Display picture FB dan Twitter yang diedarkan di peringkat global sebagai tanda sokongan masyarakat dunia kepada rakyat Palestin. |
Mogok lapar mungkin satu - satunya pilihan yang ada pada mereka di sana.
Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . al Qaradhawi menjawab :
Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka !
Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka !
Nota : Mereka terseksa setiap saat, dan boleh mati bila-bila masa sahaja, ada yang telah turun 30 kg, bleeding di beberapa bahagian di tubuh, dan gigi pun luruh. Sama-sama kita banyakkan taubat & berdoa untuk ikhwah kita di sana. Tolong sebarkan ke semua group yg ada, ini antara usaha kecil yang boleh kita buat , Perang Media !
Dipetik daripada FB Mahasiswi USM, Saudari Nazurah Mohd Noh, Pengarah Projek Global March To Jerusalem/ Solidariti Palestin Mahasiswa Malaysia Peringkat Utara, USM.
No comments:
Post a Comment