Malaysia Airlines System (MAS), syarikat penerbangan kebanggaan negara hari ini secara rasminya menerima pesawat penumpang terbesar di dunia, Airbus A380. Kapal terbang yang dibangunkan oleh syarikat gergasi Eropah, Airbus yang juga subsidiari European Aeronautic Defence and Space Company (EADS) itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada petang tadi.
Lantaran kerana saiznya yang besar, banyak lapangan terbang utama dunia terpaksa membesarkan dan memanjangkan fasiliti mereka bagi memastikan operasi pesawat ini berjalan lancar.
Tahniah diucapkan kepada team MAS. Satu lagi sejarah terpahat hari ini. Seharusnya kita berbangga kerana syarikat penerbangan negara dan Malaysia amnya, kini sudah mampu duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan pemain-pemain utama yang lain dalam industri ini.
No comments:
Post a Comment