Presiden Majlis Peguam, Lim Chee Wee menolak cadangan penubuhan akademik undang-undang. Adakah peguam-peguam lain akan menyokong beliau? |
Tun Dr. Mahathir menempelak Majlis Peguam kerana sewenang-wenangnya menggunakan istilah seperti “Polis Samseng” dan “Kekejaman Polis” tanpa melihat faktor-faktor disebaliknya secara menyeluruh.
Tun juga menyelar sikap Majlis Peguam yang hanya mahu membela demonstran tetapi tidak memandang serius keganasan yang dilakukan ke atas pihak polis ketika menangani demonstrasi BERSIH 3.0 pada 28 April 2012 yang lalu.
Dalam perkembangan berasingan, Majlis Peguam juga kelihatan semakin bercelaru apabila membantah cadangan penubuhan sebuah akedamik undang-undang yang dilihat bakal membayangi fungsi badan tersebut.
Tak semena-mena Majlis Peguam melatah teruk kali ini. Ketika kredibilitinya semakin dipertikaikan oleh orang awam kerana lebih banyak berpolitik untuk pembangkang, kini sudah timbul desakan daripada peguam-peguam senior yang lain supaya diwujudkan badan alternatif yang lebih natural dan seimbang untuk kepentingan semua pihak.
Bagi SB, ini satu langkah yang sangat baik bagi mengembalikan nama baik pengamal undang-undang di negara ini dan keyakinan orang ramai terhadap institusi guaman keseluruhannya.
No comments:
Post a Comment