DS Khaled Nordin mengetuai jawatankuasa parlimen dalam prosiding umum isu LYNAS di Kuantan pada minggu lepas. |
Kenapa pembangkang marah sangat bila terbit klip video Bangkang Dari Longkang? Jawapannya, sebab mereka memang bertaraf longkang!
SB tak cakap kosong. Hal ini dibuktikan dengan jelas ketika berlangsungnya pendengaran awam mengenai isu LYNAS pada minggu lepas di Kuantan.
Dalam prosiding tersebut, wakil pembangkang terbodoh alang apabila setiap hujah yang ditampilkan oleh mereka dengan mudah saja dipatahkan, atau lebih tepat, dihumban ke longkang oleh panel jawatankuasa yang diketuai oleh Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Seri Khaled Nordin.
Blog Gerakan Anti-PKR (GAP) yang membuat liputan khas turut mendedahkan secara terperinci sesi pendengaran tersebut. Klik SINI. Apa yang perlu kita tahu ialah, kumpulan pembangkang yang cuba bermain dengan isu ini sejak dari awal lagi sebenarnya tidak tahu pun apa yang mereka sedang lakukan.
Malah lebih teruk dan memalukan, Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah dari PKR langsung tidak hadir sepanjang sesi pendengaran tersebut. Sepatutnya sebagai wakil rakyat, beliau hadir mempertahankan rakyatnya sekiranya benar LYNAS bakal membawa musibah.
Wakil SMSL dilongkangkan dengan mudah. Hadir tanpa persediaan tapi cakap macam pakar! |
Malah, beliau jugalah yang begitu masuk air dan meroyan ketika membawa isu ini dahulu. Tapi kenapa hanya berani dalam reban sendiri?
Menurut GAP, wakil yang dihantar juga hanya bergantung kepada fakta kes seperti yang berlaku di Fukushima serta penyebaran radiasi dan lain-lain hujah yang merapu tanpa rujukan yang ilmiah walaupun ia disyaratkan dalam prosiding tersebut. Jadi apa rujukan mereka sebenarnya? Hanya Reuters dan Bloomberg?
Jika beginilah standard pembangkang kita, memang patutlah mereka melatah dengan parodi Bangkang Dari Longkang.
No comments:
Post a Comment