Pelajar KUIN turut membantah pengurusan KUIN yang dikatakan bermasalah. |
Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak dalam Sidang Dewan Undangan Negeri baru-baru ini memaklumkan bahawa terdapat 300 permohonan untuk mengikuti Kursus Perubatan di KUIN tetapi hanya 50 orang saja diterima masuk. Namun rekod pendaftaran pada 2 Mei 2012 mendapati hanya 40 sahaja permohonan dibuat dan 8 orang diterima masuk.
Percanggahan maklumat ini merupakan sebahagian daripada tujuh perkara yang didedahkan oleh Ketua Pembangkang DUN Kedah, Dato’ Seri Mahadzir Khaled susulan kemelut yang sedang melanda institusi pendidikan milik Kerajaan Negeri Kedah itu.
Dato’ Seri Mahadzir juga mendedahkan kepincangan pengurusan yang ketara dalam KUIN ketika ini melibatkan caruman Socso, KWSP dan potongan gaji kakitangan untuk bayaran pinjaman bank dan zakat yang didapati hilang atau lewat setiap bulan.
Perkembangan terbaru ini dijangka akan terus menghangatkan iklim politik di Kedah dan bakal memberikan tekanan ke atas Kerajaan Negeri yang sering dilanda masalah pentadbiran.
No comments:
Post a Comment