Pages

Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Friday, 28 November 2014

JANJI KETUM UNTUK TIDAK MENGETUM LAGI

Muka minta ludah ni.
Anwar Ibrahim ibarat melumurkan ludah sendiri ke muka kusamnya apabila meminta penjelasan daripada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak tentang keputusan beliau mengekalkan Akta Hasutan seperti yang diumumkan dalam Persidangan UMNO semalam. 

Menurut Ketua Umum (Ketum) Pakatan Rakyat itu, Najib telah memungkiri janjinya untuk memansuhkan akta tersebut yang dibuat sebelum ini. 

Eh eh.. Engko ni ketum betullah Nuwor. 

Sejak bila Ketum pandai ungkit janji ni? Ketum dah lupa ke janji dia sendiri untuk bersara daripada politik dan menjadi pensyarah di negara Uncle Sam jika Pakatan Rakyat kalah dalam PRU-13 tempoh hari? 

Berapa banyak lagi janji yang Ketum pernah buat tap semua dia langgar? 

1. Janji nak dedah isu black out
2. Janji nak dedah 40k banglas
3. Janji tak bertanding dalam PRK Kajang
4. Janji tak nak jadi MB
5. Janji tak nak meliwat lagi..opss ini antara bini dia je ye kehkehkeh
6. Banyak lagi janji yang akhirnya diketumkan oleh Mr. Ketum ni

Dan macai, selamanya memacai kepada Ketum. 

Tuesday, 4 November 2014

FAHMI ZAINOL KE USM, APA TINDAKAN PIHAK UNIVERSITI?

"Mahasiswa tak patut takut pada pentadbiran universiti. Pentadbiran universiti yang patut takut pada mahasiswa," demikian saranan berbaur hasutan daripada bekas mahasiswa yang gagal menamatkan pengajiannya, Fahmi Reza. 

Setelah bertahun-tahun Fahmi pulang ke tanah air tanpa membayar satu sen pun kos pengajiannya yang dibiayai pihak kerajaan menggunakan wang rakyat, kini dia semakin berani menebarkan idealisme songsangnya lantaran tiada tindakan diambil oleh pihak berkuasa. 

Hasutannya semakin lama semakin berbisa, lebih-lebih lagi dalam menyeru golongan mahasiswa supaya memberontak. Dengan penyataan "mahasiswa tak patut takut pada pentadbiran universiti" ini misalnya, sudah cukup menggambarkan bahawa mereka langsung tidak menghormati institusi menara gading. 

Malangnya, masih banyak boss atasan di universiti awam kita yang enggan 'beraksi' dalam menangkis pencerobohan kumpulan antiestablisment ini. Lebih malang, ada yang bersikap neutral dengan alasan mahasiswa perlu diberikan ruang untuk bersuara!  

Soalnya, sampai bila? Adakah hanya hak mereka ini sahaja yang perlu dihormati? Bagaimana dengan hak majoriti mahasiswa lain yang cintakan keamanan dan keharmonian kampus? 

Insiden di Universiti Malaya baru-baru ini yang melibatkan Presiden Persatuan Mahasiswa universiti tersebut, Fahmi Zainol, sudah sewajarnya dijadikan iktibar untuk semua. Tatkala pihak universiti cuba memilih bersikap neutral, ironinya, pembangkang terus menggasak pagar kampus berkudakan mahasiswa yang cetek akal dan rakus pemikiran. Sikap neutral ini ternyata mengundang padah. 

Namun yang lepas biarkan berlalu. IPTA lain perlu memperkemaskan langkah dan bersedia menerima asakan-asakan yang bakal kunjung tiba. Dalam masa terdekat, khabarnya beberapa IPTA di utara tanah air termasuk Universiti APEX akan 'dicerobohi' kuda-kuda pembangkang ini. Bersediakah anda? 

Thursday, 19 December 2013

ANWAR MENGAMUK DISENARAIKAN PALING POPULAR OLEH GOOGLE??

Kah kah kah... Bukan main gembira para M.A.C.A.I apabila Google mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai individu paling dicari dalam kategori ahli politik bagi tahun 2013.

Mau tak gembira. Pada golongan M.A.C.A.I ni, Anwar Ibrahim memang layak mendapat anugerah tersebut. Sebagai manusia anugerah Tuhan pula, maka pasti pelik sekiranya ada orang lain yang menduduki tempat pertama. Lagi pelik kalau orang itu ialah Najib Razak.

Bertambah ganda gembira bila Google menyenaraikan Najib Razak si seteru utama Anwar di tangga ke-4, jauh ditinggalkan Anwar Ibrahim dan dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat iaitu Lim Kit Siang di tangga ke-2 dan si katak lompat Aspan Alias di tangga ke-3. 

Alahai apalah nasib Najib kini. Sudahlah popularitinya merosot teruk mengikut survey terkini yang dijalankan oleh Merdeka Centre. Kali terakhir sebelum laporan tinjauan terkini dijalankan, Najib mendapat 62% tapi kini, jatuh hingga 52% sahaja. 

Kalau tengok angka-angka ni, memang jelaslah Anwar tengah popular. Tengah mencanak naik orang kata. 

Namun pada SB, taklah pelik pun. Anwar memang meletop habis sepanjang 2013 kerana pelbagai skandal dan isu salah saku seksnya didedahkan. Paling hit barangkali ialah skandal bersama China Doll yang masih belum terjawab hingga ke hari ini. Satu dunia sudah menonton rakaman video sulit perlakuan seks tersebut. 

Secara logiknya, memang logiklah Anwar meletop gedebabom di enjin carian Google. Ini kerana, pengguna internet pasti menggunakan enjin carian ini untuk mendapatkan maklumat tentang skandal China Doll itu termasuk mencari video yang dikeluarkan. 

Sama juga dengan kes-kes lain seperti isu liwat membabitkan bekas pembantu peribadinya sendiri, Saiful Bukhari. Semua info berkaitan isu-isu ini lebih mudah didapati melalui enjin carian Google. Taip sahaja kata kunci Anwar Ibrahim, Liwat, Homoseksual, China Doll dan beberapa lagi perkataan yang berkaitan dengan isu-isu membabitkan Anwar Ibrahim, anda pasti akan menemui sejumlah besar senarai cadangan. Semuanya berkait antara satu sama lain. Popular tak Anwar Ibrahim? Hanya M.A.C.A.I je yang tak percaya sebab mereka hanya mempercayai cakap Anwar Ibrahim sahaja. 

Apa-apa pun, kita terima fakta ini. Anwar memang hebat, popular dan sentiasa dicari. Hebat dengan skandal jantan betina, popular kerana kemunculan video porno dan dicari oleh kaum songsang yang sangap hahahaha... SB tak tuduh ye. SB cuma ulas balik berasaskan isu-isu yang membabitkan Brader Anwar Bin Ibrahim ni je :) 


Tuesday, 29 October 2013

LAGI HUBUNGAN INTIM ANWAR IBRAHIM DENGAN MAHASISWA

Anwar dah ucapkan tahniah kepada Pro-M Universiti Utara Malaysia di atas kemenangan kumpulan tersebut dalam pilihan raya kampus di sana.

Anwar sangat mengambil berat akan perjuangan Pro-M di dalam kampus. Sebarang keputusan membabitkan kumpulan ini dalam mana-mana pilihan raya kampus akan menterjemahkan kekuatan sokongan mahasiswa kepada pembangkang. 

Pihak media konvensional yang memberikan label Pro-Mahasiswa kepada kumpulan dokongan Anwar dan pembangkang ini sepatutnya berhenti menggunakan label tersebut. Label paling sesuai ialah kumpulan mahasiswa propembangkang kerana jelas sekali ia menjadi alat pembangkang di dalam kampus di seluruh negara. 

Sejak akhir-akhir ini kita boleh lihat sendiri kumpulan mahasiswa ini mempunyai hubungan yang cukup akrab dengan pembangkang melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan termasuk dalam pelbagai siri demonstrasi yang diadakan seperti BERSIH dan sebagainya.

Itupun masih ada pemimpin-pemimpin mahasiswa dalam kumpulan ini yang cuba menafikan hubungan mereka dengan pembangkang dengan memberikan alasan mereka bergerak secara bebas tanpa ada campur tangan atau pengaruh mana-mana parti politik pembangkang. 

Thursday, 30 May 2013

PERHIMPUNAN 505 : "WINDING DOWN" DAN "WHAT NEXT"



Sudah lebih dua puluh hari selepas PRU 13, DSAI dan pakar strategist Pakatan Rakyat masih bermain strategi "mind games" mereka iaitu untuk memastikan persepsi bahawa "PR telah di nafikan kemenangan dalam PRU 13 untuk ke Putrajaya" masih tebal dalam minda rakyat Malaysia. Road show perhimpunan 505 masih berlangsung tapi realitinya jumlah kehadiran sudah mula menurun, walaupun DSAI tetap menegaskan "... they were not winding down " (Star 28/5/13). Lojiknya banyak dakwaan DSAI mengenai salah laku dan perlanggaran PRU 13, sedikit-sedikit sudah timbul bukti bahawa dakwaan tersebut adalah tidak benar dan dibuktikan secara sah ianya tidak berlaku, ini sudah tentunya dengan sendiri "teori kemungkinan" yang dibina oleh DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat juga sedikit-sedikit menjadi "teori palsu" dan "teori tidak benar". Mungkin kerana ini juga ramai peminat PRU 13 dan peminat yang termakan "persepsi" DSAI dan Pakatan Rakyat, juga mungkin yang sangat "anti UMNO dan BN" sudah mula sedar bahawa tindakan mereka sekali lagi telah “diperbodohkan” oleh DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat, oleh itu mereka mula untuk menjauhi 505 .

Bila ditanya persoalan ini DSAI menjawab - "But we also realise people want to move beyond rallies and we are discussing what we need to do next" -   ( Star 28/5/13). Maknanya DSAI sendiri sudah pun merasai "perhimpunan 505" sudah pun "winding down" kerana DSAI sedang memikirkan "what next" dan "beyond rallies" . Oleh itu menjadi satu perkara penting dan wajib untuk para strategist BN yang belum selesa walaupun sudah mendapat kemenangan pada PRU 13, untuk mencari makna "we are discussing what we need to do next", dan membaca minda DSAI. Sudah tentu kenyataan DSAI ini, menunjukkan bahawa DSAI masih cuba bermain "mind games" dalam agendanya. Pastinya para strategist Pakatan Rakyat sedang berfikir untuk merangka satu strategi baru selepas mereka mencuba dengan strategi 505, yang ternyata telah gagal "mengerakkan mass movement".

Para strategist BN pada kali ini perlu mengunakan strategi "attack" bukan lagi strategi "defensif" . Sudah lebih 20 hari para strategist BN dalam keadaan dibelasah oleh strategi Pakatan Rakyat dengan pembinaan persepsi seolah kerajaan BN adalah kerajaan yang tidak sah dan yang berhak adalah Pakatan Rakyat. Para strategist BN juga diprovok dengan penuh emosi, dengan tujuan supaya para strategist BN melatah dan goyah. Dalam suasana ini, kuasa ALLAH SWT menjadi penentunya, atas kesabaran dan percaya serta yakin pada kebenaran, akhirnya satu-satu strategi "pembohongan" dan "penipuan" yang dibina atas strategi "PERSEPSI" telah terbukti "tidak berlaku dan tidak benar" dakwaan-dakwaan tersebut . Akhirnya para strategi Pakatan Rakyat dan DSAI mengaku "but we also realise people want to move beyond rallies ..." . Oleh itu mereka sedang merangka "what next".


Apa agaknya dalam minda DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat? Mungkin mereka masih mahu bermain "mind games" dan tetap mengunakan strategi pembinaan "persepsi" dan strategi "provokasi". Oleh itu para strategist BN patut boleh membaca minda DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat. Seterusnya boleh menjangka apakah "what next"?



Mungkin boleh kita membuat andaian dan jangkaan "what next" . Ada teori kata mungkin DSAI akan membuat "rally yang lebih besar" tetapi amat mengharapkan sokongan mungkin dari pelajar-pelajar Universiti dan juga masyarakat di luar bandar, yang kurang dan tidak kelihatan dalam penghimpunan 505. Oleh itu kita boleh jangka kemungkinan para strategist Pakatan Rakyat akan fokaskan kepada membina persepsi yang boleh menarik minat kumpulan pelajar Universiti dan juga masyarakat di luar bandar. Kemudian mereka akan diprovokkan untuk bersama dalam "rally" ini. Tetapi ini hanya teori kemungkinan saja, tetapi peratusannya agak tinggi kerana minda DSAI amat lebih kecenderungan ke arah ini.

Ada juga teori yang mengatakan DSAI juga sudah habis modal strategi nya walaupun strategi Pakatan Rakyat adalah sentiasa "attack" tetapi oleh kerana kekebalan strategi BN, BN berjaya menghalang semua strategi Pakatan Rakyat hingga PRU 13 menyebelahi BN untuk terus berada di Putrajaya. Oleh itu DSAI terpaksa menguna dan mencari strategi baru dan DSAI pastinya akan kembali ke "drawing board" untuk terus berfikir. Teori ini bukan membuktikan para strategist BN telah menang dalam peperangan dengan Para Strategist Pakatan Rakyat. Tetapi ia hanya satu strategi  test market" sementara  yg dibuat oleh para strategist Pakatan Rakyat. Selepas itu mereka mungkin akan melangkah ke depan dengan strategi yang lebih hebat dan mantap lagi,yang pastinya para strategist BN akan terus di asak dengan lebih hebat lagi. Oleh itu para strategist BN perlu lebih bersedia untuk babak seterusnya .

Secara kesimpulannya, babak pertama DSAI sedang berjalan dan juga sudah " winding down " dan pastinya babak kedua akan di mulakan pada bila-bila masa saja . DSAI dan para strategist Pakatan Rakyat sudah mula bersedia . Walau apa pun strategi DSAI dalam " what next " , pesanan Tun Daim Zainuddin mungkin boleh menjadi penawar strategi BN dan menjadi racun kepada para strategist Pakatan Rakyat , kata Tun Daim - " it's a serius business electing a goverment,so let's leave this clown's( Anwar's) strategy alone and not play to his game " . Oleh itu " what next " DSAI juga mungkin akan gagal sekiranya para strategist BN boleh membaca apa dalam minda DSAI dan bersedia dengan perisai yang lebih terancang dan sistematik kerana rakyat sudah bosan dengan strategi " penipuan " dan " pembohongan " yang di lakukan oleh para strategist Pakatan Rakyat .


Artikel disediakan oleh Pak Zad. Kunjungi blog beliau di Sembang Pak Zad untuk mendapatkan lebih analisa politik semasa.

Wednesday, 15 May 2013

OBAMA TIDAK IKTIRAF KEMENANGAN NAJIB?



He he.. Anwar je yang belum boleh terima kekalahannya. Tambah meroyanlah lepas ni. Mungkin Obama pula akan dituduh kena beli dek UMNO.

Thursday, 9 May 2013

HIMPUNAN SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT - 15 INTIPATI UCAPAN ANWAR YANG BAHAYA



1. 52% rakyat Malaysia menyokong Pakatan Rakyat berdasarkan statistik jumlah undi keseluruhan yang diterima dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.

2. Sokongan yang diterima oleh Pakatan Rakyat di Perak sahaja mencecah 55%.

3. Melayu, Cina, India, Bumiputra Sabah dan Sarawak telah memilih Pakatan Rakyat mahu Barisan Nasional tumbang.

4. Rakyat perlu bangkit menentang pembohongan yang dilakukan oleh Barisan Nasional.

5. Rakyat menolak kerajaan Barisan Nasional yang baru dipilih pada 5hb Mei 2013 yang lepas.

6. ‘Tsunami’ merangkumi seluruh kaum di Malaysia, bukan kaum Cina sahaja.

7. Harga barang akan naik dalam masa terdekat selepas Barisan Nasional kembali berkuasa.

8. Pakatan Rakyat akan menyelesaikan pembohongan Barisan Nasional dengan suara rakyat sehingga kemenangan tiba.

9. Mengumumkan Pakatan Rakyat telah menang.

10. Berjanji tidak akan berundur dan akan terus melawan Barisan Nasional bersama rakyat.

11. Harga minyak tetap akan diturunkan apabila Pakatan Rakyat menubuhkan kerajaan.

12. Cukuplah UMNO dan Barisan Nasional memperbodohkan rakyat.

13. UMNO dan Barisan Nasional layak digelar Tipu Segala Tipu.

14. Menggesa rakyat memakai baju hitam pada setiap hari Sabtu sebagai tanda protes.

15. Akan meneruskan gerakan Reformasi sehingga Barisan Nasional tumbang.

Wednesday, 8 May 2013

BUKTI KENAPA ANWAR LEBIH LAYAK JADI PERDANA MENTERI

Agak menarik apabila penyokong-penyokong Pakatan Rakyat cuba menggunakan hujah baru selepas mereka gagal memanipulasi minda orang ramai dengan isu-isu seperti pengundi hantu, IC, dakwat kekal dan blackout.

Kali ini, mereka guna pula modal jumlah undian yang diakui, memang memihak kepada Pakatan Rakyat secara keseluruhan. Atas dasar tersebut, mereka mendakwa Pakatan Rakyat lebih layak membentuk kerajaan kerana lebih popular berbanding Barisan Nasional.

Ironinya, mereka tidak nyatakan bahawa sistem pilihan raya di Malaysia tidak sama seperti di Indonesia atau Amerika Syarikat. Kita di sini memilih parti untuk memerintah, bukan memilih individu untuk diangkat menjadi Perdana Menteri seperti Pilhan Raya Presiden Amerika Syarikat.

Dalam sistem kita, undi popular bukanlah perkara yang diutamakan. Kita hanya memilih wakil rakyat yang bertanding mewakili parti-parti tertentu, manakala ketua kepada parti-parti ini yang akan dipilih secara tidak langsung menjadi Perdana Menteri selepas diperkenankan oleh Yang DiPertuan Agong. 

Ketua kepada parti-parti tersebut yang dilantik menjadi Perdana Menteri pula tidak semestinya mendapat undi yang popular bagi mengesahkan kelayakan beliau selaku Perdana Menteri Malaysia.

Apa-apa pun, keputusan sudah diperolehi. Rakyat sudah memilih parti mana yang layak membentuk kerajaan sekaligus memilih Perdana Menteri yang menjadi harapan dan impian rakyat Malaysia.


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PRU 13 : CUKUP CUKUP LA SUDAH " BLAMMING GAME " ANWAR IBRAHIM ,TERIMA AJE KENTENTUAN ALLAH SWT ,YANG TIDAK IZINKAN PAKATAN RAKYAT KE PUTRAJAYA.




PRU 13 sudah tamat dan keputusan juga telah diketahui. BN ditentukan oleh ALLAH SWT untuk menang untuk kekal di Putrajaya.

PR pula ditentukan oleh ALLAH SWT untuk tidak diizinkan ke Putrajaya.

Kita perlu kembali kepada kepercayaan "Qada dan Qadar" yang telah tertulis siapa yang ALLAH SWT telah tentukan.

ALLAH SWT telah tentukan NAJIB sebagai PM (pemimpin Malaysia). Manakala ANWAR telah ALLAH SWT tentukan untuk terus menjadi Pemimpin Pembangkang.

Ini adalah ketentuan yang dibuat oleh ALLAH SWT bukan nya kita sebagai manusia tentukan.

ANWAR perlu muasabah dan munajat diri, serta bersyukur kerana ALLAH SWT masih memberi rezeki kepadanya.

ANWAR dan PR masih menang dengan pertambahan kerusi dan masih menjadi kerajaan di beberapa negeri.

Jadilah seperti NAJIB yang masih bersyukur walaupun BN menang dengan prestasi yang menurun .

Bersyukurlah ANWAR, kerana KARPAL dan DAP serta PAS pun sudah iktiraf dan menerima "verdict" rakyat PRU 13.

Kenapa perlu kamu (ANWAR)  mengajak rakyat untuk sekali lagi membuat "verdict" secara tak sah .

ANWAR (kamu) masih perlu bermain "mind games" dan masih perlu bermain "persepsi" dengan rakyat .

Apa yang kamu (ANWAR) tak puas hati dengan keputusan PRU 13 ?

Tak puas hati kerana DAP sekarang menjadi dominan dalam PR kerana menang 38 kerusi Parlimen?

Ataupun tak puas hati kamu (ANWAR) tentang prestasi yang menurun undi majoriti di PERMATANG PAUH kerana diancam oleh Dr Mazlan calon BN di sana?

Ataupun kamu (ANWAR) malu pada kepimpinan DAP dan PAS dan para peminat kamu (ANWAR) kerana selama ini kamu (ANWAR) rasa kamulah paling popular dalam politik Malaysia.

Ataupun kamu (ANWAR) rasa tercabar dan malu kerana kewibawaan kamu (ANWAR) telah mula menurun dan ini menyebabkan rakan-rakan luar negara kamu (ANWAR) akan lari meninggalkan kamu (ANWAR).

Ataupun kamu (ANWAR) masih mahu untuk bermain strategi untuk terus menjadi relevan dan mahu kamu (ANWAR) sentiasa berada dalam minda rakyat, walaupun rakyat sudah membuat "verdict."

Yang jelas ANWAR, rakyat sudah muak dengan permainan "gila kuasa" kamu (ANWAR).

Rakyat dan pengundi sudah matang dan mereka tahu realitinya.

Walaupun ANWAR mengajak rakyat untuk turun membuat protes atas dakwaanPRU 13 penuh penipuan, TETAPI :

Rakyat dan pengundi PRU 13 ( 13 juta ) tidak sebodoh itu.

Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan kenapa DAP menang besar dan masih kuat untuk terus memerintah Pulau Pinang?

Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan kenapa PAS menang besar dan masih kuat untuk terus memerintah Kelantan?

Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan kenapa PAKATAN RAKYAT menang besar di dan kekal kuasa di Selangor?

Rakyat boleh berfikir - sekirannya ada penipuan kenapa prestasi DAP dan PAS meningkat di banyak negeri?

Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa KARPAL dan DAP telah menerima "verdict" rakyat PRU 13?

Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa Mustapa dan PAS juga terima keputusan "verdict" rakyat PRU 13?

Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa prestasi BN turun merudum terutama MCA dan Gerakan?

Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa ada para Menteri dan Ketua Menteri/Menteri Besar serta Timbalan Menteri BN yang tewas?

Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa ramai pemimpin yang menjadi Ketua komponen BN yang tewas?

Rakyat boleh berfikir - sekiranya ada penipuan, kenapa DAP menang di bandar-bandar?

Rakyat boleh berfikir - bahawa persoalan di atas dihasilkan melalui satu sistem pilihanraya yang sama dan mengikut undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen dan diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya  Malaysia (SPR), bukan dari sistem yang berbeza dan SPR yang sama.

Jadi rakyat tahu, ANWAR sudah keterlaluan dalam "mind games" yang pada masa ini emosinya lebih besar daripada rasionalitinya.

Rakyat tahu - Anwar sudah tidak rasional.

Rakyat tahu - Anwar sudah amat kecewa kerana tidak dapat menjadi PM.

Rakyat tahu - Anwar sudah tewas pada Guan Eng, Karpal Singh, Lim Kit Siang dan Hj Hadi dari segi wibawa.

Rakyat tahu - Anwar akan kehilangan "popularitinya.”

Rakyat tahu - Anwar masih mahu bermain "games" yang sama macam 1997 selepas Anwar di pecat oleh Dr M.

Rakyat tahu - Anwar sedang mengunakan dakwaan isu SPR dan isu penipuan sebagai agenda untuk membawa rakyat untuk "protes."

Rakyat tahu - Anwar sedang cuba untuk mempergunakan rakyat untuk memenuhi perasaan kecewanya.

Oleh itu rakyat pastinya sudah muak dengan cara Anwar ini dan pastinya rakyat pada kali ini tidak akan bersamanya.

Sekiranya Anwar betul - kenapa Presiden Obama telah mengiktiraf Najib?

Sekiranya Anwar betul - kenapa PM Singapura juga telah mengiktiraf Najib?

Sedangkan semua rakyat tahu Amerika dan Singapura antara rakan-rakan baik diplomatik Anwar.

OLEH ITU SEMUA RAKYAT MALAYSIA, KITA PERLU BERFIKIR SECARA RASIONAL BUKAN EMOSIONAL, KENAPA PERLU KITA DIPERALATKAN LAGI OLEH AGENDA ANWAR? YANG ADA DI DEPAN KITA TELAH DITENTUKAN OLEH KEPUTUSAN PRU 13 DENGAN LEBIH 80 % YANG MENGUNDI. APA LAGI YANG TIDAK ADIL? BOLEHKAH LEBIH 80 % PENGUNDI SENANG DI TIPU BEGITU. CUKUP-CUKUPLAH ANWAR, RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN CARA POLITIK YANG TIDAK DEMOKRATIK. NAK JUGA MENANG ANWAR PERLU TUNGGU PRU 14. SEMOGA MAJORITI RAKYAT TIDAK TURUN UNTUK BERPROTES SEPERTI YANG ANWAR MAHU. KITA TERUS BERDOA KEPADA ALLAH SWT AGAR NEGARA KITA YANG DISAYANGI AKAN TERUS TERPELIHARA KEAMANAN DAN KESTABILANNYA, AMIN.


Artikel ini ialah hasil tulisan Pak Zad. Kunjungi blog beliau di Sembang Pak Zad untuk mengikuti lebih banyak analisa PRU-13. Klik SINI.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Saturday, 4 May 2013

PRU 13 : SIRI 16 ( PERMAINAN PERSEPSI SEBAGAI SATU STRATEGI PECUTAN TERAKHIR DSAI DAN PARA STRATEGIST PAKATAN RAKYAT )




Kurang dari 12 jam lagi, para pengundi akan mula mengundi untuk PRU 13. Provokasi dari PR telah bermula atas dasar perasaan "takut" kepada kekalahan. DSAI telah mula strategi "attack" SPR dan Kerajaan atas dakwaan membawa pengundi "bukan warganegara" untuk mengundi dan juga dakwaan membawa masuk pengundi Sabah dan sarawak untuk mengundi kawasan-kawasan di Semenanjung dengan kerajaan menyewa kapal terbang MAS untuk membawa masuk para pengundi ini. Kata DSAI, PR ada bukti yang boleh menjadi sumber sebagai sesuatu yang sah. Walaupun dakwaan DSAI adalah terlalu tidak rasional dan DSAI masih bermain strategi lama iaitu membina satu provokasi melaui persepsi untuk menarik para pengundi untuk mempercayai PR telah dinafikan hak mereka untuk menang dan BN telah bermain strategi kotor. Kata Ezam - "Ini semua berkaitan persepsi, ia adalah permainan persepsi. Anwar adalah 'sifu' dalam perkara ini, bukannya soal kebenaran. Masa saya dengan (memegang jawatan Setiausaha Politik Anwar), peraturan pertama (Anwar) ialah membina persepsi "dan kata Ezam lagi" - Anwar membina persepsi kata BN buat penipuan, menghilangkan krebiliti SPR dan buat rakyat hilang keyakinan kepada SPR" (Berita Harian 4/5). Ini adalah strategi DSAI pada saat ini.

DSAI pada masa saat-saat akhir ini telah hilang idea ataupun sudah kekeringan strategi. Oleh itu DSAI dan Para Strategis PR terpaksa recycle strategi lama ini untuk mengelirukan pengundi dan strategi untuk mendapatkan simpati pengundi. Pada realitinya pada masa sekarang DSAI dan kepimpinan PR dalam keadaan "desprate" dan terdesak kerana "mode" para pengundi tidak lagi mengundi berdasarkan "emosi" tetapi mengundi secara "rasional." Mode inilah yang sangat ditakuti oleh DSAI dan para strategi PR. Bagi mereka selagi pengundi mengundi berdasarkan emosi selagi itu mereka senang untuk bermain "mind games" dengan para pengundi. Tetapi sekiranya para pengundi dalam keadaan mengundi secara "rasional,"  Pakatan Rakyat akan pastinya kalah dalam PRU-13. Kata Ezam (bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan) - "Yang tidak terkejut dengan dakwaan itu, Anwar terdesak kerana mula risau kemungkinan akan kalah pilihanraya kali ini." Sehubungan itu kata Ezam lagi - "Anwar membuat tuduhan bagi membangkitkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan SPR sekiranya keputusan PRU 13 tidak memihak kepada Pakatan pembangkang" (Berita Harian 4/5). Ini adalah "mind games" DSAI pada masa ini.

Oleh  itu dalam masa kurang 12 jam sebelum hari mengundi, DSAI, GE dan para strategis PR akan mengunakan semua medium media untuk membina "emosi" yang BN telah dan akan bermain "kotor" dalam PRU 13. Permainan membina "emosi" ini, akan dibuat dengan mengunakan keadah "blaming game." PR akan terus menyatakan "isu" yang mempersoal perkara-perkara yang atau sedang berlaku seperti "pengundi bukan warga negara" dan isu "bawa pengundi Sabah dan Sarawak untuk mengundi di Semenanjung." Atau mungkin juga mula untuk "provok" SPR dalam SOP ataupun TOR SPR contohnya isu "dakwat."  Strategi DSAI dan PR ialah untuk menimbulkan ketidakyakinan pengundi kepada pengurusan pilihanraya ini. Kata Ezam (bekas Setiausaha Politik DSAI) - "Jika Anwar jujur beliau sepatutnya membuat laporan kepada pihak berkuasa dan SPR. Sebaliknya, beliau memaklumkan kepada media. Kenapa terus (maklum) kepada media. Ini kerana mahu membina persepsi" (Berita Harian 4/5). Kata Ezam lagi - "beliau percaya akan lebih banyak perkara dilakukan Anwar menjelang hari pengundian, semata-mata bagi membina persepsi" (Berita Harian 4/5).

Menjelang hari mengundi yang kurang dari 12 jam lagi, kata  Najib (Perdana Menteri Malaysia) - "Yakin kepimpinan pembangkang kini gementar apabila sokongan majoriti rakyat makin BERALIH kepada Barisan Nasional (BN). Senario makin BERUBAH apabila BN dapat menangani masalah di beberapa kawasan seperti Parlimen Maran dan Permatang Pauh, malah Pulau Pinang juga sudah BERALIH kepada BN" (Berita Harian 4/5). Impaknya DSAI dan Para Strategi PR terpaksa kembali ke "drawing board" untuk mula mencari strategi baru untuk kembali berfikir bagaimana untuk menarik semula pengundi kepada PR di saat akhir ini. Oleh iti DSAI dan para strategist PR terpaksa kembali menggunakan "strategi membina persepsi" yang terpaksa di-recycle semula.

Kata Najib lagi - "Anwar (DSAI) gementar ketika ini. Di Marang (Dato Seri Hadi Awang) pun dah takut sebab dia dah tak ramai penyokong sekarang. Mursyidul Am PAS (Datuk Nik Aziz Nik Mat) di banyak tempat pun dia tak boleh dapat sokongan dan Lim Kit Siang (Penasihat DAP), rakyat Johor tak suka" (Berita Harian 4/5).  Oleh itu tidak hairan lah DSAI, GE, LKS dan Hadi serta para strategist PR sedang berusaha untuk mengunakan" Strategi balas "supaya mereka tidak berkedudukan" defensif tetapi untuk kembali dalam strategi "attacking" di hujung kempen PRU 13. Pakatan Rakyat pada masa ini sedang cuba membuat pecutan terakhir sedangkan BN sudah pun berada di hampir ke garisan penamat. Walau bagaimanapun permainan masih belum tamat dan BN harus bersiap sedia untuk terus "bersedia dengan strategi terakhir untuk kekalkan kedudukan yang amat selesa ini, yang penting BN perlu akur bahawa DSAI adalah seorang "fighter" yang tidak mudah mengaku kalah.

Yang penting pada masa ini ialah - "rakyat kena berjaga-jaga supaya jangan termakan dengan perkara ini (persepsi yang di bina oleh DSAI). Jika sayangkan negara, kita jangan terjebak dengan permainan politik murahan ini. Rakyat perlu percayakan kepada SPR" (Ezam, Berita Harian 4/5). Ini kerana "bullet" terakhir DSAI dan para strategis PR akan menghala kepada SPR yang akan menguruskan  PRU 13. Pastinya SPR akan menjadi "punching bag" oleh DSAI dan PR. Oleh itu SPR perlu bersedia untuk "menghadapi" strategi Pakatan Rakyat ini .

Sebagai pesanan untuk rakyat Malaysia dan para pengundi PRU 13, kita renung kata-kata Datuk Seri Najib - "Firstly, there need to make a wise judgment on who they will vote for. They have to make their decision with a rational mindset after taking everything into account, on who is the most trustworthy in determining their future, where they  can have the confidence to say tommorrow will be better than today. Secondly, dont forget to go out and vote. Don't be scared. There's simply a psychology (war) of fear (by irresponsible parties). If we succumb to this, it will mean those who responsible for (creating distrust) will succeed." (Najib NST 4/5).


Artikel ditulis oleh Pak Zad. Untuk mengikuti tulisan-tulisan beliau yang lain, kunjungi blog Sembang Pak Zad di SINI

Thursday, 2 May 2013

EZAM ISYTIHAR SOKONG ANWAR MALAM INI

InsyaALLAH, malam ni di Permatang Pasir, kita gegarkan lagi kubu Anwar Ibrahim.


Esok malam, kita bersama Tun Mahathir pula.


#P.044PermatangPauh
#PermatangPauh4Dr.Mazlan

Tuesday, 30 April 2013

FOTO DR. MAZLAN YANG DIBIMBANGI ANWAR KINI TERSEBAR

Ini gambar Dr. Mazlan Ismail, calon BN Parlimen Permatang Pauh yang sedang menyampaikan khutbah di sebuah masjid di kawasan beliau.

Gambar ini sebenarnya sudah cukup untuk menjelaskan keperibadian unggul Dr. Mazlan yang sukar disanggah oleh sesiapa khususnya para penduduk Permatang Pauh sendiri. Anak tempatan, boleh jadi imam dan pemimpin masyarakat sekaligus. Bukan setakat pencapaian akademik yang tinggi, tetapi juga akhlak, syariat dan akidahnya juga cukup terpuji.

SB dimaklumkan, jentera Anwar di Permatang Pauh mati akal untuk melawan kempen Dr. Mazlan ketika ini. Imejnya yang bersih dan senang didampingi penduduk kampung hingga digelar "calon orang kampung kita" oleh masyarakat setempat ternyata telah merencatkan sebahagian besar perancangan kempen PKR yang diatur sebelum ini.

Perkembangan ini juga telah mengganggu program jelajah Anwar Ibrahim ke seluruh negara hingga mendorong beliau pulang lebih awal ke Permatang Pauh bagi menaikkan semula momentum PKR menjelang hari pengundian yang tingga kurang 5 hari sahaja lagi.

Buat penyokong PAS, jika anda benar-benar mahukan Islam, buktikan sekarang dengan menyokong Dr. Mazlan sepenuhnya. Tidak ada sebab lagi untuk anda menolak Dr. Mazlan kerana beliau memiliki segala kualiti yang diperlukan oleh seorang pemimpin Melayu Islam di Permatang Pauh.

Ingat tiga perkara ini dan bandingkan dengan Anwar. Akhlak, syariat dan akidah. Siapakah yang lebih berkualiti?

PANAS!! KENAPA QARDHAWI PILIH NAJIB, BUKAN ANWAR??



"Allah may shower his blessings and mercy upon Najib in discharging his responsibilities to pursue the goals of progress, stability and security for the people in Malaysia and worldwide"

Demikian petikan doa yang dipanjatkan oleh ulamak tersohor abad ini, Dr. Yusuf al-Qardhawi untuk Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak seperti yang disiarkan oleh portal berita berpengaruh The Australian Post pada 13 Mac yang lalu.

Portal berita tersebut antara lain melaporkan transisi sokongan Qardhawi daripada memihak kepada Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak menjelang PRU ke-13 ini. 

Anehnya, laporan berita ini sama sekali bertentangan dengan dakwaan oleh Anwar kononnya tokoh ulamak tersebut menyokong beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Malah ia turut disanggah oleh bekas pemimpin PAS dan bekas sahabat Anwar Ibrahim, Datuk Dr. Hasan Ali yang memberikan amaran bahawa Anwar akan menyebarkan risalah palsu yang kononnya berisi pengisytiharan sokongan terbuka Qardhawi kepada beliau dalam PRU ke-13 ini.

Menurut Hasan Ali, satu juta risalah itu telah sedia diedarkan kepada rakyat Malaysia khususnya  orang Melayu sebagai peluru terakhir Anwar Ibrahim dalam kempen PRU kali ini.

Nampaknya Anwar cukup terdesak untuk memenangi pilihan raya umum ini hingga tergamak mempergunakan nama baik tokoh ulamak yang disegani dunia. Adakah kita sanggup membiarkan manusia pelbagai wajah ini menipu kita lagi?

Para pengundi Permatang Pauh seharusnya membuka mata luas-luas. Anda tidak layak dipimpin oleh manusia pendusta besar bernama Anwar Bin Ibrahim ini. Anda berhak mendapat pemimpin yang lebih bagus dan alim.



INILAH SEBAB KENAPA ANWAR TERPAKSA PULANG AWAL KE PERMATANG PAUH

Nampaknya perjuangan Dr. Mazlan menentang kebatilan Anwar Ibrahim semakin dipermudahkan oleh Allah SWT. 

Permatang Pauh yang selama ini dianggap sebagai kubu kuat Anwar Ibrahim, kini bukan lagi tempat yang selamat untuk beliau berlindung. 

Terbaru, sekumpulan lebih 1000 orang ahli PKR Permatang Pauh daripada kaum India mengisytiharkan keluar parti beramai-ramai sekaligus menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional dan calonnya, Dr. Mazlan bin Ismail. Rujuk foto-foto di bawah dan klik SINI untuk laporan bergambar selanjutnya.



Patutlah Anwar terpaksa memendekkan jelajah pembohongannya ke seluruh negara. Keadaan di Permatang Pauh sendiri sudah tidak terkawal.

Info dari beberapa buah kem PKR Permatang Pauh juga menunjukkan Anwar Ibrahim sangat goyah kali ini. Kebanyakan jentera yang beroperasi turut mula merasai tempias kebangkitan Barisan Nasional di seloroh pelosok Permatang Pauh terutamanya di kampung-kampung dan kawasan pinggir bandar.

Salah seorang petugas sebuah bilik gerakan PKR di Taman Pauh Jaya yang SB temui sewaktu membuat tinjauan lewat malam semalam juga memberitahu bahawa mereka semua tidak menyangka BN akan mengetengahkan Dr. Mazlan Ismail sebagai calon kerana beliau sangat dikenali dan disenangi oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Jelas mereka, pencalonan Dr. Mazlan sebenarnya telah banyak menyukarkan gerakerja kempen mereka kali ini berbanding dalam siri pilihan raya umum sebelum ini.

Hal ini berbeza sama sekali dengan para penyokong Barisan Nasional yang sememangnya akan menyokong penuh sesiapa sahaja calon yang diketengahkan bagi menentang Anwar Ibrahim. Justeru pemilihan Dr. Mazlan sebagai calon dianggap sebagai bonus berganda kepada Barisan Nasional kerana beliau berpeluang cerah meraih undi daripada penyokong-penyokong PAS dan undi wajib daripada penyokong-penyokong Barisan Nasional sendiri.


Monday, 29 April 2013

5/34 PENGHINAAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP PAS


"Kerjasama antara PAS dan DAP jelas mengkhianati perjuangan orang Melayu dan boleh mencetuskan perpecahan kaum."

Sejarah kebencian melampau Anwar terhadapa PAS sebenarnya sudah lama dicatatkan. Pada 21 April 1995, ketika dalam satu majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Gombak, Anwar mencela PAS berulang kali rentetan kerjasama yang diwujudkan oleh parti tersebut dengan DAP.

Anwar yang ketika itu merupakan pemimpin Nombor 2 UMNO sangat keras menolak usaha PAS bergabung dengan DAP menentang Barisan Nasional yang disifatkan hanya memecahbelahkan orang Melayu dan rakyat Malaysia amnya.

Anehnya, hari ini, Anwar bersama PAS turut menjalin kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Nyanyuk barangkali, atau Anwar tiada pilihan lain untuk kembali berkuasa? 

Percaya atau tidak, setiap apa yang diperkatakan oleh Anwar Ibrahim itu sedang menjadi kenyataan pada hari ini selepas beliau menjalin kerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat. Orang Melayu semakin berpecah-belah. Paling merugikan tentunya perjuangan Islam yang selama ini dikendong oleh PAS.

Manusia pelbagai wajah ini wajar ditolak. Rakyat Malaysia mahu tolak beliau, tetapi pengundi-pengundi Permatang Pauhlah yang mempunyai kuasa dan hak untuk menjayakan hasrat ini. Anda mesti tolak Anwar. Ahli-ahli PAS jangan fikir panjang lagi, berikan undi anda kepada Dr. Mazlan bin Ismail!

4/34 PENGHINAAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP PAS


"Saya melihat memperjuangkan Islam menerusi UMNO dan bertanding dalam pilihan raya tahun 1982. Saya telah membuat keputusan yang bijak dengan tidak memilih PAS. Pendekatan dakwah dan politik Islam amalan PAS boleh menjatuhkan kesucian agama."

Ucapan di atas dibuat oleh Anwar Ibrahim di hadapan sekumpulan kakitangan awam di PWTC pada 11 April 1995. Ketika ini Anwar sedang berada di puncak kegemilangan karier politiknya bersama UMNO dan Barisan Nasional. 

Justeru tak hairanlah Anwar dengan selambanya menyindir dan menghina PAS yang ketika itu bukanlah parti yang kuat dan teguh.

Namun, selepas dipecat dan ditendang keluar dari UMNO, Anwar terpaksa menagih simpati dari PAS pula.

Dalam hal ini, siapa yang tertipu? PAS atau Anwar? 

Sebenarnya, bukan Anwar dan bukan PAS yang tertipu. Yang sebenar-benarnya ditipu dan tertipu ialah rakyat. Kita ditipu oleh Anwar yang kononnya dizalimi oleh Tun Dr. Mahathir. Kita juga ditipu oleh PAS kerana selama ini PAS sering mengutuk Anwar.

PAS mengambil peluang dari pemecatan Anwar dengan menyokong perjuangan reformasi manusia pelbagai wajah itu dengan harapan mereka dapat menumpang keuntungan daripada simpati rakyat terhadap Anwar. Sedang Anwar pula menggunakan pengaruh PAS sebagai sebuah parti yang konsisten menentang UMNO untuk membina semula pengaruh politiknya yang tercemar teruk.

Walaupun begitu, Anwar sebenarnya tidak pernah menyertai PAS sebaliknya hanya menggunakan parti tersebut untuk kepentingan peribadinya. Anwar tidak senang dengan agenda perjuangan Islam PAS. Anwar tahu, kalau PAS berkuasa, dia tidak boleh lagi menjalankan aktiviti songsangnya dengan mudah di negara ini kerana rahsianya turut berada dalam tangan pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.

Masihkah anda ingat kenyataan oleh Mat Sabu yang menggelarkan Anwar Ibrahim sebagai Al-Juburi? Masihkah anda ingat bagaimana ghairahnya Karpal Singh menuduh Anwar sebagai seorang homoseksual dan peliwat di Parlimen?

Hari ini, orang yang paling lantang menghina PAS rupa-rupanya ialah sahabat paling disayangi oleh Tok-tok Guru dalam PAS sendiri.

Kenapa? Sebab kuasa!

2/34 PENGHINAAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP PAS


"Fahaman dan amalan sesetengah tokoh utama PAS telah menghakis minat saya untuk berjuang memajukan umat Islam menerusi parti itu."

Bukan sekali dua sebenarnya Anwar menghina dan mengkeji PAS. Ia berlaku ketika Anwar masih tercari-cari wadah politiknya sendiri dan kekal selama beliau berada dalam UMNO. Anehnya, budaya politik hina menghina itu dituduh sebagai budaya UMNO meskipun  individu yang memulakan budaya tersebut kini tidur sebantal dengan PAS!

Petikan kata-kata di atas juga diucapkan oleh Anwar ketika menyampaikan taklimat khas kepada kakitangan awam di PWTC pada 11 April 1995.

Dalam ucapannya ini, Anwar jelas sekali menyentuh keperibadian tokoh-tokoh ulamak dalam PAS termasuk Tuan Guru Nik Aziz dan Hadi Awang yang hari ini begitu kuat menyokong cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri.

Sebab itu SB tak pelik kenapa Anwar enggan menyertai PAS sehingga ke hari ini sebaliknya lebih selesa berjuang dalam kalangan pendokong liberalisme dan pluralisme akidah dalam PKR.

Sampai bilakah PAS hendak diperbodohkan oleh manusia pelbagai wajah ini?

Kepada pengundi-pengundi PAS Permatang Pauh, inilah masanya untuk anda menghukum Anwar Ibrahim!

1/34 PENGHINAAN ANWAR IBRAHIM TERHADAP PAS


"Saya tidak memilih PAS sebagai wadah perjuangan kerana parti ini mengamalkan pendekatan Islam yang kasar dan gopoh"

Petikan kata-kata Anwar Ibrahim ini diambil daripada ucapan beliau ketika menyampaikan taklimat  khas kepada kakitangan awam di PWTC pada 11 April 1995.

Sehingga kini, Anwar sebenarnya konsisten mempercayai PAS mengamalkan pendekatan kasar dan gopoh seperti yang dimaksudkan beliau pada tahun 1995 itu iaitu ketika beliau masih dalam kabinet kerajaan Barisan Nasional. 

Anehnya, PAS masih percaya kepada Anwar. Pimpinan utama PAS terutamanya Nik Aziz kekal menyanjung manusia pelbagai wajah ini meskipun pelbagai penghinaan sudah dilemparkan terhadap mereka.

Anwar boleh memilih menyertai PAS sebaik dipecat dahulu tetapi kenapa beliau memilih jalan yang lebih liberal bersama Parti Keadilan Nasional (KeAdilan) atau PKR ketika ini?

Ini kerana Anwar tahu PAS tidak boleh menyokong wadah perjuangannya yang lebih bersifat peribadi dek kerana sikap jumud melampau sesetengah pemimpin dan pengikut PAS sendiri dalam berpolitik.

Bijaknya Anwar kerana beliau berjaya menarik PAS menyertai perjuangan peribadinya itu walaupun tanpa perlu menjadi ahli PAS secara langsung. 

Jadi siapa yang terkena?

Saturday, 27 April 2013

PANAS!!! PROF. SIDEK BABA DEDAHKAN RAMBUT PALSU ANWAR IBRAHIM!!


Alhamdulillah. Semalam SB sempat turun ke Padang Awam Taman Pauh, Permatang Pauh, Pulau Pinang untuk mengikuti Ceramah Perdana Bekas Sahabat-sahabat Anwar Ibrahim. Antara panel yang dijemput khas oleh Gabungan Bela Hak Rakyat Pulau Pinang dan Jalur Tiga (JATI) itu ialah Presiden JATI sendiri, Datuk Dr. Hasan Ali, Timbalannya, Dato’ Aidit Ghazali dan Naib Presiden JATI, Profesor Dato’ Dr. Sidek Baba.

Tiga orang pemimpin utama Jalur Tiga (JATI) yang kini berjuang menyedarkan
rakyat Malaysia tentang siapa sebenarnya Anwar Ibrahim. Dari kiri, Timbalan
Presiden JATI, Dato' Aidit Ghazali, Presiden JATI, Datuk Dr. Hasan Ali dan Naib
Presiden JATI, Prof. Dato' Dr. Sidek Baba.

Secara keseluruhan, program semalam sangat memberangsangkan. Dipengerusikan oleh bekas Ketua Dewan Pemuda PAS P. Pinang, Ustaz Hafiz bin Nordin, ia dihadiri lebih 5000 orang penduduk sekitar Permatang Pauh dengan sebahagian besarnya ialah penyokong PAS dan Barisan Nasional.

Dalam ucapan yang disampaikan oleh ketiga-tiga orang panel tersebut, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Misalnya, Dato’ Aidit, salah seorang bekas sahabat Anwar Ibrahim, menggariskan tiga perkara yang amat mustahak untuk diambil perhatian oleh rakyat Malaysia dan para pengundi di Permatang Pauh sendiri amnya. Ia menyentuh persoalan akhlak, syariat dan akidah yang dimiliki oleh kedua-dua calon yang bertanding kali ini iaitu Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim (PKR) dan Dr. Mazlan bin Ismail (BN).

Dato' Aidit Ghazali.
Berdasarkan analisa yang dibuat oleh beliau, Dato’ Aidit memberikan skor 3 kepada Dr. Mazlan di atas kualiti yang dimiliki dalam ketiga-tiga perkara yang digariskan sementara 0 (kosong) kepada Anwar Ibrahim. Menurut beliau, Anwar Ibrahim mempunyai kualiti akhlak yang sangat teruk kerana terpalit dengan pelbagai isu moral yang bukan lagi menjadi rahsia umum. Anwar juga dilihat sangat lemah dalam hal bersyariat berbanding Dr. Mazlan yang diketahui mempunyai kualiti muslim mukmin yang cukup tinggi dan boleh menjadi imam kepada penduduk di Permatang Pauh yang baik. Dr. Mazlan juga mempunyai keluarga yang hidup berlandaskan syariat, malah jika hendak dibandingkan dari segi kualiti keluarga sekali pun, Anwar terlalu jauh ketinggalan.

Namun, perkara paling utama yang perlu diberikan perhatian ialah aspek akidah. Para penduduk Permatang Pauh perlu, bahkan wajib membandingkan aspek akidah antara kedua-dua tokoh kerana Anwar Ibrahim diketahui seorang pemimpin Islam yang sangat liberal. Anwar mendokong kuat prinsip pluralisme akidah, yakni mempercayai semua agama adalah setaraf dan menyembah Tuhan yang sama. Menurut Dato’ Aidit, perkara berkaitan akidah inilah yang menjadi titik tolak kepada mereka serta ramai lagi bekas sahabat Anwar yang pernah berjuang dalam Angkatan Belia Islam (ABIM) suatu ketika dahulu, meninggalkan Anwar. Antaranya termasuklah Ustaz Ismail Mina yang begitu lantang menentang pluralisme akidah yang dibawa oleh Anwar Ibrahim di Malaysia ketika ini.

Prof. Sidek Baba
Sementara itu, Prof. Sidek Baba pula menggunakan peluang berucap secara langsung di hadapan audien untuk menjelaskan faktor-faktor yang mendorong beliau meninggalkan Anwar Ibrahim. Ia masih berkisar kepada persoalan akhlak, syariat dan akidah Ketua Pembangkang itu. Prof. Sidek Baba telah menghabiskan masa bersama Anwar selama 30 tahun, malah pernah ditahan di bawah ISA suatu ketika dahulu.

Hadirin tergamam seketika apabila Prof. Sidek Baba membuka cerita berkenaan rambut palsu Anwar Ibrahim yang sebelum ini telah menggemparkan negara melalui pendedahan yang dibuat oleh seorang lagi bekas sahabat karib Anwar iaitu Nallakarupan. Pendedahan oleh Prof. Sidek Baba ini seolah-olah penegasan dan pengesahan yang lebih konkrit kepada pendedahan yang dibuat oleh Nallakarupan sebelum ini. Rambut palsu yang diceritakan oleh Nalla dan Prof. Sidek Baba sememangnya wujud dan pernah digunakan oleh Anwar Ibrahim ketika menjalankan aktiviti songsangnya sewaktu masih berada dalam kabinet.




Sidek Baba dan Anwar Ibrahim - dua sahabat yang
melahirkan ABIM

Namun, oleh kerana terlalu taksub terhadap Anwar, Prof. Sidek Baba mengakui beliau tidak percaya sama sekali dengan segala bukti yang ditampilkan ketika berada dalam tahanan ISA itu. Namun kini, selepas membuat kajian mendalam dan mendengar cerita daripada bekas pengikut setia Anwar Ibrahim termasuk Senator Ezam Mohd Noor, akhirnya beliau percaya bahawa Anwar Ibrahim bukanlah pemimpin yang bersih dan tidak layak diangkat menjadi Perdana Menteri.

Presiden Jati, Datuk Dr. Hasan Ali pula menyeru seluruh rakyat supaya menolak Anwar Ibrahim secara total dan menyokong Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini. Seruan beliau itu telah menggamatkan suasana. Orang ramai bertepuk tangan tanda sokongan kepada beliau. Malah, penyokong-penyokong PAS turut bertepuk tangan sebagai menyokong calon BN, Dr. Mazlan Ismail yang pernah berjuang bersama PAS sebelum menyertai Barisan Nasional.

Dr. Mazlan bin Ismail, calon BN P.044 Permatang Pauh.

Kehadiran Dr. Mazlan juga telah menukar mood ceramah kepada mood kempen selepas beliau diberikan slot ringkas untuk menyampaikan ucapan. Dalam ucapannya itu, Dr. Mazlan menyeru penduduk Permatang Pauh memberikannya peluang menjadi wakil rakyat mereka sambil menolak terus Anwar Ibrahim yang dilihat gagal meningkatkan kualiti dan taraf kehidupan rakyat Permatang Pauh.

Secara keseluruhan, program Ceramah Perdana Bekas Sahabat-sahabat Anwar semalam telah membangkitkan momentum baru dalam kalangan penduduk Permatang Pauh untuk menolak pemimpin yang bercelaru akhlak, akidah dan syariat hidup seperti Anwar Ibrahim.

SB sangat tertarik dengan seruan oleh Dr. Mazlan sebelum beliau mengakhiri ucapannya. Beliau menyeru supaya para penduduk membuat pilihan yang seadil-adilnya, dan menunaikan solat sunat Istikharah pada malam sebelum hari mengundi bagi mendapatkan hidayah serta petunjuk untuk memilih pemimpin terbaik di tempat mereka itu.

SB percaya, ini satu bentuk serangan psikologi yang cukup halus dan berkesan terutamanya kepada penyokong-penyokong PAS di Permatang Pauh. Ia seolah-olah satu catatan sejarah kerana Anwar Ibrahim bakal ditentang oleh bekas pemimpin PAS yang sebenarnya masih mempunyai pengaruh yang besar dalam kalangan ahli PAS di Pulau Pinang.

Tahniah, syabas dan selamat berjuang kepada Dr. Mazlan bin Ismail. Allah pasti bersama perjuangan anda!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

1+1 13 Mei 13 Mei 1969 1Malaysia 1Malaysia Brothers 1MDB 20 April 2013 206 A.Samad Said A380 Abdullah Ahmad Badawi ABIM Adam Adli AES Ahmad Awang AIC Aidlifitri Aiman Taslim Air Asia Airbus Akademik Akademik Pengajian Islam Akhlak Akidah Akmal Kamaruddin Akram Ikrami Akta 174 Akta Berhimpun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) AkuJanji Al-Jazeera Alam Bina Ali Hamsa Alif Alvin Aman Aman Kampus Ambiga. A. Samad Said AMK Ammar Atan Amrin Buang Anak Anak Muda Sayang Negara Anarkisme Angkuh Annual Camping Annuar Musa Antarabangsa Anti ANWAR Anwar Ibrahim Anwarinas APCET Arab Saudi Asam Pedas Asmara Aspirasi Astronomi ATM AUKU Automotif Awam Azan Safar Azhar Idrus Azizan Razak AZLAN AZLAN LAZIM Azmin Ali Aznil Hisham Ba Babi Babi DAP Balik Pulau Bangkit Banglo Banjir BAPAK Bar Council Barat Barisan Nasional Barisan Nasional Selangor Barrack Obama BAWANI BB1M Belia Bentara Guru Benz Ali Berani Bernama BERNAS 2012 BERSIH BERSIH 2.0 BERSIH 3.O BERSIH KAMPUS Better Nation Biadap Biasiswa Biseksual Bisnes Black 505 Black Ops Blogger Blogger Kapak BN Boikot Boikot CINA DAP Bola Sepak Borneo BR1M Bukhairy Suffian Bukit Aman Bukit Gelugor Buku Jingga BUNGA RAYA Buzze Azam Calon Cap Ayam Cauvanis Chan Kon Yeow Changing Chauvanits Che Tom Yahya Chegu Bard China Doll Cikgu Cina CN AL-AFGHANI COMANGO Cukai Jalan Cybertroopers DADAH Dajjal Dakwah Dana DAP Dataran Merdeka Dato' Aidit Ghazali Datuk Fauzi Shaari Datuk Seri Mohd Bakri bin Mohd Zinin DATUK T DBKL Debat DEMA Democratic Islam Party DEMOKRASI Demonstrasi Demontsrasi Dewan Muslimah Pas Pusat Dewan Pemuda PAS Dewan Ulamak PAS Pusat DIP Diplomatik Dokumen Domestik Dong Zong DPPP Dr. Mazlan Ismail Dr. MiM Dr. Muhaimin Sulam Dr. Nasir Zakaria Dr.MAZA DRB HICOM DUN Kelantan Dyana Sofya DYMM YDPA Dzukifly Ahmad e-Undi EDIKOUP EKONOMI Enlighment ESKAY Ezam Mohd Nor Faekah Hussin Fahmi Reza Fahmi Zainol Fakta FAM Fasakh Fathul Bari Fatwa FELDA Filem Filiphina Filsuf Fitnah Fitnah PAS Flashmob Freedom Freemason Gaji Minimum GAMIS Ganas GASAK Gay Gelang Patah Gene Sharp George Soros Gerakan Harapan Baru Gerila GHB Global GM UKM GM13 GMI Google GRADUAN Guru Hakim Hakka Harakah Harga Hari Belia Negara Hariz Zuan Harun Taib HARUN YAHYA. PKR Harussani Zakari Harussani Zakaria Hasan Ali Hasan Basri Haziq Abd Aziz Haziq Abdullah HBN 2012 HINDRAF Hindu Hippie Hippies Hishamuddin Rais Hishamuddin Tun Hussein Onn Hisyamuddin Rais Hj. Hadi Awang Hollywood Homoseksual Hudud Hukum Barat Hukum Hudud Hunger Strikes Husam Musa Hutang Hutang Negara Ibu ICJ Idris Jusoh IKD Iklan Illuminati ILMU Imam Imam Muda Iman IMF Implikasi Indian Indonesia Inter-faith Marriage IPG IPTA IPTS IRI Irshad Manji Islam Islam Tanwiri Islamiah Ismail Mina Israel Istana Negara Jabatan Audit Negara Jabatan Peguam Negara Jalur Gemilang Jambatan Kedua JASA JATI Jenayah Jiddan Jingaa 13 Jiyyad Johan Jaafar Johan Raja Lawak Johor JPA JPM JPP UiTM k-POP Kaabah Kad Diskaun Kafirkah Aku Kahwin Campur Kak Wan Kalimah Allah Kamarul Bahrin KAMI Kapak Karikatur KARISMA Karpal Singh Kartun Karya KAS Katolik KDN Kebajikan Kebebasan Bersuara Kelab Penyokong Bn IPTA Kelab Penyokong Mahasiswa Kelab Sosialis UiTM Kelantan Kementeria Pengajian Tinggi Kementerian Pelajaran Malaysia Kempen PRU 13 Kepala Babi Kereta Keris KERJAYA KESATUAN Kesatuan Mahasiswa Malaysia Kesesakan Ketum Khairy Jamaluddin Khaled Nordin Khalid Ibrahim Khalid Ismath Khalid Jaafar Khalid Samad Khir Toyo Kiamat Kiasu KIMAK Kiram III KL GENGSTER 2 Komando Malaysia KOMAS Komrad Haizal KOMTAR Komunisme Konflik Konspirasi Kota Damansara KPN KPT Kristianisasi Kronisme KSN Kuantan Kubu Gajah Kuda KUIN KUIS Kultusisme LAHAD DATU Langgar Lapar Lelaki Harapan Dunia Lembaga Pengampunan Lenovo Lesbian LGBT Liberal Liberalisme Lim Chee Wee Lim Guan Eng Lim Guang Eng Lim Kit Siang Limau Mandarin Liqa LIWAT Liwat 2 LMP Logo Merdeka Low Yat Lynas MAFREL MAGAR Mahasewel Mahasiswa Mahasiswa Keadilan Mahasiswa Putra Mahasiswi Mahfuz Omar Majlis Belia Negara Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Mahasiswa Bertindak Majlis Peguam Majlis Syura Ulama PAS Makkah Maktab Malaisi Malaysia Malaysia Bangkit Malaysiakini Maliki Rafiee Mandeep Singh Mangsa MANIFESTO BARISAN NASIONAL MANIFESTO PAKATAN RAKYAT Manipulasi Maria Chin Abdullah Marina Mahathir MAS Maslee Malik Mat Sabu Matawang Mazlan Aliman MBM Media Meja Bulat PTPTN Melaka Melayu Memali Merdeka MESIR MILF Minda Intelek Misha Omar Misuari MMB MNLF Mogok Mohd Sabu Monarki MPKB MPP MT UMNO Muflis Mufti Muhyiddin Yassin Mukhriz Mahathir Mulia Munafik Murtad Musa Hasan Mustapha Ali Musuh Muzabzib N. Selangor Nadir Najib Najib Razak Nasa Nasharuddin Mat Isa Nasruddin Hassan National Debts Nazarudin Zainun NED Negara Islam Nepotisme NGOs Islam NIK ABDUH Nik Aziz Nizar Jamaluddin Noh Omar Noramfaizul Novandri NUJ Nuklear Nur Jazlan Mohamed Nurul Izzah Occupy Ong Jing Cheng Oppo OPPO Smartphone Ops Ops 2020 Ordinan Darurat Overseas P. Kamalanathan PAC Padang Kota Pahang Pak Zad Pakatan Rakyat Palestin Pantai Timur PAPA GOMO Parasit Parti Sosialis Malaysia PAS PAS Fitnah PAS For All PAS Kedah PAS Larut PAS MELAKA PAS Perak PASMA PAU 2013 PDRM Peguam Negara Pekan PEKIDA PELUANG Pemahsyuran Pembangkang Pemimpin Pencerahan Pendidikan Pendidikan Percuma PENGGANAS Pengganas SULU Penggerak Mahasiswa UM Pengundi Hantu Penjawat Awam Penyapu Perak Perang Saudara Percuma Perkara 10 PERKASA Permatang Pauh Perpaduan Melayu Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya Persatuan Muka Buku Persepsi Perubahan Perusuh 28 April Petronas Phang Li Koon Piala FA Pilihanraya Pinhorn PKPMI PKR PKR Permatang Pauh PKR Selangor PKRPKR Pluralisme PMI PMI UM PMI USM PMIUM PMN PMO PMUKM Polis Politeknik Politik Pr PR1MA PRK PRKUM2013 PRKUM2014 PRKUPM2014 PRKUUM2014 Pro-M Pro-M UM Prof. Dato' Dr. Rohana Yusof Prof. Sidek Baba Progresif Progresif UM Propaganda Proto-Sejarah PROTON Provokasi PRU 13 PRU-13 PRU13 PSM PTD PTPTN Pulau Pinang Putrajaya Queensbay Mall Quran Radiasi Rafizi Ramli Ragut RAHMAN Rais Yatim Raja Rakyat Ramadhan Rasis Rasuah Raya Red Bean Army Revolusi Ridhuan Tee Abdullah Ringgit Malaysia Riot Rizab Negara RON 97 RON95 Rosmah Mansor RTM S.Ambiga Sabah Safwan Anang SAIFUL BUKHARI Salman Rushdie Saman SAMM SAMSENG Sarawak Report Sejarah Seks Seks Bebas Seksualiti Merdeka Selangor Serikat Mahasiswa SESAT Sewel Sg. Acheh. PAS Shabery Cheek Shah Alam Shahar Abdullah Shamsul Iskandar SHAZNI MUNIR Shukri Razab Shukri Rembau Sidek Baba Sin Chew Sinar Harian Siswa Penggerak Universiti SKMM SMM Solat Solusi Sombong Sosial Sosialis Sosialisme SPF SPM SPR Stadium Kelantan Statistik Strategi Suara Keadilan SUARAM Subsidi Suhardi Hassan Sukan Sulit Sultan Sultan Johor SULTAN OF KELANTAN Sultanate of Sulu Sulu Surat Syahid Zaini Syahredzan Johan Syariat Syed Zainal Syiah Syria Ta Tahun Baru Cina Taib Azzamuden Taksub PAS Tan Sri Khalid Abu Bakar Tanda Putera Tangan Asing Tangan Ghaib Tanggang Moden Tarbiyah Tarif Elektrik Tassawuf Teng Chang Yeow Teroris Tertiari The Nuth Gruph The Red Warriors Thubut Tian Chua TIBAI Tivoli Villa TNB Tokong Tol TOLAK Tony Pua Transeksual Transformasi Mahasiswa UUM Transgender Tuan Ibrahim Tuan Man TUKAR Tun Dr. Mahathir Tun Mahathir Tunku Abdul Aziz Tunnel TURUN Twitter UIAM UiTM Ujrah UKM Ulamak Ultra Ultra Kiasu UM UMNO Umum Undang-undang UNIMAP UNISEL UNISZA Unit Amal PAS Universiti Malaya UPM UPSI Uranium Usahawan Melayu USIM USM Usrah Ustaz Kazim Elias Ustaz Nasharuddin Mat Isa Ustaz Rujhan Utan Kayu Utara UTEM UTHM UTM Utusan Malaysia UUM Vivian Wacana Pembela dan NGO Islam Wan Azizah Wartawan Wasatiyyah Waythamoorthy We Love PM Wifi WPP WSJ Yahudi Yang DiPertuan Agong Yayasan Selangor Youth Yuktes Vijay Yusof al-Qardhawi Zahid Hamidi Zairil Khir Johari Zalim Zamry Abd Kadir Zionis Zuhdi Marzuki Zulkifli Nordin Zunar