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Abd Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin.
Walaupun mereka menganggap ia sekadar simbolik sindiran terhadap pemimpin-pemimpin tersebut, namun ia jelas satu tindakan melampaui batas kebebasan bersuara dan berhimpun yang dibenarkan undang-undang dan tidak menghormati adab serta tatasusila masyarakat Malaysia.
Dalam perkembangan terbaru, ketiga-tiga pelajar berkenaan dilaporkan akan membuat rayuan ke atas hukuman penggantungan tersebut. Safwan Anang juga dilaporkan akan membawa kes tersebut ke mahkamah sekiranya perlu.
Nota : Dalam perbicaraan kes berkenaan, mereka bertiga dikenakan tindakan di bawah Seksyen 16C Kaedah Universiti Malaya (Tatatertib pelajar-pelajar tahun 1999) dan kesalahan melanggar undang-undang kaedah 3A (i), 3A (ii). Jawatankuasa Disiplin Tatatertib Pelajar UM menjatuhkan hukuman amaran lisan supaya tidak mengulangi perbuatan itu lagi, denda tidak melebihi RM200 dan pengantungan pengajian selama satu semester kepada tiga mahasiswa SMM.
SB : Jangan ingat dengan adanya peguam-peguam di belakang kamu, maka kamu kebal undang-undang.
No comments:
Post a Comment