10 MEI 2012 - Media melaporkan kenyataan terbaru daripada TG Haji Hadi Awang, Presiden PAS. Selama ini mereka hanya berbohong kepada rakyat. |
Nampaknya, PAS masih berbohong kononya tetap dengan perjuangan menubuhkan Negara Islam. Siang malam ahlul PAS termasuk kumpulan PMI dan cabang-cabang lain dalam GAMIS, menebarkan roti kosong sambil menghidangkan kopi pahit untuk menarik perhatian mahasiswa Islam supaya terus mendengar cakap-cakap mereka itu.
Ibarat sembang di kedai kopi 24 jam, bunyi bising dan hiruk pikuk tentang idea ini terus bergema. Kerajaan yang ada hari ini dikatakan WAJIB ditukar kerana mengekalkan perlembagaan penjajah, lalu PAS nanti, kalau diberikan amanat menjadi pemerintah, akan pastikan hanya undang-undang Allah SWT sahaja digunapakai ke atas orang Islam di negara ini.
Ironinya, PAS sebenarnya tidak pun bersungguh-sungguh merealisasikan hasrat ini. Kesungguhan mereka hanya melalui kempen politik, bahawa, jika undi PAS, anda telah memilih Islam dan tidak undi PAS, anda memilih kesesatan. Tapi dalam perkembangan muktahir ini, adakah kita diberikan pilihan mutlak bahawa calon PAS itu ialah calon PAS yang membawa hasrat PAS selama ini? Hasrat Negara Islam dan hasrat Hudud.
Atau calon PAS itu sebenarnya membawa hasrat Pakatan Rakyat? Harus diingat dan diperingatkan, persepakatan dalam Pakatan Rakyat, yang tunjangnya masih tidak jelas – PAS|Islamik, PKR|Liberal dan DAP|Sosialis – ialah persepakatan dendam untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.
PKR dengan dendam Ketua Umumnya yang mahu jadi Perdana Menteri dan membalas segala ‘kejahatan’ yang kononnya dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional ke atas dirinya. PAS dengan dendam lama kerana ‘disingkirkan’ oleh UMNO selepas cita-cita bekas pemimpinnya dinafikan. DAP pula lebih kepada dendam perkauman dan 13 Mei yang masih belum langsai.
Dalam persepakatan ini, yang jelas, hasrat penubuhan Negara Islam tidak pernah dibincangkan dan tidak pernah menjadi ketetapan bersama antara pemimpin-pemimpin mereka. PAS juga sudah banyak menukar nada termasuk yang terbaru, kenyataan daripada Presidennya sendiri bahawa Hudud bukan keutamaan pembangkang ketika ini.
Konsistensi yang tidak baik ini hanya menyerlahkan kelemahan asas perjuangan PAS itu sendiri yang berubah-ubah mengikut keputusan semasa setiap pemimpinnya. Sayang sekali, pimpinan atasan lebih memahami permainan politik dan teknik memancing undi untuk berkuasa berbanding pengikut bawahan yang masih sayang akan perjuangan asal PAS dan tidak pernah goyah daripada cita-cita Negara Islam.
Kepada rakan-rakan SB, bukalah mata kalian. Jangan tertipu lagi. PMI dan GAMIS hanya menjadi alat untuk menguar-uarkan hasrat parti tetapi jika anda menjenguk realiti sebenar politik di luar kampus, anda pasti akan terkejut dan tidak akan percaya lagi dengan kata-kata mereka. Pembohongan itu memang sedap apabila dilakukan dengan bersungguh-sungguh, tetapi kebenaran juga tidak dapat disembunyikan selama-lamanya.
No comments:
Post a Comment