"You are a different kettle of fish, Guan Eng!" Tunku Abdul Aziz. |
Apabila Tunku Abdul Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP mengumumkan keluar dari parti ultra-rasis itu dua hari lepas, Lim Guan Eng menukar nadanya dan cuba memujuk Tunku Aziz agar kekal bersama perjuangan mereka.
Rupa-rupanya, itu hanyalah sandiwara paling celaka dari Lim Guan Eng, anak emas Lim Kit Siang terhadap Tunku Aziz.
Menurut Tunku Aziz dalam wawancaranya dengan The Star sejurus selepas pengumuman keluar DAP itu, beliau pernah menghantar emel kepada Lim Guan Eng berhubung komentarnya tentang demonstrasi BERSIH 3.0 tetapi ia tidak dilayan oleh Lim Guan Eng.
Sehubungan itu Tunku Aziz menggelar Lim Guan Eng sebagai “a different kettle of fish” berbanding bapanya yang lebih dihormati oleh Tunku Aziz sendiri.
Ia menjadi isyarat kepada kita semua bahawa Lim Guan Eng sememangnya Ketua Menteri cakap tak serupa bikin, penipu, pendusta paling celaka dan pengamal sekatan bersuara sebenar di negara ini. Adakah kerana Tunku Aziz seorang Melayu maka beliau tidak berhak bersuara? Atau tarafnya dalam DAP lebih rendah dari orang Cina yang lain?
Tunku Aziz ialah contoh tipikal Melayu yang dilayan umpama manusia bisu dalam DAP. Dengan sedikit jawatan seperti Naib Pengerusi pun Tunku Aziz tidak berupaya bersuara, bagaimana dengan ahli-ahli biasa yang lain?
No comments:
Post a Comment