Mahasiswa universiti menunggu giliran menerima ijazah masing-masing. |
Seramai 11, 764 orang graduan menarik nafas lega kerana tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) selepas mendapat keputusan cemerlang dalam pengajian masing-masing.
Menurut Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohammed Said, pelepasan yang diberikan itu juga merupakan salah satu bentuk penghargaan daripada kerajaan kepada mahasiswa di atas usaha gigih yang ditunjukkan di samping membantu mengurangkan bebanan selepas menamatkan pengajian mereka.
Berita ini juga seharusnya menyuntik semangat mahasiswa lain yang masih menuntut untuk berusaha lebih gigih bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dan meraih anugerah biasiswa yang ditawarkan oleh PTPTN itu.
Kepada SMM, anda juga sewajarnya mengambil iktibar daripada berita ini. Tidak semua perkara boleh dipercumakan kerana kita mengejar kualiti, bukan kuantiti.
No comments:
Post a Comment