Doktrinisasi pluralisme agama bukan sahaja berlaku dalam kalangan orang bukan Islam. Ia juga kini sedang giat digerakkan oleh ejen-ejen dalam kalangan orang Islam sendiri.
Pluralisme agama dianggap sebagai satu bentuk fahaman yang lahir daripada jenayah pemisahan agama daripada disiplin-disiplin ilmu ketika tersebarnya ideologi sekularisme di Barat ratusan tahun dahulu yang dipelopori antaranya oleh Rene Discartes.
Salah satu kaedah penyebaran fahaman ini ialah melalui karya penulisan kreatif seperti yang digerakkan oleh Salman Rushdie dan Irshad Manji, dua orang tokoh pejuang LGBT dan Seks Bebas dalam kalangan penganut Islam muktahir ini.
Di Malaysia, karya Salman Rushdie terutamanya The Satanic Verse telah pun diharamkan penerbitan dan pengedarannya oleh Kementerian Dalam Negeri. Namun, karya-karya yang dihasilkan oleh Irshad Manji nampaknya masih boleh didapati dengan mudah di negara kita.
Manakala bagi bukunya yang telah diharamkan seperti Reformist Al-Quran - A Progressive 21st Century Translation, Irshad Manji telah menyediakan fail muat turun secara percuma dalam terjemahan Bahasa Melayu untuk rakyat negara ini.
Di sini kita dapat lihat bahawa usaha golongan pluralisme agama yang disokong oleh Barat sebenarnya sangat serius sehingga mampu menyediakan fail muat turun percuma untuk negara-negara yang mengharamkan buku-buku Irshad Manji ini. Soal keuntungan bukanlah faktor utama asalkan fahaman itu dapat disebarluaskan. Itu matlamat mereka yang sebenar!
Justeru Kementerian Dalam Negeri dan SKMM perlu bertindak lebih tegas membendung penyebaran fahaman ini di Malaysia, atau kita bakal berdepan dengan keruntuhan moral dan akidah umat Islam yang dahsyat kelak.
No comments:
Post a Comment