1. Seperti yang SB uar-uarkan
sebelum ini, semalam telah berlangsung Forum Pendidikan Percuma membabitkan
mahasiswa penggemar tiang bendera, Adam Adli dan rakan-rakan malas belajarnya
di USM Kampus Induk, Pulau Pinang.
 |
Adam lalok ketika berhujah? |
2. Namun, apa yang menarik,
semalam juga dilaporkan telah berlangsung satu lagi program mahasiswa anjuran
Persatuan Mahasiswa Islam USM (PMIUSM) di Masjid Al-Khalid Malik. Apa yang
menariknya?
3. Forum Pendidikan Percuma
tersebut dilaporkan dianjurkan oleh Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB) iaitu
sebuah gabungan haram yang menghimpunkan sekumpulan pelajar anti-establishment termasuk
bekas pemimpin pelajar dari PMIUSM sendiri.
4. SB dimaklumkan, kumpulan
mahasiswa ini tidak disenangi oleh PMIUSM sendiri kerana menjadi faktor kepada
kekalahan calon-calon persatuan tersebut dalam pilihanraya kampus (PRK) yang
lalu. Lebih mengecewakan, terdapat segelintir calon yang kalah ini dikatakan
telah beralih arah dengan menyertai MMB yang berideologi sosialis.
5. Salah seorang bekas pemimpin
pelajar yang sebelum ini aktif bersama PMIUSM tetapi telah menyertai MMB turut
dikesan menghadiri Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang yang berlangsung di
Padang Kota pada 24 Mac 2013 yang lepas. Kehadiran beliau itu amat dikesali
oleh pimpinan PMIUSM yang amat totok menyokong PAS.
 |
Dua orang aktivis MMB Cap Ayam dikesan menyokong Barisan Nasional ketika hadir dalam Program Himpunan Rakyat Bersatu Pulau Pinang. |
 |
Lagi aktivis MMB Cap Ayam memakai pengikat kepala yang tertera Jom Sokong BN. |
6. Perseteruan antara PMIUSM dan
MMB bertambah jelas apabila tidak ada wakil utama PMIUSM yang hadir dalam
program MMB semalam. Hanya dua, tiga orang sahaja hadir, itu pun atas kapasiti
sebagai pengikut MMB.
7. Malah, lebih mengejutkan,
mantan Yang DiPertua PMI USM sendiri turut hadir dalam program MMB. Kenapa dia
tak sertai program anjuran PMI di masjid sebaliknya turun dalam program
bersama pendokong sosialisme?
 |
Mantan YDP PMI USM juga hadir dalam forum Pendidikan Percuma. Anehnya, kenapa dia tak turun ke program PMI? |
Untuk ulasan yang lebih pedas dan berbisa,
sila kunjungi blogThe Most Wanted dan Penang Most Wanted. Klik SINI dan SINI.